assalamualaikum & salam sejahtera 😀
di ptg Ahad ni, saya nak share berita gembira buat semua yg ada masalah dgn lalang. racun rumput buatan sendiri utk kita hapuskan lalang dengan cepat. ni dikira racun rumput organik buatan sendiri la. laman kecil ke, laman besar ke, masalah lalang ni memang buat owner stress. termasuklah saya 😒.
tapi tu la, kena la diuruskan lalang di laman rumah, kan... ada laman tapi tak dijaga, tak bagus tu! rumah pertama saya dulu, tiada langsung kawasan berumput! simen semuanya. tiada la keperluan racun rumput.
tapi rumah kedua ni, saya pilih yg berlaman utk masa depan, nak ada kawasan utk famili bersantai ptg. laman hijau. terapi mata. then, nak berkebun skit-skit 😄.
tapi tu la, as at now belum lagi kami tinggal rumah ni permanently. sesekali kami dtg utk tujuan pembersihan. and thn ni lah, in shaa Allah, kalau ada peluang dan ruang, kami akan stay sini sekejap-sekejap. tak jauh pun. jarak antara rumah ke rumah hanya lebih kurang 17km 😄.
tak berpindah sepenuhnya kerana consider persekolahan Nurin & Syuhada. bermula tahun 2016, Nurin UPKK, then 2017 Nurin UPSR. Now, turn Syuhada pula 2018 UPKK dan next year UPSR. sekolah pagi dan petang semua berdekatan sini dan mudah dari segi kesesuaian logistik. itu saje. malas nak urus diorang tukar sekolah.
botol spray. cuka. sabun pencuci sunlight.
tips ni saya peroleh dari artikel ini.
nak la dijadikan cerita, pada 13.12.2017 lepas, buat kesekian kalinya saya upah org utk bersihkan laman. upah RM100. seperti biasa memang bersih 👇👇👇. memang salah satu rutin saya dlm 2-3 bulan skali, upah org bersihkan laman.
upah org bersihkan laman yg semak-samun!
always puas hati la after dibersihkan. tapi tu la, tak sampai 2 bulan, lalang kembali subur. begitulah utk tempoh 2-3 tahun lepas 😕. sehinggakan mr.asben nak beli mesin rumput sendiri to save cost nak upah org utk bersihkan laman. tapi saya kurang setuju utk beli mesin rumput. itu yg buat saya minta bantuan google, camne nak hapuskan rumput dan lalang cara sihat, tanpa racun kimia. saya google cara buat racun rumput dan racun lalang organik buatan sendiri.
inilah dia rumput dan lalang di laman belakang.
hidup subur dari 14.12.2017 hingga 31.1.2018.
malas nak tunjuk laman bahagian depan hu hu hu...
cara membuat racun rumput organik.
tanpa berlengah lagi, mr.asben dgn peralatannya utk urusan pembersihan dlm rumah. saya pulak dgn cuka & sunlight, dicampurkan menjadi racun rumput diy, bekerja di luar rumah. cara racun rumput adalah spray je. bermula jam 11.00 pagi saya mula spray racun rumput organik ni, saya campurkan sebotol cuka (850ml) dan beberapa titik sabun pencuci sunlight. tanpa campur dgn air ye.
sumber dari artikel ni, menyatakan bahawa :
"... cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid ni sgt lah tidak ngam dgn tumbuhan. sabun pencuci sunlight pula bertindak sebagai ejen pelekat yg memastikan cuka yg disembur melekat elok pada tumbuhan..."
inilah hasilnya selepas 1 jam semburan racun rumput organik diy.
memang kelihatan rumput dan lalang kering! 😳
cubaan yang berjaya.
racun rumput terbaik!
racun lalang semulajadi! 😄
setelah cubaan tu berjaya, tanpa berlengah lagi, saya memulakan operasi meracun kesemua bahagian di laman saya tu. dgn impian, esok (jumaat) saya dapat clearkan laman ni. in shaa Allah.
saya gunakan :
- tak sampai 1/3 botol sabun pencuci sunlight
- 8.3 liter cuka masakan 😄 (RM30)
pagi Jumaat (9 pagi). gembiranya hati bila lihat semua lalang kekeringan.
pagi Jumaat yg sama (11.00 pagi), selesai 'menuai' lalang 😆.
seluruh laman tu, saya kerjakan sorang diri. membawa maksud, tak la kerja berat sgt. boleh la. berkebun = senaman semulajadi. kiranya benarlah seperti yg dicadangkan, racun rumput organik buatan sendiri utk hapuskan lalang ni memang terbaik. 24 jam akar lalang tu kering dan mati. mudah utk saya cabut aje. tak menggunakan tenaga yg byk 👍👍👍.
alhamdulillah. moga beri manfaat pada yg mungkin mencari penyelesaian kpd lalang yg subur di laman hi hi hi... saya da cuba and ternyata berkesan 👌.
lepas sembur racun rumput organik ni, rumput dan lalang tu mati terus atau akan hidup semula?
hu hu hu hu 😅. mestilah tumbuh semula. lalang ni kan pantang la ada tanah terbiar dan tak diuruskan, penuh la dia hidup. alangkah bahagianya kalau racun rumput diy ni dpt mematikan rumput dan lalang permanently. tapi tidak mungkin. 2 - 3 bulan lagi, penuh balik lalang kalau tak berjaga 😆.
ok... bye for today.
kalau-kalau la ada tips yg lebih mudah utk hapuskan lalang, share ekk kat ruang komen.
saya alu-alukan 😍.
68 Comments
Menjadi juga petua ini. Maknanya lebihkan sabun la yer. Sebab akak tak pernah mencuba petua ini.
ReplyDeleteyes kakMahh. saya lebih kan sabun :)
Deletekasik lekat-melekat over skit. and konon nyer lebih berkesan la hi hi hi...
saya da cuba, kakMahh. and yes menjadik.
later saya update la brape lama bertahan racun organik ni.
Mudah rupanya ye kak. Hanya guna dua bahan tu je. Memang berkesan nampaknya tu. Tinggal nk bersenam kejap lah lps tu nak bersihkan lalang2 yg mati tu. Sekali sekala ye kak.
ReplyDeletesebab utamanya, ana, memang nak bersenam tau.
Deleteakak da start style hidup sihat 1.2.2018 tu, in shaa Allah berterusan la.
itu la. akak try dulu area yg kecil. nampak hasil nyer ok.
terus try area yg besar. and... tu dia hasilnya, ana. alhamdulillah.
wah, senang je camtu eh..guna racun organik jer..
ReplyDeleteiye. tak payah guna dah racun kimia.
Deletemerbahaya utk alam sekitar.
kita guna cuka makanan saje, fatimah.
Kak xguna air ke mmg pakai dua bahan tu je?
Deleteoh nice sharing sis, i punya rumah tanah nya sikit je hahha... i dah cover dengan pokok menjalar yang cantik cantik tu susah lalang nak hidup. btw thanks nanti nak guna teknik letak kat kebun mak I
ReplyDeleteruang tanah ni sementara aje, syafiera.
Deleteaida kalu pindah nanti, in shaa Allah, separuh akan disimenkan.
tambah ruang dapur. yg tinggal sejemput tanah di area depan aje.
buat hijau-hijau kan mata :)
Menarik sgt tips ni.. kebetulan sebelah rumah saya kosong dan lalang pun dah naik laman. Owner pun tak dtg2 tp risau nak guna racun sbb budak2 taman kdg2 ada main2 kat situ.. takut la kan jadi hal pulah racun berbahaya tu.. boleh cuba ni nanti. Thanks sharing :)
ReplyDeleteat first saya memang nak guna racun kimia.
Deletebut tu la. fikir kan bab bahaya tu. seram!
cuba yg ni, alhamdulillah...
Wah, tips yang begitu efektif sangat, thanks kak Aida.. nanti bleh la saya praktiskan kat rumah saya..
ReplyDeletecuba la, shikin.
Deleteakak da try and sukses :)
Menarik petua nin boleh share kat pak lang kat kampung..at least jimat skit kan
ReplyDeleteyes. sebab jimat lah yg aida pilih cara ni, SA :)
DeleteWowwww terbaiklah kak! Boleh share dengan mak onie, sebab dia memang suka berkebun even rumah apartmen pun,hihi
ReplyDeletekalau rumput skit skit celah batu pun boleh,mek onie.
Deletemudah. tak beracun. elok utk persekitaran.
Tq atas perkongsian ni since nak start bercucuk tanam depan rumah, so ilmu ni kena ada
ReplyDeleteaida pun berhasrat laman kecik tu nak bercucuk tanam jugak nanti.
Deletetu yg tak apply racun kimia. takut tanah tak subur plak.
Bagus sangat tips ni. Kalau guna racun kimia memang seriau nak-nak kalau kita sendiri yang buatkan.
ReplyDeletebetul.
Deletekita yg sembur, efek nyer kat kita la yg pertama kan.
takut. seriau!!!
Baguslah info ni baru pertama kali baca, Bolehlahcba nanti terima kasih.
ReplyDeletesama-sama iffah :)
Deletekalau guna sabun lain boleh ke kak.. alahai xde stock pulak
ReplyDeleteakak rasa boleh aje, ekin.
Deletesebab fungsi nyer utk melekatkan cuka tu kan lalang.
boleh aje.
Wahh bagus la cara DIY macam ni. Thank you berkongsi cara. Dah nampak memang berkesan. Jimat duit dan tenaga juga. Great!
ReplyDeletebetul :)
Deletebab jimat tu yg kita utamakan kan...
duit boleh hala ke perkara lain.
lagi selamat. tak perlu buang duit beli racun kimia. nnti kena try petua ni
ReplyDeleteyes. ke arah persekitaran yg sihat gitu :)
DeleteSaya pun buat begini, Aida. Baca tips di Pinterest.
ReplyDeleteLagi satu, selepas rumput dipotong, saya akan taburkan baking soda kat kawasan yang selalu tumbuh lalang setompok-setompok (yang akarnya kuat susah nak cabut tuh). Renjis dengan air sedikit. Tujuannya untuk lambatkan pertumbuhan lalang/rumput dan weeds :)
yes yes aida ada ingat baca pasal tu kat blog farrah.
Deletelom cuba yg tu. ni sebab laman nyer besar, farrah.
geram. tu yg apply yg jenis cecair dulu.
Wah.. menarik nie.. just guna cuka dan sabun sunlight je ye aida..
ReplyDeletebetol, Sha. mudah.
Deletetu sunlight yang cuci pinggan tu kan... laaa, tak tau pulak ada kegunaan lain. Bagus juga tips ni. Boleh guna tips ni kat kpg. Kat KL ni xdop tanah sbb duduk apartment.. hehe
ReplyDeletekan? akak pun kagum bila dgn hanya guna sabun pencuci pinggan, dpt selesaikan masalah lalang selaman.
Deletealhamdulillah :)
Wow sangat berkesan racun buatan sendiri ini habis mati semua. lepas ni boleh tanam rumput taman lak bagi nampak cantik keliling rumah tu tak adalah kosong sangat...
ReplyDeletememang akan ditanam rumput karpet.
Deletenak becucuk tanam skit skit.
tapi tu la, lambat lagi. tunggu lagi 2-3 thn baru stay permanent kat sini.
in shaa Allah.
Assalamualaikum kak,..Salam kenal dari saya,..Dalam saya berblogwalking nie,..terjumpa pulak petua untuk hapuskan lalang d halaman rumah,..Semalam kira nak hapuskan rumput2 d halaman rumah guna racun rumput tu,..tapi x berani nak pakai,xdak pengalaman,.hihii,..Alhamdulillah jumpa petua ini,..InshaAllah akan dicuba,..Terima kasih ka,..
ReplyDeletealhamdulillah.
DeleteMydue cuba ye.
in shaa Allah ok. sebab akak dah cuba :)
Nice sharing, weekend nanti Zumal nak try...
ReplyDeleteYa ke... nak cuba juga la sbb kdg tggal rumah di taiping bila balik lalang naik timggi...!selalu kena upah org potong... racum lalng dinkedai pun mahal gak sampai ratusan ringgit dia org nak caj...
ReplyDeleteracun kimia mahal.
Deleteupah org potong pun dah makin mahal skang, fas.
tu yg aida cuba cara ni.
alhamdulillah :) jimat. selamat.
thanks 4 sharing. sy nk suh mak sy baca entry ni... asik menebas je smpi skt2 pinggang...
ReplyDeletegood sharing..belakang rumah ayu kat seremban tu..memang ada sapce sikit. masa beli konon nak bercucuk tanam la..sekali dok ternak lalang jer.. he he he..leh try ni. tq dear!!
ReplyDeleteWow! ok juga, nak cuba sebab nampak berkesan sangat.
ReplyDeletenice information dan sharing :D
ReplyDeleteWah nak cuba ni..nanti kena bersihkan lalang before CNY ni.Thanks for sharing!
ReplyDeletewahh
ReplyDeleteda jimat da kt situ...
racun bt sndiri je
Cheers to the shade dear- this looks very effective!
ReplyDeleteLalang mati terus ke tumbuh semula dalam beberapa bulan?
ReplyDeletetak mungkin mati selamanya.
Deletedah resmi nyer tanah dan lalang, akan tumbuh semula.
cuma lambat.
Puan.mcm mana perkembangan..lalang tumbuh smulaa x? Kalau ok..saya nk try jgak
ReplyDeleteyes. pasti tumbuh semula.
Deletekalau sembut racun kimia sekalipun, lalang tetap tumbuh semula.
cuma... tak cepat tumbuhnya. lalang tak merimbun cepat sgt.
kalau dulu, sebulan dah hijau laman dek lalang.
ni... 2 bulan pun, lalang nyer jarang-jarang.
Puan.. selain pencuci Sunlight, boleh tak guna pencuci jenama lain?
ReplyDeleteBahannya sama juga kan satu botol cuka dan campur beberapa sudu pencuci cecair kan untuk racun, betul tak?
boleh la cuba dulu.
Deletekonsep nyer, utk cuka tu melekat kat lalang.
Cuka makan dgn sabun sunlight je ke,x di campur air ke
ReplyDeletesaya tidak campur air.
Delete2 bahan itu saje.
Saya baru nak cuba. Harap bole dan menjadi.
ReplyDeleteSaya baru nak cuba. Harap bole dan menjadi.
ReplyDeletemenjadik la bagi saya dah mencubanya...
DeleteAda campur dengan air tak kak?
ReplyDeleteada da jawab pertanyaan ni di atas :)
Deletetidak campur air.
hanya cuka & sunlight.
Bahan utamanya cuka. Sabun sebagai 'gam'.
ReplyDeleteCuka naikan tahap asid dalam tanah yang x sesuai untuk tumbuh-tumbuhan.
Makanya tanah tadi bersifat asid. Jadi matilah lalang2 tu..
Bagus jgk cra akk cme kos jela agk mhal,..sbb cuka shja tnpa air..1 liter rcun kimia hrga rm15+60liter air blh untk kluasan 1 ekar tp agk brbhaya la plak..Jadi,..sy mmilih bli mesin rumput,..rm350 jnama biase..rse2 kalo guna skdar hlman rmh..tahan kot bertahun2 msin rmput nie..😅
ReplyDeletesaya prefer cara ni drpd racun kimia ataupun mesin rumput. kerana ia adalah bersifat sementara. dan mudah utk saya yg buat, tak perlu bantuan org lain :) kalau nak mesin rumput, confirm kena minta tolong mr.asben. dia dah la busy memanjang hi hi hi hi...
Deletesebab pertama - organik. selamat. bahan mudah cari. mudah juga nak buat. dan berkesan meskipun jangka masa pendek.
sebab kedua - sekarang ni saya dah pun menetap di rumah ni. dari bulan Mei 2019. laman berumput sebelah belakang telah disimenkan. tinggal skit je laman berumput di bahagian hadapan. dlm masa beberapa bulan lagi, saya akan pasang rumput karpet.
maka, bergantung kpd kita sebenarnya. jangka masa pendek or panjang. laman kecik or besar, kan.
Kadang2 ada tompok rumput mati tempat kucing kencing..tp bila baca posting ni baru timbul idea penghapus lalang semulajadi organic..
ReplyDeleteAYAH RABIA BIASANYA CABUT RUMPUT. DAN MESIN RUMPUT JUGAK.RABIA SUKA TOLONG AYAH CABUT RUMPUT
ReplyDeleteSalam. Nak tanya. Hanya utk lalang je ke? Bagaimana dgn Rumput?
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.