assalamualaikum 😊
good morning.
morning la sgt ha ha ha da kul 11.11 dah jam desktop ni.

sape yg dah tgk Jibam?
best kan? baru teringat nak share pendapat saya tentang filem ni.
filem ni di panggung tak brape dpt sambutan. kutipan dikatakan hanya RM241,000.
ada saya baca komen-komen pengkritik filem yg negatif. tapi tu la, saya suka filem ni 😍.
utk tahu best ke tak, sape yg lom tonton, boleh la langgan di AstroFirst. dah kuar dah...

JIBAM ::: Naskhah Klasik Yang Indah
lakonan oleh Buntat plak, i like 👍.

dah diketahui umum, filem ni dihasilkan daripada novel Jibam oleh Ujang.
novel tu adalah di era 90-an. frankly speaking, saya tidak membaca novel Jibam. 
tapi saya tahu, daripada kawan-kawan, kisah Jibam ni 😉.
meskipun pengkritik filem mempunyai pandangan bahawa filem ni mcm kucar-kacir, but still enjoy menonton.
saya gelak. ada unsur-unsur kelakar kat byk babak. menyentuh hati 😄.
air mata saya bergenang juga di babak-babak tertentu.
barisan pelakon pun semua berjaya membawa watak dgn berkesan. kecuali Mia Ahmad, watak dia mcm tempelan saje. takde impak.
paling saya suka, watak Kazar. as always, saya memang suka kalau Kazar berlakon 👍.

Suman, ayah Jibam ada kelebihan mengubatkan org. tapi, difitnah org kononnya Suman ni ubat org guna jembalang. Suman merajuk hati, berpindah keluar dari kampung masuk ke hutan. tinggal dan teroka hutan tersebut hingga jadi sebuah kampung.
Suman dibunuh oleh Ngah Sudin, time sama-sama cari buluh ke hape ke dlm hutan. kenapa Ngah Sudin bunuh Suman, ia tak diterangkan dgn jelas dlm filem. sampai akhir filem pun, takde sape tahu siapa yg bunuh Suman. ada la skit babak tu, org kampung tuduh Usin Singai. sebab Usin Singai lari keluar dari kampung.
nak dijadikan cerita, dari awal filem, Ngah Sudin ni sgt tak suka dengan Jibam. dipukul nya... diterajang nya... ditumbuk nya Jibam tanpa belas kasihan. tapi tu la, Jibam masih lagi pergi ke Ngah Sudin. dia kan lembam, hati bersih, mana la ada perasaan dendam.
babak Jibam cuba nak ubatkan Tipah tu kelakar 😆😆😆.
kisah pisau lipat warna merah Suman, yg ada di tgn Jibam... bab ni pun tak brape jelas dilakonkan.
tiba-tiba hilang, dijumpai bersama rangka mayat Suman.
tapi yg dikatakan oleh Jibam, "pisau tu ayah yg bagi aku...". so kat sini kita kena faham-faham sendiri la ye. Jibam kan anak istimewa...

memang agak bercelaru plot filem ni, namun, kena la kita tgk elemen-elemen yg nak diketengahkan. lain pengarah filem, lain cara arahannya. adaptasi novel plak tu, maka, keaslian nak kena jaga.
overall, a nice story. saya tonton dgn kak Nurin dan Syuhada. diorang pun suka.
letih la saya lepas tu jadi tukang cerita balik babak-babak yg tak jelas pada diorang. tak kisah ler tu 😅.

saya suka filem ni. indah. latar belakang filem ni memang suasana kampung yg pendalaman.
serasa saya, pengarah memang nak pamerkan suasana tahun sekitar 90-an kot. menepati novel.
moga pasni, pengarah Che Mie dpt la amik pengajaran di atas kritikan negatif.
sesungguhnya kritikan itu membina sesuatu  / seseorang menjadi lebih baik...

sekian la review simple dari saya yg bukan pengkritik filem 😄😄.