assalamualaikum...

Mendidik adalah kewajipan bagi orang yang terdidik

semua sedia maklum kan, kalau kita sebarkan ilmu and ilmu tu dimanfaatkan dan dipanjang-panjangkan, besar pahala nya buat kita.
in shaa Allah.
adalah menjadi kewajipan bagi semua orang yang terdidik agar mendidik orang yg lain.
terdidik = mendapat latihan / asuhan / pengajaran yang sempurna
jgn kedekut ilmu. jgn simpan ilmu.
kita ada ruang dan peluang utk mendapatkan pendidikan yg sempurna.
kita mampu mengharungi segala jenis rintangan dlm mendapatkan pendidikan yg sempurna.
semua tu kurniaan dari Allah kan 😃. dtg dari Allah, wajiblah kita berikan semula kpd yg lain, bukan milik kita pon.

blogging. dgn blog, kita engaged readers dan kita berkomunikasi. komen secara berhemah.
taiplah semua yg baik-baik. komunikasi lah secara ilmiah agar ia dpt beri manfaat.
jgn kata bersosial blogging ni takde manfaat tau uolls. very wrong! nowadays, blog merupakan sumber rujukan yg tak kurang pentingnya.
mendidik secara blogging adalah sesuatu yg santai zaman skang ni. i like .

pernah terbaca. 
"orang yg beradab dan berilmu tidak akan tinggal di kampung, merantaulah. tinggalkan negerimu dan sebarkan ilmu."
betapa la pentingnya lah kita ni sebarkan ilmu.
lagi byk kita memberi, akan lagi byk kita menerima in shaa Allah 👌.
tak kira apa pun background pendidikan kita, kerjaya kita, kelayakan kita...
kerana setiap org itu adalah pakar dlm bidangnya. setiap org adalah mahir dlm perkara yg selalu dilakukannya. setiap org adalah arif dlm bidang yg selalu dikajinya.
guru = dlm perkara-perkara akademik di sekolah.
doktor = dlm bidang perubatan merawat dan mencegah penyakit.
peguam = dlm bidang perundangan.
pegawai bank = dlm urusan-urusan perbankan.
akauntan =  dlm perkara-perkara berkaitan perakaunan, statistik atau ekonomi.
chef = kepakaran dlm memasak, kenalpasti bahan yg sesuai utk masakan yg sedap dan sihat.
jgn tak tahu, sekarang ni seorang ibu pun merupakan seorang yg terdidik tau.
contohnya, ikuti kursus utk ajar anak membaca cara fonik, kursus memasak. kursus menyusukan anak, kursus menjahit... dan yg berkaitan.

cari ilmu tu tiada sempadan masa, umur, topik, bangsa... antara nak atau tak aje.
maka, bila da berilmu, terdidik, terlatih = kongsi... kongsi... kongsi...

👍😍