assalamualaikum 😌
semoga hari kita hari ni lebih baik dari semlm in shaa Allah.
hari ni saya tiada apa-apa misi di rumah. relax. blogging. tonton tv aje.
lauk semlm masih ada. dihangatkan. makan tghari berdua dgn Syuhada tadi.
dihebahkan dgn terjumpanya mayat beku anak syurga Adam Raykal.
selamat sudah Adam Raykal dikebumikan. Allahu Akbar 😓 tak dpt nak komen apa lah...
nantikanlah keputusan siasatan polis. semoga Ibu Ayah nya kuat meniti hari-hari mereka lepas ni.
berkaitrapat dgn entry saya kelmari, suka saya nak hebahkan di sini tentang pengaruh sosial terhadap kehidupan anak kita. penting tau. lelebih zaman kini sgt la mencabar, ibu bapa wajib tahu ilmu ni.
perlu tahu bahawa peranan gender tidak dibawa sejak lahir melainkan dipelajari melalui proses sosialisasi. oleh sebab itu, peranan gender boleh berubah mengikut peredaran masa.
peranan gender terbentuk dengan
dipengaruhi oleh proses sosialisasi gender iaitu suatu proses pembentukan persepsi diri dan aspirasi
dalam sosiologi.
faham tak? 😃
melalui proses sosialisasi gender ni, kanak-kanak akan diharapkan menjadi tahu
bagaimana ia mesti bertingkah laku di kalangan masyarakat dan lingkungan budayanya, sehingga
kanak-kanak itu menjadi beradab.
ia adalah satu proses yang kompleks dan mungkin berbeza ikut masa, keadaan adat atau budaya. ia juga boleh ditentukan oleh sikap, kepercayaan dan
tingkah laku yang sepadan dengan apa yang dikatakan feminin dan maskulin.
terdapat pelbagai nilai, norma dan peraturan yang ada kaitannya dengan gender dalam kalangan
masyarakat dan persekitaran kita ni.
ia memainkan peranan utama untuk kanak-kanak memahami tentang
peranan gender. ia akan mempengaruhi bagaimana mereka bersosial dengan rakan sebaya dan
membentuk hubungan.
peranan gender yang terdapat dalam persekitaran zaman kanak-kanak
memainkan peranan yang besar dalam membentuk konsep diri sendiri dan mempengaruhi cara dia
mengembangkan hubungan dalam kehidupan.
selain kematangan dari aspek biologi, kanak-kanak
berkembang dalam satu set norma sosial berpandukan struktur keluarga mereka, sifat corak permainan seharian, rangkaian persahabatan atau alam persekolahan.
jom baca satu-persatu :-
KELUARGA
sistem pendidikan negara seharusnya menyediakan asas yang kukuh tentang ilmu keibubapaan
kerana keluarga merupakan unit masyarakat yang menyumbang terhadap proses pembangunan
negara.
ini bagi memastikan kesinambungan di antara proses pembentukan insan yang seimbang
yang bermula dari rumah dan di sekolah.
keluargalah yang mula-mula mengajarkan seorang anak laki-laki untuk menganut sifat maskulin,
dan seorang anak perempuan untuk menganut sifat feminin.
daripada riwayat A-Bukhari dan
Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi".
hadis di atas membuktikan bahawa peranan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam membentuk
sahsiah diri anak-anak. ibu bapa adalah guru pertama di rumah.
maka, ini boleh menyebabkan ibu bapa menggalakkan tingkah laku
tertentu dalam kehidupan kanak-kanak sejak dari kecil.
dengan jelas, proses sosialisasi sebenarnya bermula dari dalam keluarga. gambaran diri
seseorang kanak-kanak itu merupakan pantulan imej keluarganya.
persepsinya tentang diri, tentang
dunia dan tentang masyakarat sekeliling dipengaruhi oleh peradaban keluarga.
maka ibu bapa jgn cepat melatah la bila mana terjadinya satu-satu perkara negatif, mereka la yg dipersalahkan dahulu oleh masyarakat.
anak kita. darah daging kita. bersama kita sejak hari pertama dia dilahirkan ke dunia.
adakah logik kita sebagai ibu bapa nak bubuh kesalahan tu kpd org lain?
CORAK PERMAINAN DAN AKTIVITI
ni penting.
aktiviti bermain dalam dunia si kecil akan memberi kebaikan kepadanya.
tapi, bergantunglah kepada bagaimana kita mencorakkannya. sebagai ibu bapa yang prihatin, cuba kita
sama-sama mengambil masa dan mencari peluang untuk mewujudkan suasana bermain yang positif
di kalangan anak-anak kita agar mereka rasa sentiasa disayangi. paling penting, mereka rasa dihargai.
dalam masa yang sama kita sebenarnya
membentuk keperibadiaan mereka dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial agar terus berkembang dengan baik tanpa ada batasan peranan gender.
alat
permainan bukan sahaja membantu kanak-kanak berimaginasi dengan kreatif, malah meningkatkan
perkembangan kemahiran kognitif dan sosial kanak-kanak. setiap jenis alat permainan memberikan
kesan yang berbeza pada kanak-kanak.
terdapat alat mainan yang mempengaruhi cara kanak-kanak
berfikir, berinteraksi dengan rakan dan menjadi kreatif.
tidak semua alat permainan yang membosankan bagi pendapat orang dewasa, menarik pula kepada kanak-kanak.
secara umumnya, alat permainan bagi kanak-kanak lelaki adalah bercirikan pertempuran atau
mempunyai elemen ganas manakala alat mainan bagi kanak-kanak perempuan biasanya adalah
berkaitan dengan penampilan seperti anak patung dan alat solek bercirikan kelembutan dan berkemahiran domestik.
alat permainan neutral adalah alat yang tidak fokus kepada mana-mana
jantina dan lebih bersifat universal seperti permainan blok dan teka-teki jigsaw. alat mainan yang
bersifat sangat fokus kepada jantina didapati tidak begitu membantu dalam perkembangan optimum
kanak-kanak berbanding alat mainan neutral.
KAWAN-KAWAN
kawan-kawan adalah rakan pergaulan yang sebaya dengan umur seseorang itu. kawan-kawan
mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap, dan dan pandangan terhadap kehidupan.
ahli
sosiologi berpendapat bahawa golongan rakan sebaya inilah yang paling berpengaruh dalam proses
sosialisasi kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya di sekolah mahupun
luar rumah.
hal ini terjadi lebih serius apabila seseorang kanak-kanak itu mencapai usia remaja.
oleh kerana kawan-kawan adalah orang akan mempengaruhi seseorang agar menjadi dalam
kelompok mereka dan menuntut agar seorang remaja berfikir dan berkelakuan bertentangan dengan
norma generasi tua. kejadian ini akan memberi impak kepada pembentukan personaliti seseorang
remaja.
dlm bab kawan-kawan ni, sekali lagi peranan ibu bapa dan keluarga pun penting. kena pantau dgn siapa anak kita bergaul.
kawan-kawan memainkan peranan yg sgt besar dlm proses sosialisasi kanak-kanak. apapun yg mempengaruhi mereka, ibu bapa perlu ada utk memastikan bahawa ia adalah betul.
sebagai satu contoh, video viral beberapa hari lepas, seorang kanak-kanak perempuan tidak mahu ke tadika menaiki kereta kancil ibubapanya. seboleh-boleh dia nak naik kereta vios.
kenapa? dlm video viral tu jelas kanak-kanak tu kata, malu dgn kawan-kawan.
pengaruh kawan-kawan yg tidak begitu baik bagi saya. materialistik!
ALAM PERSEKOLAHAN
sebagai ejen sosialisasi gender, sekolah menerapkan pembelajaran gender melalui media utamanya
iaitu kurikulum formal.
pendidik di sekolah harus sering berinteraksi dengan kanak-kanak, terutama
bayi. pendidik harus menunjukkan belas kasihan bagi kanak-kanak dengan
tersenyum, menyentuh, memegang dan berbicara dengan kanak-kanak pada aras mata mereka
sepanjang hari, terutama pada saat tiba di tadika hingga pulang ke rumah.
begitu juga, apabila
menyalin lampin interaksi mesra dewasa diperlukan untuk bayi. interaksi atau hubungan antara
orang dewasa dan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan
keseluruhan kanak-kanak.
interaksi dengan kanak-kanak sangat penting di sekolah.
Sekolah mempunyai beberapa fungsi utama dalam mensosialisasikan kanak-kanak dan remaja.
pembelajaran ilmu gender di sekolah dapat berlangsung secara formal melalui buku teks yang
digunakan.
fungsi ini termasuklah guru yang mempengaruhi dari segi cara pembelajarannya. dengan ini pelajar akan meminati subjek guru tersebut dan menjadikan guru sebagai model.
sekolah juga bertanggungjawab menyalurkan kebudayaan masyarakat dimana sekolah merupakan
gedung ilmu yang menarik seseorang mengkaji segalanya. fungsi sekolah juga akan mengubah cara
penampilan dan membentuk pelajar, contohnya dari segi bahasa dan penampilan sebagai seorang
yang berpendidikan.
selain itu sekolah melahirkan peneraju sesuatu negara di masa hadapan,
mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu ibu bapa ketika ibu bapa sedang sibuk bekerja iaitu
menjaga anak-anak mereka.
MEDIA
kini, ada kanak-kanak yg langsung tak minat utk keluar bermain di laman.
mereka lebih berminat dgn gajet. mereka lebih berminat utk duduk di rumah bersendirian melayan gajet.
inilah pengaruh terbesar zaman sekarang!
tak nak bagi contoh anak org la. Izzat, baby besar saya tu.
kena paksa dia keluar main dgn anak-anak jiran di ptg hari.
kalau tak, dia akan rembat phone ayahnya. ataupun, terus amik remote tv, klik channel kesukaannya.
aduhai...
media massa , baik media cetak maupun elektronik, sering memuatkan iklan yang menggalakkan
stereotaip gender. iklan yang mempromosikan berbagai produk rumah tangga seperti pembersih
lantai, pembasmi serangga, sabun cuci atau minyak masak, misalnya cenderung menampilkan
perempuan dalam peranan sebagai ibu, sedangkan iklan yang mempromosikan produk mewah yang
merupakan simbol status dan kejayaan di bidang pekerjaan cenderung menampilkan model lelaki.
gerakan sosial kaum wanita untuk memperjuangkan persamaan gender telah mulai membawa
impak pada dunia periklanan.
berbagai iklan di media massa kini sudah mulai menampilkan
kepekaan dengan jalan menghindari stereotaip gender dan menonjolkan persamaan peranan gender.
kesimpulannya... nampak dah pengaruh-pengaruh 👆👆👆 yg ada yg boleh pengaruhi anak-anak kita?
maka, berbaliklah kpd pengaruh yg utama, ibu bapa dan keluarga...
ketahuilah bahawa zaman sekarang ni, wanita dah semakin sama taraf dgn lelaki dari segi ekonomi dan pendidikan.
TPM Malaysia pun sekarang is seorang wanita 😎.
utk membentuk seorang wanita yg berwibawa, mestilah didikan zaman kanak-kanaknya kena sempurna. sahsiah diri yg dibentuk ketika zaman remajanya harus sempurna.
"di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada sokongan seorang wanita."
pernah dgr, kan? itulah hakikatnya.
ibu + bapa.
isteri + suami.
kakak + abang.
memerlukan satu sama lain. demi kejayaan sesuatu misi.
... moga beri manfaat ye coretan saya ni.
terasa penting plak isu ni kini. itu yg share.
😍
25 Comments
hemm.. macam2 isu sekarang ni kan.. tapi paling sedih baby adam ryqal tu la.. aduh.. anak 1st diorang.. kalau TB kat tempayt diorang.. tak tahulah nak kata apa..
ReplyDeleteBetul tu..pengaruh dari media sosial, orang perseorangan dan macam- macam lagi sangat membahayakan..sebab tu kita kena betul2 fahamkan anak- anak kita khususnya kalau melibatkan anak- anak, sebab itu kita sa ibu bapa kena berkawan dengan anak kita untuk kita selami perasaan mereka kan..kalau bab anak ni..SA memang risau even anak SA sorang je..
ReplyDeletependek kata ibu bapa harus memainkan peranan penting di dalam kehidupan anak-anak
ReplyDeletePelbagai jenis dan siri pendidikan atau didikan yang perlu kita variasikan hari ini. Bimbingan yang rapat daripada ibu bapa sangat penting sekarang. Semoga kita semua di bawah lindunganNYa
ReplyDeleteInfo yang terbaik. Sis pun risau jugak dengan anak dara sorg kat rumah ni..kadang2 takut jugak pergaulan dia dgn kawan2..memang selalu kena pantau..selalu jugak nasihat mcm2..harap2 dia faham knp mama dia ni tegas.
ReplyDeleteMemang betul tu macam macam pengaruh dan cabaran sekarang kat dunia keibubapaan ini. Sy pun sebagai mama jugak, dan harap dpt sentiasa memberi input dan pengaruh yang positif kepada anak-anak. Terutamanya IT gadget skrg, sy mmg bagi anak guna, tapi kena periksa apa yg diorg surf, main dan belajar jugak. Mengajar cara yg betul utk mengguna aplikasi informasi skrg utk mendapat ilmu pengetahuan. Main game pun blh jugak, tapi tak blh sampai melarat.
ReplyDeleteMacam mana pun dengan perkembangan zaman sekarang ni perlunya pengaruh dalam rumah tu sendiri. Ibu bapa dan keluarga harus peka, tapi risau sekarang ni macam2 pengaruh. Harapnya pengaruh yang elok2 lah, insyaALLAH
ReplyDeletewww.yanmieonline.com
I am not a parent yet but when I read about all those social issues on children in newspapers, scary jugak lah. Children need a good foundation. Everything starts from the home.
ReplyDeleteEducation and family is important role in create a healthy gender. Growing process the harder part as each person will go thru different phase of life. Parents need to give more advice and support to their kids
ReplyDeletesemoga dengan adanya peranan ibu bapa, guru dan masyarakat dapat meningkatkan sahsiah diri anak2.
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
ReplyDeletehttps://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html
Pengaruh luar memang banyak pengaruh. Sebab tu ibu bapa kena pantau. Lagi elok kita jadi kawan mereka..jangan abaikan anak-anak yang nak bersama denagn kita
ReplyDeletesedih sangat dengar berita pasal baby adam tu. Allahu tergamak betul pengasuh dia.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Aida.
ReplyDeleteApa khabar? Anak2 sihat? Maaf ye baru sempat berkunjung ke mari.
Betul tu, Aida. Banyak sangat perkara yang kita kena consider dalam besarkan anak2 sekarang. Apa yang penting, instiusi asas tu kena kuat. Ibu bapa kena jadi tunjang utama 😊
Info menarik. Memang macam-macam pengaruh ada dalam pembesaran anak-anak. Sebagai parent atau yang lebih dewasa, kenalah sama-sama memainkan peranan supaya tidak tersalah pilih.
ReplyDeleteBagus info yang Aida sharekan ini.. Pengaruh luar tu memang nak kena jaga selalu.. Tambah zaman sekarang nie tak sama macam zaman 90an..
ReplyDeleteZumal mohon share kat fb yer
ReplyDeleteTerima kasih pengkongsian ni aida.. InsyaAllah boleh buat rujukan nanti
ReplyDeletesetuju sangat2 dengan info ni..untuk rujukan akak anak 4 hihii..semua orang ada peranan masing2 kan
ReplyDeletemacam2 perkara yang dapat mempengaruhi anak2 sekarang ni kan, semoga anak2 diberikan keimanan yang teguh dalam menjalani hari2 mereka
ReplyDeletemedia sosial kalau salah guna memang beri pengaruh buruk kepada yang salah guna tu
ReplyDeleterisau tengok isu-isu jenayah sekarang yang tak terfikir dek akal
mula-mula berkerut baca, lepastu mula faham. Suka part ibu bapa tak perlu salahkan masyarakat sebab semuanya bermula daripada rumah. terima kasih untuk entri ni.
ReplyDeletemacam-macam hal skrg kan,..,.risau anak-anak
ReplyDeleteapa-apa berlaku, berbalik kepada ibu bapa dulu, cara didikan macam mana. usah menunding ke sana sini.
ReplyDeleteMemang banyak sangat faktor yang mempengaruhi isu peranan gender ni kan? semua kat atas tuh saya setuju 100%. Harapnya anak-anak kita semua kebal dan tidak terpengaruh la dengan anasir2 negative ni. Risau kan?
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.