assalamualaikum 😌


2 hari lagi ke hari mengundi 😀. berdebar???
sure hari ni dah ramai yg dah gerak balik kampung utk mengundi.
cuti di tgh minggu uolls. memang amik cuti seminggu lah kan... unless da tukar alamat di tempat bekerja. lebih mudah.

ok ok ok... day 7 challenge. kena plak bercakap pasal pet. hu hu hu saya ni tak suka membela haiwan.
sebab tanam pokok pun tak terbela @ mati kering, ini kan plak nak bela haiwan 😄.
kalau tak bebetul membela, jatuh plak hukum berdosa nanti. bela haiwan ni mcm bela anak jugak.
kena beri makan.
kena beri minum.
pembersihan. tempat utk ia berak kencing.
kena bagi ruang utk ia bermain...
tempat tinggal yg selesa, ini keutamaan...

one thing, saya ni memang penggeli semua haiwan berbulu.
anak patung anak-anak saya pun dulu-dulu jarang saya belikan yg berbulu. 
adik-beradik saya memang suka la menyakat saya kalau ada benda berbul-bulu halus ni.
penggeli saya tahap maksima. cannot help it.
kesimpulannya, kucing pun saya tak pernah belai. apatah lagi nak bela.

burung saya suka. dari kecik, abah saya bela burung. kat belakang rumah memang ada sangkar besar dgn mcm2 jenis burung dulu tau.
burung merpati lah... sampai satu masa, abah lepaskan semua burung-burung yg kami bela.
lepas... bebas... kembalikan mereka kepada alam semulajadi 😄.

ok ok ok... saya teringin nak ada ni hah 👇👇👇.
nanti umah baru da boleh duduk, nak buat proposal kat mr.asben. boleh ke tak nak bela ikan.

Day 7 ::: A Photo Of An Animal You’d Love To Keep As A Pet

  1. akuarium yg sederhana. mudah nak hias. mudah nak dibersihkan. maintainable lah kiranya.
  2. ikan hiasan yg berwarna warni. kecil besar sederhana... wajib ada pokok hijau, jambatan, batu batu yg indah. sederhana aje, tak mau pepenuh sgt!
  3. bila mlm, pasang lampu. wow! bunyi air tu pasti nyaman ajer. 
  4. elemen air kan dikatakan elemen feng shui kan. in shaa Allah. yg baik-baik saje.

and ni maklumat yg saya baca-baca jap tadi. saya combine dan bubuh dlm own words ye...

  • memang ikan berenang di akuarium selama 10 minit dapat kurangkan tekanan darah tinggi dan detak jantung berlebih. dapat kurangkan stress, tingkatkan ketenangan dan kurangkan ketegangan otot.
  • dalam waktu yg lebih singkat, 5 minit, memandang akuarium boleh menghipnotis dan menenangkan. ini adalah sebab kecenderungan genetik manusia yang berkaitrapat dengan alam semulajadi.
betul lah pilihan saya tu 👍.
tak sabar plak nak realisasikannya...
teringin jugak nak buat kolam kecil kat laman. yg siap-siap ada air pancut. ala-ala bali gitu.
then bela ikan warna warni jugak. pepetang, dok kat meja kopi, minum petang tepi kolam.
wah... nyaman nyer rasa kan. unsur air jugak tu...

Day 7 ::: A Photo Of An Animal You’d Love To Keep As A Pet
ikan koi... dpt 3-4 ekor jadik la... mahal kan ikan ni?

p/s : korang ada pet apa yg sekarang? selain daripada kucing  😎

ok. sampai tu jer la sharing pagi ni.
nak blogwalking jap. releks kan minda, lari dari lambakan assignments.
👌