assalamualaikum...
salam sejahtera semuanya ye. pagi isnin nan indah.
pagi ni mak abah ada rumah. dari ptg jumaat. alhamdulillah... happy having them here 💜💛💚💙. esok mak abah nak balik kampung dah.
org tua dgn kampung, mana boleh dipisahkan... kan?
pagi ni, nak share kisah Izzat skit.
now Izzat dah lancar bercakap. sebutannya 80% da betul.
leaving behind 20% utk hiburkan hati ibu ayah, bila dia berckp, kami masih terasa kami masih punyai anak kecil 😄😄😄.
sharing status fb saya dated 26.1.2018 lepas 👇.
kisah yg penuh 👇👇
Di dalam kereta, tengahari Jumaat, hujan lebat, on the way balik rumah dari Jusco.
Izzat : Ibu, cemane Ijat nak dapat adik?
Ibu : Adik? Maksud Ijat?
Izzat : Alaaaaa Ibu ni. Macam kawan Ijat kat sekolah, dia ada adik 2 la, 3 la. Baaaaanyak adik dia. Tapi Ijat takde. Cemane Ibu?
Ibu : oooooh. Sebabnya, Ijat ada kakak-kakak. Kawan Ijat tu ada kakak banyak tak?
(macam tak menjawab soalan, kan😂)
Izzat : Ntahlah Bu. Ijat tak tanya pon. Tapi kawan Ijat ada adik banyak. Best Ibu. Nape Ijat takde 1 pon? Cemane Ijat nak dapat adik?
(memek muka Izzat memang serious sedih dan inginkan jawapan)
Ibu : Ijat sabar ye. Ijat kan anak baby Ibu. Kalau Ijat ada adik, cemane Ijat nak manja dgn Bu? Cemane Ijat nak Bu bobok? Sabar ye.
...memang Ibu tak menjawab soalan! Sebab Ibu was very the blurrrrr😂soalan2 Ijat memang tak dijangka! Ibu terus tukar topik cecepat sebelum soalan KBAT ijat yg seterusnya. Sib baik ada lollipop penyelamat...
agak terpaku dgn soalan pertama Izzat tu. sebab dah boleh agak ke arah yg mana 😅.
tak disangka plak Izzat yg manja berbakul-bakul tu boleh bertanya soalan itu.
serasa saya, dia kebosanan kot di rumah... kak Nurin da ke asrama. kak Syuhada busy dgn sekolah, tuisyen dan belajar dlm bilik.
melihat kawan-kawan dia kat tadika, dijemput ibu ayah balik berdua, bertiga...
tapi dia sorang-sorang... mungkin membuatkan Izzat terasa.
agaknya lah kan... tak tau yg sebenarnya.
2-3 hari selepas tu. kisah 'Nak Adik' ni timbul lagi tau. time tu dia tgh tonton kartun apa ntah.
Izzat : Ibu.... Ibu... Izzat nak jadi burung. Boleh terbang ke langit...
Ibu : Iye ke. Abis tu ibu takde Izzat. Ibu nak bobok sape pulak?
Izzat : Ibu boboklah adik. Izzat ni abang. Izzat nak terbang ke langit...
Ibu : Eh, mana boleh. Mana ibu nak dpt adik?
Izzat : Tu... Tu dlm perut ibu tu... (jari Izzat tuding ke perut saya 😃)
Allahu Akbar. cerdiknya la Muhammad Izzat.
tapi tu la... 👀 adik? adik oh adik? 😅
apa yg saya nak share kat sini bukanlah isu samada saya nak pregnant ke, saya sudah pregnant ke....
just nak share betapa jauh dan dalamnya pemikiran anak-anak kita.
bila mana waktu tu berubah... dia tinggal sorang-sorang, melihat keliling... mulalah fikiran dia memikirkan sesuatu utk mengisi kekosongan tu.
sesungguhnya persekitaran mematangkan dia. antara kita sedar atau tak aje.
apa yg kita boleh buat, bukanlah terus bagi apa yg dia nak tu 😌 hi hi hi hi... tapi isi masa-masa dia yg 'kosong'.
luang masa bersama dia.
borak dgn dia. ikut je la topik-topik yg dia nak borak. jin bertendang ke, ultraman bergaduh ke, raksasa hijau biru merah ke...
one of those, ptg jumaat yg sama tu (26.1.2018), saya ajak Izzat berjalan kaki ke pasar malam.
ni aktiviti yg belum pernah kami buat tau. 👇👇👇👇👇
sambil kami berjalan, kami borak. pasal burung, pasal parit, pasal lalang, pasal rumput.
kenapa rumah yg tu kecik.
kenapa rumah tu warna kuning.
kenapa ... kenapa ... kenapa ...
dalam hati saya, terdetik, "alahai, besar dah baby aku. da jadik teman ke pasar malam. borak-borak mcm kawan." sayu hati 😣.
hidup ni ada byk fasa.
saya dah tiba di satu fasa yg kena treat anak-anak mcm kawan-kawan.
lebih masa utk mereka. lebih masa utk diri saya sendiri. lebih masa utk bersama suami.
sebab dlm hidup saya yg serba sibuk dgn hal-hal ntah hape-hape, memang byk yg terlepas along the way.
tapi takde la saya rasa terkilan. sebab saya rasa apa yg dah berlalu tu adalah yg terbaik.
tak semua kot perkara kita boleh buat sempurna 100%. mesti la ada yg gitu-gitu aje.
tapi... hari ni lom abis... esok, in shaa Allah ada utk kita repair pe yg patut.
Izzat oh Izzat. Bu tak boleh bagi Izzat adik. Tapi Bu kasik Izzat 💗💗💗💗💗💗.
hi hi hi hi 😏...
bye korang. tu jer la yg terasa nak tempek kat blog pagi ni.
nak bwk mak ke farmasi jap.

24 Comments
bila ank dh membesar mcm tu la die tanya kn..anak akak pn die cite..kt sekolah die je ank tunggal..kwn2 yg lain ada kakak or abg..sedih plak dgr
ReplyDeleteitu la. nada dia bertanya tu sedih. raut wajah nyer down ajer.
Deletetapi, camne la nak diberi. bukan boleh beli-beli kat mall ke , pasar ke,...
aduhai...
moga Ijat dimurahkan rezeki dan dapat adik. hehehe
ReplyDeletehadoi lah ha ha ha ha :)
DeleteAssalamu'alaikum, Aida.
ReplyDeleteMaaf ye lama tak berkunjung ziarah Aida.
Comelnya Izzat!!! Ada je keletah dia yang cuit hati kan,..
waalaikummusalam farrah.
Deleteok ok aje, takpe.
itu la farrah. sehari ke sehari memcm pertanyaan maut dia kasik hu hu hu...
Izzat minta adik.. Anak sha imani minta abang.. Pergh!! Jenuh fikir macam mana nak jawab.. hehehe.. Besar dah izzat.. Boleh jaga ibu dah dia..
ReplyDeletetu lagi susah, Sha.
Deletekena la cari mesin back to the future ke kot.
kita balik ke masa silam :) ha ha ha
alolo comel je dia...hahahhaa.. blh pulak mintak nak adik ye...hahahahha..kalo cikyan, tak tau la nk jawab ape...anak buah ada jugak yg jenis mulut mcm tu...pandai sgt la dia...hahahaha
ReplyDeleteaida jwb gitu aje, cikyan.
Deletetakde idea nak kelentong dia :)
Anak-anak sekarang cepat matang sebab persekitarannya begitu...
ReplyDeleteyes setuju, Zumal.
Deletepersekitaran amat mempengaruhi hu hu hu
Alahai Kak Aida... Soalan Izzat memang tak terjangkau dek pemikiran kita.. hihi
ReplyDeletememang!!! terkezut kita dibuatnya!!!
Deletebenarlah kata pakar, kanak2 belajar drpd persekitarannya... bla ada yg tanya ko ada adik x n dia menggeleng dan pasti sedikit sbnyk tertanya di benak, kenapa aku x ada adik sedangkan og lain ada...izzat nk jwb mgkn x reti jd soalan tu dipanjangkan kpd ibunya ;-)
ReplyDeletepersekitaran memang mempengaruhi ekk.
Deletemereka membesar zaman serba serbi di hujung jari.
and sharing each other stories dlm versi tersendiri :)
Hihi. Comel je nak adik dia. Boring agaknya sorang2 kat rumah kan..
ReplyDeletetu pun ye jugak Siqah.
Deletetakde teman main pedang. teman melompat. teman raksasa :)
aida ni hah jadik teman dia bermain tau.
aduhai...
Bila anak anak makin membesar makin mencabar soalan daipada mereka nak kita jawab.izzat sunyi takde geng sebab tu dia tanya mcm mana nak dpt adik
ReplyDeleteHabislah Aida... cuti 90 hari la jawabnya..hahaha :P
ReplyDeleteBijak Izat..! Kat umah ni suh beli adik dekat pasar, tapi nak baby boy je.. gurl tak geng...hahha
ReplyDeleteAnak bongsu mummy buat masa ni cukup bahagia dia bongsu, takde adik. Aman hidup katanya..hahaha
ReplyDeleteijat is sgt comell
ReplyDeleteHehe soalan yang mencabar hee. Jenuh nak mencari idea hehe.
ReplyDeleteBudak budak penuh dengan persoalan tu yang depa boleh pikir jauh out of box tu hee
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.