assalamualaikum 😊
selamat pagi.
salam sejahtera semua...

sambung challenge hari ke-6 ::: a song to match my mood right now.
semua sedia maklum, lagi 3 hari kita semua di Malaysia akan mengundi kerajaan baru.
so, everywhere anywhere bendera berkibar. hijau biru merah...
banner di serata bandar dan kampung.
selagi ada tempat utk di gantungkan banner dan bendera, di situ lah tempat nya akan digantung.
semlm da terkejut. ada satu banner kat depan umah mak mertua.
pagi-pagi ni double terkejut πŸ˜… πŸ˜„πŸ˜„. ada tambahan 2 lagi banner kat depan umah mak mertua.
kesimpulannya, buka pintu dan tingkap, langsung takde view jalanraya.
terkejut mak mertua bangun tido pepagi tadi πŸ˜„.
maka, lagu ikut mood kan... lagu ni πŸ‘‡.

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara



bukan nak marah. bukan tak suka.
tapi, jgn la gantung di private property. yes, kami penyokong tegar parti itu. jgn la amik kesempatan.
fikir secara profesional la ye. jgn main belasah ajer.
again, bukan marah... bukan tak suka...

mari mengundi PRU 2018
1 banner. ok la...

mari mengundi PRU 2018
tgh mlm tadi, up kan lagi 2 banner di side kiri pagar rumah 😬.

maka, selamat mengundi la ye rakyat Malaysia.
moga, pilihan itu adalah pilihan yg betul. ni pilihan rakyat utk menentukan hidup rakyat.
lepas da pilih, pastu kerajaan baru tak perform, jgn byk komplen!!!

pemimpin yg dipilih dulu, standard la... time nak PRU semua balik kampung. nak kan dipilih semula.
rakyat happy sebab masa tu la semua pemimpin (tak kira parti apa pun) tgk keadaan rakyat.
jalan diturap. lubang dikambus. pokok ditanam. longkang digali. pasar tani mesra rakyat.
hu hu hu alangkah bagusnya kalau PRU ni setiap tahun. rakyat la yg paling beruntung πŸ˜€.

permintaan saya, sebagai rakyat marhaen, hanya satu = kayakan rakyat lebih dari kayakan diri sendiri.
then, Malaysia gonna be great πŸ‘Œ.