assalamualaikum...
ptg-ptg ni, share maklumat penting. serius skit ๐Ÿ˜Ž.

Oktober10 | Hari Kesihatan Mental Sedunia

PETANDA-PETANDA KESIHATAN MENTAL DI TEMPAT KERJA TERJEJAS :

"Dekati rakan-rakan yang anda rasa mungkin memerlukan bantuan. Berbincanglah dengan pihak pengurusan / pentadbiran / majikan anda."

1. Kognitif
  • kesilapan dalam tugasan semakin meningkat
  • mudah hilang tumpuan
  • masalah membuat keputusan
  • prestasi kerja merosot
2. Emosi
  • mudah berasa tersinggung
  • kehilangan keyakinan diri
  • raut wajah yang kurang ceria
3. Tingkah Laku
  • perubahan tingkah laku yang mendadak
  • lewat ke kerja
  • tidak berehat pada waktu rehat
  • tidak melibatkan diri dalam aktiviti sosial jabatan
4. Fizikal
  • mudah jatuh sakit
  • peningkatan atau penurunan berat badan
  • berasa lesu di tempat kerja
  • penampilan diri yang selekeh dan comot
5. Organisasi
  • ketidakhadiran pekerja meningkat
  • peratus pekerja yang melatak jawatan bertambah
  • jumlah jam bekerja secara keseluruhannya tinggi tetapi produktiviti dan motivasi anggota kerja adalah rendah


Oktober10 | Hari Kesihatan Mental Sedunia

CIRI-CIRI TEMPAT KERJA YANG POSITIF :

1. Keseimbangan kehidupan dan pekerjaan.
2. Anda berasa selamat di tempat kerja.
3. Tugasan kerja yang mencabar tetapi tidak membebankan.
4. Anda berasa dihargai dan dihormati.
5. Majikan dan pegawai atasan menyokong perkembangan kendiri.

"Tempat kerja yang kondusif akan memupuk kesihatan mental anggota pekerja dan mewujudkan suasana pekerjaan yang positif. Ini adalah tanggungjawab bersama semua anggota organisasi."

p/s : ari ni besday mak saya yg ke-71 ๐Ÿ˜. i love u, emak. 
        khamis ni plan nak belanja emak abah makan-makan. in shaa Allah...

ok ๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹  tata...