assalamualaikum 😌
dlm pada jari jemari ni laju tanpa henti menaip assignment skang ni...
dlm pada otak memikirkan pe perkataan yg nak ditaip satu persatu sedikit demi sedikit...
leher stress. mata penat.
buat secawan kopi. panas-panas. hirup...
mlm ni memang nak stay up skit. jeling jam, baru jam 11 mlm. lom lagi tgh mlm hi hi hi hi...
aaahh releks 😌. lagi 2 minggu aje masa utk submit 3 assignments. then, final exam.
sebulan lebih lagi abis la semester 2 ni. sedihnya... student life is a great life!
cepat aje masa berlalu. kalau bekerja dulu, masa dirasakan berjalan dgn sgt lambat 😆.
ok, biarkan assignment tu diam-diam dulu. now, nak share, saya da tonton Dukun 😏.
tapi gambar-gambar 👆 kami snap mlm tadi...
bila saya tonton citer Dukun ni, yes, setiap plot nyer tu saya berimaginasi, adakah gini kes Mona Fendy?
adakah ni diorang ambil dari kes mahkamah Mona Fendy? Adakah... ? Adakah...?
ntah la. ada sebab kot kenapa filem ni ditangguhkan tayangannya selepas beberapa tahun.
ada juga saya baca isu-isu kenapa ditangguhkan...
Diana (Umie Aida) dituduh membunuh bisnesman, Datuk Jefri (Adlin Aman Ramli). maka, keseluruhan citer ni berkisarkan siasatan terhadap Diana. nak dijadikan cerita, peguambela Diana, Karim (Faizal Hussein), mempunyai kisah dia tersendiri. isteri hilang 10-12 thn yg lepas. anaknya, Nadia (Elyana) lari dari rumah.
akhirnya, Diana disabitkan bersalah. mayat isteri Karim dijumpai dlm keadaan yg pelik. di situ la timbul kaitan antara Diana dan Karim dan menjelaskan tagline filem ni iaitu "Akhirnya kita bertemu...". rupanya isteri Karim berkaitrapat dgn Diana di mana Diana la yg membantu dia hamil. kehamilan isteri Karim itu merupakan satu perjanjian antara isteri karim dan Diana agar anak itu (Nadia) nanti diserahkan kepada Diana.
maka, apa yg dpt saya simpulkan ialah citer Dukun ni adalah tentang Karim.
di manakah isteri karim. siapa Nadia. kenapa Nadia.
kes Mona Fendy hanyalah inspirasi sehingga terhasilnya watak Diana dan Datuk Jefri.
jalan citernya agak kompleks.
kalau terlepas satu scene, mungkin kita tak dpt tangkap next scene.
and anak-anak kalau tgk, perlukan org dewasa utk explain certain scene. at the end, kita dpt rumuskan semua. and baru la ada relevan nyer certain part 😌.
lakonan Umie Aida is as usual, terbaiklah. no doubt. menjadik sgt 👍.
saya kasik 7/10 markah. tahniah team Dukun.
😉

26 Comments
wah..best ni..:)
ReplyDeletesaya pun dah tengok Aida
ReplyDeletesaya selalu dengar review yang bercampur baur- ada kata best ada kata tidak. Hmm.. Nampaknya kena tengok sendirilah ni! Tapi biasanya, kalau drama inspirasi kisah benar ni memang lebih tragik dan dramatik, iyalah sebab nak tambah unsur seni kan. hopefully Dukun tak mengecewakanlah! Hihi..
ReplyDeleteWah tengok wayang..dok ajak husband tengok dukun, dia tak mau. Hahaha tak sesuai untuk anak kecil sama kot.. tak sabar juga la nak tengok lakonan umie aida. Mesti best
ReplyDeleteAmboi aida. maraton tengok wayang ke apa ni. Hehe. ramai juga yang dah tengok dukun ni. Ana tengok trailer je dulu.tu pun dah rasa seram. Asal ternampak trailer tu tutup cepat2. Takut woo.
ReplyDeleteOwhhh..ingat majoriti pasal mona fendy. Tapi nampak macam best. Saya nak tengok la nanti. Thanks for the review. :)
ReplyDelete12 tahun punya cerita..still rasa hebat lagi..rasdanya sebab watak utama dia umie aida tu yg sangat menjadi si dukun tu hehehe
ReplyDeleteKata berdasarkan kisah benar Mona Fendey tapi saya rasa macam ada tokoh tambah jugak sebab dah 12 tahun berlalu kan?. Ada kawan suami berbangsa cina dia dah tengok movie ni. Dia kata best.
ReplyDeleteTak berkesempatan nak menonton Dukun lagi. Tapi husband yaya dah tengok dia kata memang best cerita ni
ReplyDeleteMovie ini penuh dengan suspend. Looks like a good movie for me to watch it soon.
ReplyDeleteAda kawan-kawan kata sedikit bosan dengan jalan cerita dan seram tu tak sangat. Cuma mungkin sebab kita dah tahu kisah Mona Fendy di luar movie Dukun ni tu yg seram tu. saya bayangkan dia kupas kisah pembunuhan Datuk tu
ReplyDeleteSA pun dah tengok..siap bawak Dikutkan SA ni penakut citer2 hantu..laaa..bukan citer hantu la..hehehe..but kagum dengan Umie Aida...dia memang menjiwai watak...
ReplyDeleteTQ Aida untuk review ini.. Sha ini walaupun suka baca novel seram tapi nak tengok filem macam ini memang takkan lah.. kikiki..
ReplyDeletenak juga tengok ajak mr hubs tapi dia x nak layan coz dia simpati pd kawan dia (anak kpd arwah mona). close friend.. so terpaksalah kita abaikan.. mayb tgk online jerlah nanti kalau dah ada.. sob sob
ReplyDeleteTahniah buat produksi dukun dengan cerita yang sangat menarik dan tidak bosan sepanjang menonton saya tak ada rasa seram tapi ia ada adegan yang menggerumkan..
ReplyDeleteIka kalau cerita seram ni. Seram sampai seminggu. Tak berani nk tengok. Huhu tapi teringin sebab 90% kata wajib tengok best katanya.
ReplyDeleteramai ckp filem ni best dan berbaloi tunggu sampai bertahun2
ReplyDeleteMasa tengok filem ni, perghh cantik betul Umie Aida. Kemudian dia bawa watak tu menjadi sungguh. Watak tangan banyak dalam penjara tu takut sangat. Meremang!
ReplyDeleteMasih x tgk lg.. sbb tu de org kata.. buang imaginasi mona fendy bru nmpak sisi lain tuk ceta ni.. 2
ReplyDeleteDukun memang mengerikan sebab ceritanya kita tahu adalah berdasarkan kisah Mona Fendi. Saya kagum dengan pengambaran dan kualiti lakonan mereka semua - sangat komited pada watak mereka.
ReplyDeleteada yang cakap best, ada yang cakap tak best. Nanti lah saya pergi tengok sendiri cerita nie. Yang pasti, kisah mona fendy nie memang menyeramkan dan mengerikan. Takutttt
ReplyDeletetak adala exactly citer mona fandey. banyak jugak tokok tambah. tak faham kenapa filem ni diharamkan tayangan sampai kena tunggu 12 tahun
ReplyDeleteooo.. patutlah.. macam banyak kisah karim tu je .. TB pun tengok separuh je sebab ada orang share kat FB hari tu.. kalau nak tengok penuh kena pi cinema la kan.. huhu.. nak tau gak apa kaitan diana tu dengan karim..
ReplyDeleteItulah filem ni memerlukan kita banyak berfikir kalau terlepas sesuatu babak hurm... memanglah susah nak hadam huhuhuhu....
ReplyDeleteZumal seram dengan watak Diana tu. Kena tengok siang-siang jer...
ReplyDeletedah tengok juga, setuju dengan review ni yg filem ni lebih kepada kisah Karim tu.. citer yg MA tu diambil sikit2 je,,
ReplyDeletepart dalam penjara yang di transfer saka dia tuuu seraaammmmmm..huhu
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.