assalamualaikum...
mau citer pasal makanan tghari ni.
alhamdulillah... perkara yg sedap perlu dikongsi kan.
esok-esok utk uolls org melaka nak cuba, boleh la cuba. boleh call and order tau.
and utk uolls yg jenjalan melaka, boleh la juga cuba kalau di melaka.
pertama kali saya makan, terus terpikat! tq to my beloved ofismet.
diorang selalu beli makanan utk minum ptg, kalau2 diorang ada keje luar tghari.
kuih-muih la kan kalau da ptg hari uolls.
putu piring ni memang terlalu cepat sold out! stress saya kenang kan nyer.
2-3 kali saya gi nak beli dlm jam 2.30 - 3.30 ptg, da sold out!!! 😡
itu yg selepas-selepas tu, kami order by phone dulu, then amik. confirm dpt makan.
ni memang ler saya suka, gula melaka nyer 😋.
tembam !!!
lokasi nyer di bukit beruang, uolls. sgt la senang nak cari.
kalau dtg drpd arah bkt baru, uolls terus and perhatikan sebelah kiri.
nampak papan tanda arah spt di bawah 👇👇👇, situ la tempat nyer...
gerai putu piring ni sebelum trafik light simpang tiga kat sekolah rendah bukit beruang dan medan selera bukit beruang.
medan selera bukit beruang. kat medan selera ni la jual roti dholl cheese yg marveles.
sila la call no 👆👆👆 utk tempahan.
dia akan pack 5 keping putu piring sebungkus.
1 bungkus = RM3 je la.
saya beli maintain 2 bungkus jer la. setakat 5 beranak aje nak ngap.
situ kalau time ramai org, memang susah nak parking.
moreover jalan bukit beruang tu memang la byk kereta time tghari.
perkara paling best is gerai ni ada buat signage yg sgt membantu tau.
terpampang gini, korang stop and beli la...
hah... kalau gini, jgn la stop. tidak akan dilayan. TUTUP SEBENTAR, MAAF YE.
meskipun uolls tgk gerai masih buka dan masih ada pembeli.
ini bermaksud putu piring nya hanya tinggal sikit.
lebih lagi, jika ramai yg order by phone. kalau lepas tu ada baki utk dijual, baru la tukar signage.
and ada saya lalu yg sold out tu, tapi tak sempat nak snap signage tu = SUDAH HABIS.
😄😄😄 telan air liur aje la uolls. esok ajer la singgah lagi.
sgt bagus pada saya gini. tak perlu la kita stop. matikan enjin. berjalan. dan kecewa!!! 😂😂😂
ok la uolls. sudah abis taip entri. mau gi rehat jap lagi, da nak kul 1 dah. solat zuhur. makan.
ari ni cuaca kat melaka mendung aje. mcm nak hujan, tapi tak turun-turun lagi hujan nyer.
bye 👋👋
9 Comments
tak pernah mkn lg putu piring ni
ReplyDeletewow memang nampak sedap..tak tipu!
ReplyDeletesedapnya nampak, mana nak cari nih
ReplyDeleteSedih, kat Sibu saya susah nak jumpa.... lama dah tak makan ni...
ReplyDeleteSelalu kalau nak makan putu piring , CCL ,beli kat pasar malam . Lama pulak rasanya tak jamah putu piring ni
ReplyDeleteHubby saya suka pada putu piring nie, saya pun makan jugak tapi bukan sebagai makanan kegemaran..
ReplyDeleteBagus bila dia buat perkhidmatan macam ini..
ReplyDeleteSha suka putu piring nie..
putu piring adalah kuih putu paling best and sedap daripada putu2 lain hehe..
ReplyDeleteOhhh.. penah lalu je dulu, tapi tak singgah... heee
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.