assalamualaikum...

salam sejahtera semuanya ye. pagi isnin nan indah.
pagi ni mak abah ada rumah. dari ptg jumaat. alhamdulillah... happy having them here 💜💛💚💙. esok mak abah nak balik kampung dah.
org tua dgn kampung, mana boleh dipisahkan... kan?

pagi ni, nak share kisah Izzat skit.
now Izzat dah lancar bercakap. sebutannya 80% da betul.
leaving behind 20% utk hiburkan hati ibu ayah, bila dia berckp, kami masih terasa kami masih punyai anak kecil 😄😄😄.
sharing status fb saya dated 26.1.2018 lepas 👇.

Izzat Nak Adik ?
kisah yg penuh 👇👇

Di dalam kereta, tengahari Jumaat, hujan lebat, on the way balik rumah dari Jusco.
Izzat : Ibu, cemane Ijat nak dapat adik?
Ibu : Adik? Maksud Ijat?
Izzat : Alaaaaa Ibu ni. Macam kawan Ijat kat sekolah, dia ada adik 2 la, 3 la. Baaaaanyak adik dia. Tapi Ijat takde. Cemane Ibu?
Ibu : oooooh. Sebabnya, Ijat ada kakak-kakak. Kawan Ijat tu ada kakak banyak tak?
(macam tak menjawab soalan, kan 😂)
Izzat : Ntahlah Bu. Ijat tak tanya pon. Tapi kawan Ijat ada adik banyak. Best Ibu. Nape Ijat takde 1 pon? Cemane Ijat nak dapat adik?
(memek muka Izzat memang serious sedih dan inginkan jawapan)
Ibu : Ijat sabar ye. Ijat kan anak baby Ibu. Kalau Ijat ada adik, cemane Ijat nak manja dgn Bu? Cemane Ijat nak Bu bobok? Sabar ye.
...memang Ibu tak menjawab soalan! Sebab Ibu was very the blurrrrr 😂soalan2 Ijat memang tak dijangka! Ibu terus tukar topik cecepat sebelum soalan KBAT ijat yg seterusnya. Sib baik ada lollipop penyelamat...

agak terpaku dgn soalan pertama Izzat tu. sebab dah boleh agak ke arah yg mana 😅.
tak disangka plak Izzat yg manja berbakul-bakul tu boleh bertanya soalan itu.
serasa saya, dia kebosanan kot di rumah... kak Nurin da ke asrama. kak Syuhada busy dgn sekolah, tuisyen dan belajar dlm bilik.
melihat kawan-kawan dia kat tadika, dijemput ibu ayah balik berdua, bertiga...
tapi dia sorang-sorang... mungkin membuatkan Izzat terasa.
agaknya lah kan... tak tau yg sebenarnya.

2-3 hari selepas tu. kisah 'Nak Adik' ni timbul lagi tau. time tu dia tgh tonton kartun apa ntah.

Izzat : Ibu.... Ibu... Izzat nak jadi burung. Boleh terbang ke langit...
Ibu : Iye ke. Abis tu ibu takde Izzat. Ibu nak bobok sape pulak?
Izzat : Ibu boboklah adik. Izzat ni abang. Izzat nak terbang ke langit...
Ibu : Eh, mana boleh. Mana ibu nak dpt adik?
Izzat : Tu... Tu dlm perut ibu tu... (jari Izzat tuding ke perut saya 😃)

Allahu Akbar. cerdiknya la Muhammad Izzat.
tapi tu la... 👀 adik? adik oh adik? 😅

apa yg saya nak share kat sini bukanlah isu samada saya nak pregnant ke, saya sudah pregnant ke....
just nak share betapa jauh dan dalamnya pemikiran anak-anak kita.
bila mana waktu tu berubah... dia tinggal sorang-sorang, melihat keliling... mulalah fikiran dia memikirkan sesuatu utk mengisi kekosongan tu.
sesungguhnya persekitaran mematangkan dia. antara kita sedar atau tak aje.
apa yg kita boleh buat, bukanlah terus bagi apa yg dia nak tu 😌 hi hi hi hi... tapi isi masa-masa dia yg 'kosong'.
luang masa bersama dia.
borak dgn dia. ikut je la topik-topik yg dia nak borak. jin bertendang ke, ultraman bergaduh ke, raksasa hijau biru merah ke...

one of those, ptg jumaat yg sama tu (26.1.2018), saya ajak Izzat berjalan kaki ke pasar malam.
ni aktiviti yg belum pernah kami buat tau. 👇👇👇👇👇

Izzat Nak Adik ?
Izzat Nak Adik ?

sambil kami berjalan, kami borak. pasal burung, pasal parit, pasal lalang, pasal rumput.
kenapa rumah yg tu kecik. 
kenapa rumah tu warna kuning.
kenapa ... kenapa ... kenapa ...
dalam hati saya, terdetik, "alahai, besar dah baby aku. da jadik teman ke pasar malam. borak-borak mcm kawan." sayu hati 😣.

hidup ni ada byk fasa.
saya dah tiba di satu fasa yg kena treat anak-anak mcm kawan-kawan.
lebih masa utk mereka. lebih masa utk diri saya sendiri. lebih masa utk bersama suami.
sebab dlm hidup saya yg serba sibuk dgn hal-hal ntah hape-hape, memang byk yg terlepas along the way.
tapi takde la saya rasa terkilan. sebab saya rasa apa yg dah berlalu tu adalah yg terbaik.
tak semua kot perkara kita boleh buat sempurna 100%. mesti la ada yg gitu-gitu aje.
tapi... hari ni lom abis... esok, in shaa Allah ada utk kita repair pe yg patut.

Izzat oh Izzat. Bu tak boleh bagi Izzat adik. Tapi Bu kasik Izzat 💗💗💗💗💗💗.
hi hi hi hi 😏...

bye korang. tu jer la yg terasa nak tempek kat blog pagi ni.
nak bwk mak ke farmasi jap.