assalamualaikum...
kat melaka ni tak brape susah nak dpt kan telur itik.
di pasar malam...di pasar besar apatah lagi. byk jual. kat kedai runcit pun ada selalunya.
belimbing buluh pun mudah dapat...
antara nak masak dgn tak aje hi hi hi 😃.
masak lemak ni antara masakan yg paling mudah. lebur aje semuanya.
tapi... saya masih kurang mahir dgn masak lemak ni.
jadik tu jadik la... tapi kurang la. tak sama mcm mak saya masak hu hu hu 😓.
- tumbuk halus --> kunyit.
- serai --> ketuk.
- bwg putih & bwg merah --> hiris.
- semua 3 bahan tu masukkan dalam periuk sekali dgn air. kuantiti air, ikut la brape byk korang nak. kemudian nanti nak masuk santan, kan.
- air da mendidih skit, terus saya pecahkan telur itik 5 biji.
- serasa telur tu da mengeras cantik, barulah saya masukkan santan sekotak. perisa dgn garam dan letakkan belimbing buluh yg saya potong dua.
- kacau skit lebih kurang... dah.
makan begitu saje pun sedap.
kemudian, saya nak try buat sambal itam belimbing buluh. in shaa Allah...
style masak ikot org, berbeza, kan?
dan style masak kekadang ikot bahan.
and saya tak masuk cili padi dlm masak lemak. nanti Izzat tak boleh plak makan, kan?
kalau ada cili padi, masak lemak lebih ummph 👍!
terkenang pokok belimbing buluh kat ofis. time berbuah, Allahu Akbar, lebat.
skang ni pun member kata byk buahnya. lom ada time nak gi amik.
nak try buat sambal itam dgn pressure cooker 😅. kalau sukses, best nyer...
Ramadhan dah dekat ni. bersahur tu penting ada sambal itam, sambal goreng, apa-apa jenis sambal yg simple.
nak dpt kan semangat bersahur utk anak-anak... dan ayah diorang 😜.
ok. tu aje mau borak.
korang kalau ada tips / resepi / style lain masak, bleh la share ekk.
... bye!
11 Comments
Bestnya! Mudah dpt bahan telur dan belimbing tu..baru je buat mggu lepas masak lemak telur itik dan belimbing ni..dua2 beli kat kwn dari ng sembilan..kat tempat JM susah nk dpt..hurmm mmg sedap la heee..10biji rm7
ReplyDeleteumah cik timm pun ada belimbing buluh ni..tapi time kita nk msak buah xde, time xnak bergugus-gugus buahnya tumbuh..huhu..
ReplyDeletesdapnya lahai..:)
ReplyDeletePuasa ganti dah buat lum Aida? Kita tak habis lagi ni huhu.... cuti sekolah susah nk ganti sebab anak anak ajak keluo...
ReplyDeleteJarang sangat buat masak lemak telo itik Aida, entah kenapa ek. Kita kalau masak lemak buh cili sikit je, anak yg bongsu tu pun kurang makan pedas ngalahkan Ikut Izzat pulak hihi...
singgah sini, nampak sedap tapi tak pernah nak masukkan belimbing buluh. hihi
ReplyDeleteSedap ni, dah lama tak makan
ReplyDeleteMasak lemak telur itik dah biasa makan, cuma tang letak belimbing tu je belum hehe
ReplyDeleteSedapnyaaa dah lama tak makan tu. Belimbing tu kalau dapat cicah garam pun sedap
ReplyDeleteSedapnya.. Kesukaan sha ini.. Tapi sha tak pandai buat.. kikiki..
ReplyDeleteGi makan umah aida lah.. :)
fav sangat masak lemak telur itik ni!
ReplyDeletesedap tu saya suka
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.