assalamualaikum 😊
selamat pagi.
salam sejahtera semua...
sambung challenge hari ke-6 ::: a song to match my mood right now.
semua sedia maklum, lagi 3 hari kita semua di Malaysia akan mengundi kerajaan baru.
so, everywhere anywhere bendera berkibar. hijau biru merah...
banner di serata bandar dan kampung.
selagi ada tempat utk di gantungkan banner dan bendera, di situ lah tempat nya akan digantung.
semlm da terkejut. ada satu banner kat depan umah mak mertua.
pagi-pagi ni double terkejut 😅 😄😄. ada tambahan 2 lagi banner kat depan umah mak mertua.
kesimpulannya, buka pintu dan tingkap, langsung takde view jalanraya.
terkejut mak mertua bangun tido pepagi tadi 😄.
maka, lagu ikut mood kan... lagu ni 👇.
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi
Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi
Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
bukan nak marah. bukan tak suka.
tapi, jgn la gantung di private property. yes, kami penyokong tegar parti itu. jgn la amik kesempatan.
fikir secara profesional la ye. jgn main belasah ajer.
again, bukan marah... bukan tak suka...
1 banner. ok la...
tgh mlm tadi, up kan lagi 2 banner di side kiri pagar rumah 😬.
maka, selamat mengundi la ye rakyat Malaysia.
moga, pilihan itu adalah pilihan yg betul. ni pilihan rakyat utk menentukan hidup rakyat.
lepas da pilih, pastu kerajaan baru tak perform, jgn byk komplen!!!
pemimpin yg dipilih dulu, standard la... time nak PRU semua balik kampung. nak kan dipilih semula.
rakyat happy sebab masa tu la semua pemimpin (tak kira parti apa pun) tgk keadaan rakyat.
jalan diturap. lubang dikambus. pokok ditanam. longkang digali. pasar tani mesra rakyat.
hu hu hu alangkah bagusnya kalau PRU ni setiap tahun. rakyat la yg paling beruntung 😀.
permintaan saya, sebagai rakyat marhaen, hanya satu = kayakan rakyat lebih dari kayakan diri sendiri.
then, Malaysia gonna be great 👌.

6 Comments
Undi adalah rahsia...
ReplyDeleteSelamat mengundi
Kan... rasa macam annoy jugak bila diorg letak banner kat tempat yang private.. bukan tak suka tapi agak-agak la..
ReplyDeletenak dibuka banner tu, ditakuti katanya tak menyokong. tapi sgt tak patut bila ia digantung di private property. org yg menggantung tu yg tak sensitif. bukan parti. maybe guidelines tak dimaklumkan dgn teliti. bukan rumah kami saje, mana-mana pagar rumah sebelah-menyebelah pun digantungnya!
Deletehahahaha habis tenggelam dengan banner gedabak dia. Selamat mengundi kak aida! :D
ReplyDeleteTu la.. part banner nie memang agak geram.. patutnya letaklah tempat-tempat yang tidak menghalang laluan.. Ini dekat trafiq light, nak keluar simpang sampai membahayakan.. mujurlah mengundi dah settle..
ReplyDeletehahaha..kelakar entry ni. mengundi dah habis. mood ramadhan plak sekarang. selamat berpuasa kak
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.