assalamualaikum 😃.
dlm entri ni ada sebut skit kan, kami ke hospital Sg. Buluh naik mrt. seronok...
keseronokan tu lebih kepada dpt bwk anak-anak bertiga tu naik mrt. kebetulan memang dah ada apoinmen spital kan.
izzat dah berkali-kali ajak naik keretapi, naik bas, naik kapal terbang, naik helikopter 😅.
akhir nyer...
as early as 7 pagi kami da sampai di stesen Bandar Tun Hussein Onn (BTHO).
pepagi izzat takde mood nak bergambo. ibu selfie sorang-sorang ajer la ye... perasan fotogenik! ha ha ha...
dari stesen BTHO hingga lah sekitar Damansara, mrt full house! tak dpt la nak selfie wefie 😂.
org nak gi keje kan... mrt lalu area KL, haruslah ramai yg gunakan kemudahan baru ni. alhamdulillah.
then, baru la kami dpt posing bergambo beramai-ramai bila mrt da mulai kosong.
stesen Sg. Buluh adalah yg terakhir uolls. memang tinggal kami-kami ajer.
hah nampak tak tu? ada paparan elektronik yg sgt bagus.
yg bulatan merah = stesen yg kami dah lepasi.
yg bulatan kuning = next stesen. yg bulatan hijau = ke depan lagi...
hah kan dah kata... area damansara ni hah baru la dpt snap snap gambo...
kami la ahli-ahli rombongan cik kiah ke hospital sg. buluh ye...
dlm mrt, hingga hampir ke sg. buluh, izzat tido 💤💤💤. haruslah kan, kul 6 pagi da dibangunkan.
sambil izzat tido, sempatlah saya snap Peta Transit Rel Lembah Klang. kagum!
untung la org lembah klang. connected. mudah nak ke mana-mana kiranya tak berkereta.
pada saya ia sgt lah memudahkan, efisyen dan lengkap.
ok ok ok after about 1 jam 20 minit kami pon tiba la di stesen terakhir...
satu perjalanan yg sgt membuka mata... bagi saya la kan yg memang bukan org lembah klang.
melaka mana ada keretapi uolls 😆😆😅.
sampai di stesen sg. buluh, tak perlu risau uolls... feeder bus kan ada. kami ke spital naik bas T100.
memang bebetul stop depan pintu spital. ada 2 pintu spital, pilih ajer la korang nak stop kat pintu yg mana.
ni saya printscreen dari website MRT.
punyer la excited anak-anak semua naik feeder bus. especially izzat. memang menjadi impian dia nak naik bas ha ha ha ha 😃.
on the way balik... all the way from sg. buluh sehingga lah ke stesen BTHO, izzat duk depan skali.
he was so excited.
and semestinya saya happy la bila anak-anak happy.
seharian kat hospital sg. buluh, separuh hari!!! penat weh! longlai semua urat saraf badan ni.
dah le lepas tu saya kena gerak ke campus. kelas hingga ke tgh mlm 😅.
kosong... hi hi hi 😎
bersih. cantik. kemas.
indah... saujana mata memandang tau uolls...
terutama dari segi logistik. i tell uolls lah kan, saya ni memang tak arif jalan-jalan di KL.
but now, again i tell uolls, terasa mcm selesa plak nak berjalan kalau ada dah mrt ni.
korang tgk ekk bwh ni...
pusat tumpuan / tempat-tempat menarik along mrt sg. buluh - kajang ni uolls.
- the curve
- IPC
- ikea damansara
- kidzania
- bangsar shopping centre (BSC) - dulu 1996 - 1998, time matrics di lembah pantai, BSC antara tempat yg saya biasa lepak dgn frens.
- 1Utama
- nu sentral
- central market area - how amazing!!! rinduuuu...
- bukit bintang area
- ikea cheras
so nikmat apa yg kita nak nafikan. malaysia ini aman. ada mrt uolls 😄 ha ha ha ha...
apa pun isu negatif dulu-kala di sebalik semua ni, sape la kita nak menafikan kemudahan ini yg memang sebenarnya memudahkan.
dan moga ia dipanjangkan sehingga ke melaka la hendaknya di masa akan dtg 👍👍👍.
ok bye...
13 Comments
wahh....berjalan2x sakan dengan mrt baru,..
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteBestnya dapat naik MRT kosong. Kalau start dari mula, surelah dapat kat kepala MRT ^_^
ReplyDeleteBetullah tu, segala kemudahan ni nak bagi mudah kita. Tak payahlah huha banyak sangat. Kalau takda kemudahan macam ni, kita juga yang susah. Of course, takda apa dalam dunia ni boleh diberi percuma begitu aje ^_^
Saya yang kat KL ni baru sekali aje naik MRT tau, itu pun semua stesen bawah tanah je. Nampak kelam dunia kat luar. Hehehe!
itu la MD. ijat nak sgt dok kat kepala mrt tu.
Deleteseriau jugak aida tau. da le laju. terimbau plak mcm citer Train To Busan ha ha ha ha :)
Smpai sungai buloh leh singgah rumah sy.haha
ReplyDeleteiye ker?
Deletelenkali boleh janji hi hi :)
seronoknya satua fmly naik mrt...
ReplyDeleteseronok!
Deletealhamdulillah...
cantik MRT.. seronok izzat boleh naik bus tu..
ReplyDeletesgt seronok.
Deletepuas hati dia kot...
Belum berjaya lagi cuba naik MRT. entah bila ada peluang.
ReplyDeletetakpe fiza.
Deletedekat aje dgn seremban.
naik komuter, terus ke KL sentral da boleh lajak naik mrt :)
seronok anak2 dapat naik mrt dan bas tu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.