assalamualaikum...
ptg-ptg ni, share maklumat penting. serius skit 😎.
PETANDA-PETANDA KESIHATAN MENTAL DI TEMPAT KERJA TERJEJAS :
"Dekati rakan-rakan yang anda rasa mungkin memerlukan bantuan. Berbincanglah dengan pihak pengurusan / pentadbiran / majikan anda."
1. Kognitif
- kesilapan dalam tugasan semakin meningkat
- mudah hilang tumpuan
- masalah membuat keputusan
- prestasi kerja merosot
2. Emosi
- mudah berasa tersinggung
- kehilangan keyakinan diri
- raut wajah yang kurang ceria
3. Tingkah Laku
- perubahan tingkah laku yang mendadak
- lewat ke kerja
- tidak berehat pada waktu rehat
- tidak melibatkan diri dalam aktiviti sosial jabatan
4. Fizikal
- mudah jatuh sakit
- peningkatan atau penurunan berat badan
- berasa lesu di tempat kerja
- penampilan diri yang selekeh dan comot
5. Organisasi
- ketidakhadiran pekerja meningkat
- peratus pekerja yang melatak jawatan bertambah
- jumlah jam bekerja secara keseluruhannya tinggi tetapi produktiviti dan motivasi anggota kerja adalah rendah
CIRI-CIRI TEMPAT KERJA YANG POSITIF :
1. Keseimbangan kehidupan dan pekerjaan.
2. Anda berasa selamat di tempat kerja.
3. Tugasan kerja yang mencabar tetapi tidak membebankan.
4. Anda berasa dihargai dan dihormati.
5. Majikan dan pegawai atasan menyokong perkembangan kendiri.
"Tempat kerja yang kondusif akan memupuk kesihatan mental anggota pekerja dan mewujudkan suasana pekerjaan yang positif. Ini adalah tanggungjawab bersama semua anggota organisasi."
p/s : ari ni besday mak saya yg ke-71 😍. i love u, emak.
khamis ni plan nak belanja emak abah makan-makan. in shaa Allah...
ok 👋👋 tata...
11 Comments
minta di jauhkanlah terkena penyakit macam ni
ReplyDeleteyes. betol tu.
Deletebelum sampai ke tahap tu.. mudahan tidaklah
ReplyDeletekena byk bertenang.... releks :)
Deletewaa.. good info ni.. kena sebarkan wak biar ramai lebih peka tentang kesihatan..
ReplyDeleteterima kasih kongsi ni
ReplyDeletecik timm dah mula nak jadi, then amik keputusan utk resign..
ReplyDeletealhmdulillah baru bertukar kerja yg office hour..
byk sikit masa utk berehat n chill di hujung minggu..
sebelum ni kje swasta, mcm sis kata bebanan kerja byk..huhuk..
alhamdulillah... tahniah cik timm.
Deletekeje byk. masa free takde.
sgt la tak seimbang nanti life kita.
tu yg menjadik negatif tu...
Bahaya ada sakit mental ni..kena dibendung awal-awal lagi
ReplyDeleteyes. tu yg perlukan opismet utk bantu.
Deletekekadang kita sendiri tak perasan yg kita ada simptom gitu...
moga kita dijauhkan dari perkara seumpama itu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.