assalamualaikum 😌

dlm pada jari jemari ni laju tanpa henti menaip assignment skang ni...
dlm pada otak memikirkan pe perkataan yg nak ditaip satu persatu sedikit demi sedikit...
leher stress. mata penat.
buat secawan kopi. panas-panas. hirup... 
mlm ni memang nak stay up skit. jeling jam, baru jam 11 mlm. lom lagi tgh mlm hi hi hi hi...
aaahh releks 😌. lagi 2 minggu aje masa utk submit 3 assignments. then, final exam.
sebulan lebih lagi abis la semester 2 ni. sedihnya... student life is a great life!
cepat aje masa berlalu. kalau bekerja dulu, masa dirasakan berjalan dgn sgt lambat 😆.

ok, biarkan assignment tu diam-diam dulu. now, nak share, saya da tonton Dukun 😏.

Review Wayang : Dukun

Review Wayang : Dukun
tapi gambar-gambar 👆 kami snap mlm tadi...

bila saya tonton citer Dukun ni, yes, setiap plot nyer tu saya berimaginasi, adakah gini kes Mona Fendy?
adakah ni diorang ambil dari kes mahkamah Mona Fendy? Adakah... ? Adakah...?
ntah la. ada sebab kot kenapa filem ni ditangguhkan tayangannya selepas beberapa tahun.
ada juga saya baca isu-isu kenapa ditangguhkan...

Diana (Umie Aida) dituduh membunuh bisnesman, Datuk Jefri (Adlin Aman Ramli). maka, keseluruhan citer ni berkisarkan siasatan terhadap Diana. nak dijadikan cerita, peguambela Diana, Karim (Faizal Hussein), mempunyai kisah dia tersendiri. isteri hilang 10-12 thn yg lepas. anaknya, Nadia (Elyana) lari dari rumah.
akhirnya, Diana disabitkan bersalah. mayat isteri Karim dijumpai dlm keadaan yg pelik. di situ la timbul kaitan antara Diana dan Karim dan menjelaskan tagline filem ni iaitu "Akhirnya kita bertemu...". rupanya isteri Karim berkaitrapat dgn Diana di mana Diana la yg membantu dia hamil. kehamilan isteri Karim itu merupakan satu perjanjian antara isteri karim dan Diana agar anak itu (Nadia) nanti diserahkan kepada Diana.

maka, apa yg dpt saya simpulkan ialah citer Dukun ni adalah tentang Karim.
di manakah isteri karim. siapa Nadia. kenapa Nadia.
kes Mona Fendy hanyalah inspirasi sehingga terhasilnya watak Diana dan Datuk Jefri.

jalan citernya agak kompleks.
kalau terlepas satu scene, mungkin kita tak dpt tangkap next scene.
and anak-anak kalau tgk, perlukan org dewasa utk explain certain scene. at the end, kita dpt rumuskan semua. and baru la ada relevan nyer certain part 😌.
lakonan Umie Aida is as usual, terbaiklah. no doubt. menjadik sgt 👍.

saya kasik 7/10 markah. tahniah team Dukun.
😉