assalamualaikum ๐Ÿ˜
update blog di hari Sabtu.
tghari nanti nak balik kampung, ada kenduri doa selamat. best!
pagi ni settle kan hal-hal rumah. kasik perfect. rumah kasik cun dulu...

semlm, Jumaat, sepetang saya blogwalking... 
sambil-sambil tu menjengah status updates oleh friends di facebook.
terjumpa ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡. sila la baca dulu ye sebelum baca apa yg saya da taip ๐Ÿ˜.

Pesanan Cara Mendidik Anak Di Tahun 1990-an | Masihkah Relevan?

panduan keibubapaan sebegini adalah sgt bagus utk kita ikut dan kita baca.
ia adalah relevan sepanjang zaman.
  1. jgn benarkan anak menonton tv tanpa had terutama pada waktu malam.
  2. jgn berikan motosikal kepada anak.
  3. jgn benarkan anak keluar pada waktu malam.
  4. berkawan sudah memadai di sekolah.
  5. jgn benarkan anak kecil menggunakan telefon bimbit atau menjadikan gajet terutama telefon bimbit sebagai alat mainan mereka.
saya, ibu kepada 3 org anak (13 th, 11 thn & 6 thn) ucapkan terima kasih kpd Ustazah Fariza ๐Ÿ‘† yg share pengalaman beliau dan Dr Hasbullah yg disebut di dalam statusnya.
a reminder ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ.
saya juga dulu dibesarkan tanpa tv. 
semasa saya skola rendah ni lah baru TV3 tu wujud.
masih tak lupa, saya dan adik perempuan saya excited nak tgk kartun Smurf kaler biru kat tv.
sebelum tu kami tak pernah tgk kartun tu.
saya tak ingat la samada sebelum tu kami tgk kartun apa, ada ke kartun kat tv, tv ada kaler ke ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….
tapi kali pertama TV3 bersiaran kat tv depan mata kami, kami nantikan penuh excited!
tapi tu la, seingat saya, sejak dari saya darjah 3 dan adik perempuan saya darjah 1, kami berdua dah tak bebas menonton tv. very limited time given by abah ๐Ÿ˜”.
sehingga kami habis tingkatan 5.
stress?
seksa?
struggle?
takde langsung saya rasa perasaan tu semua. sebab saya da biasa. abah & mak pun tak tgk tv, kan...
kebetulan kot masa tu takde astro. tv tak menarik sgt.

cuma sekarang, saya akui, sebagai ibu, saya tak dpt nak buat sebaik abah & emak buat ๐Ÿ˜”.
saya 'tewas' dgn anak-anak. berkaitan dgn tv dan gajet.
saya tak boleh tgk anak-anak saya over penat. saya kesian...
hmmmmm... hadoilah.
itu yg bila pesanan ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† tu terpapar di timeline facebook, saya membaca dan berfikir.
terkenangkan abah & emak. membesarkan kami dgn cara begitu di tahun 1980-an dan 1990-an.
tanpa tv.
tanpa holiday (sebab kami bukan famili senang).
tanpa gajet (tak wujud pun masa tu, komputer ada tapi skrin nyer hitam aje tak bergambar ๐Ÿ˜…).
tanpa internet (telefon pun masih bertali, inikan plak internet).
berkawan hanya di sekolah dan di tuisyen. lebih dari tu, dilarang!

kena ikut peredaran zaman, ekk? hmmmmmmm ๐Ÿ˜Ÿ.
partly saya rasa, saya sukses dgn anak-anak saya. partly, saya berpendapat saya perlu ubah few things. 
hmmmm ๐Ÿ˜‰. anak-anak saya pun masih boleh dilentur kot hi hi hi...
tiada apa yg betul. tiada apa yg salah.
pelaksanaan aje nak kena betul sesuai dgn keadaan. 

๐Ÿ‘‹ tq for reading.