assalamualaikum....

Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik

bulan Februari yg lepas adalah bulan saya start jaga pemakanan. bersenam.
azam tahun ni nak kembali ke BMI yg best. di samping kurus ke arah aidilfitri.
kurus tu tak le menjadi sasaran sgt. dpt kurangkan inci di certain part of the body pun alhamdulillah.
sebab kalau tgk saya ni pun dari mata kasar, mcm ok aje. tak le nampak 'berat'.

saya berbasikal...
saya aerobik. dlm rumah aje, sensorang 😅. berlambak kot video kat youtube pasal aerobik.
yg saya suka buat is poco-poco dan jamilah. releks. santai. ringan... tapi berpeluh-peluh la. panama lom try ha ha ha 😅.

so one morning, follow mr.asben daki bukit beruang. ni saya rasa kali ke berapa lah saya follow mr.asben.
before this, saya dah taubat dah tak kuasa nak daki bukit ni!!! pernah sekali saya follow dia, bagai nak pitam mendaki. hadoi lah... tak pepasal karang turun bukit berpapah.
tapi, kerana da tekad nak kurus, pagi tu saya berkobar-kobar la nak daki bukit ni semula.
bak kata mr.asben, daki bukit ni byk kalori boleh dibakar. better than cycling dan aerobik.
😳😳😳  memang suka la saya kan 😍.

mr.asben bw saya ikut route yg berbeza. mencabar!!!
memula mcm ok. Izzat ikut plak tu korang. Izzat memang la berlari naik bukit kan.
so si Ibu ni follow la. wah, bukan main happy la...
rupa nya route tu memula aje ok. di pertengahan start dah mendaki kaw kaw punyer.
di masa itu lah Ibu Izzat start abis nafas... start slow... start rasa mcm menyesal ha ha ha 😂...

tapi dlm hati kecik ni berkata, "nak kurus kan? ni la yg bagus ni..." hmmmm maka, ku turutkan lah kata hati ku itu.
alhamdulillah... sukses!!!

Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik
sampai atas ni, saya terduduk! 
fuhhh 😓 

Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik

Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik

Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik
Izzat memang la ohsem... dia la sumber inspirasi Ibu 😌

kali ni saya rasa ok skit compare dgn yg lepas-lepas.
mungkin sebab saya dah pun mula bersenam 2-3 minggu sebelum.
saya rasa happy... rasa selesa hingga lah turun bukit.
kalau sebelum ni, ya Allah... terasa mcm nak panggil ambulan pun ada tau...

Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik

saya dpt info dari artikel ni, saya buat summary skit kat sini ye :
  • mendaki bukit ni boleh mencabar stamina kita. ia dpt membakar kalori dengan banyak kerana melibatkan latihan kardio.
  • mendaki bukit ni adalah salah satu daripada 5 latihan kardio terbaik. ia kategori senaman berimpak tinggi.
  • tak perlu mencari bukit yang tinggi atau gunung. kalau dpt satu berbukit setinggi 10 meter pun da ok.
  • senaman yg berintensiti tinggi perlu dilakukan secara berterusan tak kurang 20 minit. kerana selepas itu barulah kalori terbakar.

Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik
Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik
Mendaki Bukit Adalah Senaman Terbaik

aerobik adalah senaman berimpak sederhana.
dan berbasikal adalah jatuh dlm kategori senaman berimpak rendah.
maka, ia bergantung kepada kita la dan kena ikut kemampuan ye. ni penting.

saya... sesekali boleh la mendaki bukit. masih belum fit.
mr.asben saya, hampir setiap hari mendaki bukit. lelebih pula next month dia ada program naik gunung lagi. hmmmmm tgh meng'fit'kan diri la tu 😄.

ok. moga entri ni ada manfaat kat korang ekk.
kebetulan pagi ni klik klik info kesihatan. terlangsung buat entri.
bye for now.