assalamualaikum 😃.
entri berbau aidilfitri lagi pagi ni. berbau makanan. terkenang ari tu, saya beraya ke pontian, kampung mak mertua. mak cik, kak ipar dan saya pepagi tu gi la sarapan bertiga di pekan.
sebeno nyer nak beli sarapan utk seisi rumah. kami amik masa skit bertiga, minum kat kedai 😄. mak mertua kirim beli kan dia lontong. sesampai di kedai, mak cik inform yg kat situ jual lontong kering.
lontong keringnya adalah nasi impit, serunding ikan, sambal jawa suhun tu dan rendang daging.
sedap 👍👍👍.
lontong basah berkuah kuning tu kena order, ada kedai makan tak buat. rezeki mak mertua, kedai tu ada buat plak. tapi tu la, kuah lodeh cair! tak sedap 👎.
nak dijadikan cerita, lepas tu saya buat la kat umah.
ada org suka makan lontong dgn kuah kacang.
tapi saya, prefer dgn sambal ikan bilis.
ari tu ada jamuan raya di opis. dulu kala saya suka volunteer buat puding koktel. tapi thn ni, ada pembaharuan, saya buat dan bawa kuah lodeh. jamuan kami bertemakan potluck. memang ada yg bwk nasi impit, rendang, sambal ayam dan lain-lain. memang rezeki kami la ari tu. hidangan semua begini 👍.
so kali ni saya nak share la resepi kuah lodeh versi saya. versi saya maksud nyer pe yg saya buat la. resepi original surely saya dpt dari lain-lain sumber. sendiri buat, sendiri mix & match bahan pe yg sesuai dgn tekak.
- 600mlm santan [saya beli 3 kotak santan kara]
- 2 kiub pati ikan bilis
- secekak kacang panjang
- separuh kubis beijing
- sebatang carrot
- separuh sengkuang
- suhun [direndam]
- fucuk [koyak kecik-kecik dan rendam]
- sepaket tempe [ potong panjang-panjang dan goreng dulu skit]
sayur semua saya potong gini-gini aje...
- bawang kecil
- bawang putih
- kunyit hidup
- 2 genggam ikan bilis
- 1 genggam udang kering
- 3-4 batang serai [dititik]
yg lain-lain, selain serai, saya kisar halus. utk ditumis.
cara :
- bahan yg dah di kisar halus, tumis hingga naik bau harum.
- saya masukkan kacang panjang, sengkuang dan carrot. goreng sekali. kasik lembut skit.
- baru la saya masukkan 3 cawan air, santan dan kubis. masak hingga mendidih.
- masukkan tempe goreng, fucuk dan suhun.
- perisa dgn garam dan kiub ikan bilis secukup rasa 👌.
sambal ikan bilis
ketupat mini faiza
telur rebus
ok itu ajer la sharing saya. moga beri manfaat. moga beri idea. mana la tau weekend ni ada yg nak buat open house. ni salah satu hidangan yg mudah. in shaa Allah.
😃
17 Comments
jom try
ReplyDeletewajib. dlm bulan syawal lagi ni :)
Deletemeriah nya jenis mkknn =D
ReplyDeleteskit skit aje tu :)
DeleteBaru makan semalam
ReplyDeletemusim musim raya ni, glamer juadah lontong ni, ccl :)
DeleteAlah ni yg buat tertelan air liur. Ana suka makan dgn sambal kacang. Boleh bertambah makan. :)
ReplyDeletesama dgn mr.asben aida.
Deletedia pun prefer dgn sambal kacang.
Tgok kuah lodeh mmg sedap tp x tau kenapa SA x suka...mmg dari kecik x suka..kena belajar makan la ni kan...
ReplyDeletelontong ni bukan makanan feveret aida jugak, SA.
Deletebut buat juga utk jamu org.
sebab agak mudah juadah ni nak disediakan.
ramai boleh makan.
Kuah lodeh/lontong ni memang sedap pasangkan dengan sambal ikan bilis... memang sedap! Terliur tengok gambar ni... ish.. ish..ish..
ReplyDeletekan?
Deleteaida suka letak sambal byk :)
Boleh cuba buat teringin nak makan lontong gak la
ReplyDeletecuba la ekin.
Deletebuat sendiri,muai skit nak makan.
Tengok lodeh awak teringin pulak nak makan Aida....Sambal tumis tu pun bikin ai terliur tau haha...
ReplyDeleteHa a separuh orang tak suka sambal kacang kan. Saya dua dua pun boleh, pantang ada depan mata haha
Opssss sgt sedap tu.. Makan dengan nasi impit... Lontong kegemaran Lea..
ReplyDeleteTahun nie tak jumpa lagi masak lodeh nie.. Selalu jiran sedara buat.. Bila tengok entry aida nie rasa cam nak cari esok.. Hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.