assalamualaikum...

saya nak share berita gembira buat semua yg ada masalah dgn lalang.
racun organik buatan sendiri utk kita hapuskan lalang dengan cepat.
laman kecil ke, laman besar ke, masalah lalang ni memang buat owner stress. termasuklah saya πŸ˜’.
tapi nak la rumah yg ada laman plak...
rumah pertama saya langsung takde kawasan berumput! simen semuanya.
tapi rumah kedua ni, saya pilih yg berlaman utk masa depan, nak ada kawasan utk famili bersantai ptg. nak berkebun skit-skit πŸ˜„.
tapi tu la, as at now belum lagi kami tinggal rumah ni permanently. sesekali kami dtg utk tujuan pembersihan.
and thn ni lah, in shaa Allah, kalau ada peluang dan ruang, kami akan stay sini sekejap-sekejap.
tak jauh pun. jarak antara rumah ke rumah hanya lebih kurang 17km πŸ˜„.
tak berpindah sepenuhnya kerana consider persekolahan Nurin & Syuhada.
bermula tahun 2016, Nurin UPKK, then 2017 Nurin UPSR. Now, turn Syuhada pula 2018 UPKK dan next year UPSR.
sekolah pagi dan petang semua berdekatan sini dan mudah dari segi kesesuaian logistik.
itu saje. malas nak urus diorang tukar sekolah.

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
ini la dia yg saya bwk utk menjayakan misi racun organik buatan sendiri nak hapuskan lalang.
tips ni saya peroleh dari artikel ini. saya rasa ia mudah utk saya sendiri kendalikan.
mr.asben ada tugas lain yg lebih berat!


nak la dijadikan cerita, pada 13.12.2017 lepas, buat kesekian kalinya saya upah org utk bersihkan laman. upah RM100. seperti biasa memang bersih πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡. memang salah satu rutin saya dlm 2-3 bulan skali, upah org bersihkan laman.

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
pandangan dari hadapan

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
pandangan dari belakang

always puas hati la after dibersihkan. tapi tu la, tak sampai 2 bulan, lalang kembali subur.
begitulah utk tempoh 2-3 tahun lepas πŸ˜•. sehinggakan mr.asben nak beli mesin rumput sendiri. 
to save cost nak upah org utk bersihkan laman. tapi saya kurang setuju utk beli mesin rumput.
itu yg buat saya minta bantuan en.google, camne nak hapuskan lalang cara sihat, tanpa racun kimia.

maka, bermulalah misi kami laki bini jadi tukang bersih rumah dari rabu - jumaat baru lepas ni.
tq my dear mr.asben sebab cuti 3 hari utk tujuan ni. 
kami dah agak lama jugak tak ke rumah kedua ni. memang perlu bersihkan la... termasuk lah lalang di laman yg dah pun sampai ke paras lutut.

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
ini lah dia yg subur dari 14.12.2017 - 31.1.2018.
ni hanya area belakang je saya tunjuk contoh bergambar πŸ˜‘. lom tgk separuh laman lagi area depan.

tanpa berlengah lagi, mr.asben dgn peralatannya utk urusan pembersihan dlm rumah, saya pulak dgn cuka & sunlight, dicampurkan menjadi racun lalang, bekerja di luar rumah.
jam 11 pagi gitusaya mula spray racun organik ni, saya cuba campurkan sebotol cuka (850ml) dan beberapa titik sunlight.
TIDAK CAMPUR AIR. hanya cuka & beberapa titik sunlight πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ.
sumber dari artikel ni, menyatakan bahawa :
"... cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid ni sgt lah tidak ngan dgn tumbuhan. sabun sunlight pula bertindak sebagai ejen pelekit yg memastikan cuka yg disembur melekat elok pada tumbuhan..."

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
ni la hasilnya selepas 1 jam saya semburkan racun organik buatan saya tu.
memang kelihatan lalang yg kecik-kecik terus kering!
lalang yg besar, kering di bahagian bawahnya...

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
inilah pula hasilnya pada jam 9 pagi esoknya, khamis πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.
lalang kecik lalang besar semua mati.

tanpa berlengah lagi, saya memulakan operasi meracun kesemua bahagian di laman saya tu.
dgn hasrat, esok (jumaat) saya dapat clearkan laman ni. in shaa Allah.
saya gunakan :

  1. tak sampai 1/3 botol sabun sunlight
  2. 8.3 liter cuka masakan πŸ˜„ (RM30)

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
pagi jumaat jam 9 pagi 😊 senyum sampai ke telinga saya tau...

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
menjelang jam 11:30 pagi, selamat dah 'menuai' lalang seluruh laman depan ke belakang πŸ˜…bertuah la saya sebab jumaat tu cuaca tidak panas terik, nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa...

seluruh laman tu, saya kerjakan sorang diri. membawa maksud, tak la kerja berat sgt.
boleh la. berkebun = senaman semulajadi. 
kiranya benarlah seperti yg dicadangkan, racun organik buatan sendiri utk hapuskan lalang ni memang mujarab. 24 jam akar lalang tu kering / mati. mudah utk saya cabut aje. tak sgt menggunakan tenaga πŸ‘πŸ‘πŸ‘.
selepas ni, memang standby aje la cuka kat umah... save la dari nak upah org lagi dan lagi...

alhamdulillah.
maka, sebab tu la saya share tghari Ahad ni. 
moga beri manfaat pada yg mungkin mencari penyelesaian kpd lalang yg subur di laman hi hi hi...
saya da cuba and ternyata berkesan πŸ‘Œ.

ok... bye for today.
kalau-kalau la ada tips yg lebih mudah utk hapuskan lalang, share ekk kat ruang komen. 
saya alu-alukan 😍.