assalamualaikum... salam sejahtera 😊
apa khabar setakat ni? ok la kot kan. nak berbuka dah kurang 2 jam lagi.
utk surirumah, da siap masak?
saya da siap dah. tgh baca buku ni hah. student tua ni nak exam esok pepagi 😄.
rest minda jap. update blog hi hi hi hi... da terasa byk ilmu sgt dah ni hu hu hu... need to rest jap.
nak share resepi simple aje ::: pengat pisang.
pasti ramai tau la buat nih.
rupa tak cantik. phone murah, gini lah jadik nyer gambo hi hi hi...
tapi rasanya sgt sedap 😋...
nak share dessert favourite. ni la dia resepi pengat pisang yang mudah.
bahan-bahan :
- pisang - ni saya guna pisang montel / berangan. memana yg available kat family store. potong serong-serong sesedap mata memandang.
- santan - 1 kotak kecil.
- gula melaka - dlm 120 gram gitu.
- gula pasir - 1 sudu besar. tak letak pun takpe. terpulang. kalau saya suka manis-manis.
- air - 2 cawan
- sagu - setengah cawan.
- daun pandan - 2 helai aje. ikat sesama dia.
cara-cara :
- sagu tu cuci dulu. rendam dlm beberapa minit. tapis dan ketepikan.
- masukkan air, santan, gula melaka dan gula pasir dlm periuk and kacau hingga gula melaka dan gula pasir mencair dan sebati semuanya.
- then, masukkan pisang, sagu dan daun pandai ke dlm periuk. kacau jap aje. jgn sampai pisang nyer lembik sgt.
siap! beberapa minit aje korang. dessert yg sedap, mudah kan resepi pengat pisang.
ni kalau jual di bazar Ramadhan, 2 senduk mahunya rm3 kan.
kalau buat semangkuk besar, bersenduk-senduk, kos nyer dikira-kira tak lebih rm10.
buat nyer pun mudah dan sekejap aje.
selamat mencuba resepi pengat pisang yg mudah ni!

6 Comments
Sedapnya...tengok ni terus teringin nak buat...
ReplyDeleteNampak sedap. :) https://dindamaisarra.blogspot.my/
ReplyDeleteFeveret ni...sedapnya
ReplyDeleteWah, sedapnya pengat pisang, aritue saya nak buat jugak tapi tak jumpa pisang sesuai..
ReplyDeleteSedap kalau dapat makan yang manis-manis masa berbuka..
ReplyDeletepengat pisang nie begini rupanya? sy x faham maksud pengat tue hahaha maklumlah kat sabah xda mcm nie
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN : Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Sila berfikir dengan waras sebelum menaip apa-apa komen.
Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan/atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen oleh "unknown profile" juga tidak akan disiarkan.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.