assalamualaikum 😃
salam sejahtera...
hari ni kerja hakiki saya telah bermula selepas lebih 3 bulan bercuti, semester break.
alhamdulillah. dpt sambung semester ketiga. 
moga dipermudahkan hingga akhir semester.

ptg ni bersiaran lagi di library nan sunyi dan sepi.
saya memang pilih port yg tak ramai org. bahagian depan dan atas, sedikit crowded!
hujung sini hanya ada 3-4 org saje.

Kerja Hakiki Bermula Kembali

berjalan sorang-sorang di rak-rak buku, grab 3 buku utk dibaca.
bacaan awal sebelum kelas bermula dgn lebih mendalam lagi.
ada la skit idea pe lecturer nak citer, kan... tak la blurrr semcm nanti hi hi hi hi...
blurrr dan saya memang tak dpt dipisahkan 😅 😆😆.
atas kesedaran diri yg serba kurang ni, terpaksalah mentelaah sekejap.

Kerja Hakiki Bermula Kembali

namun, di ptg hari begini... matahari pun sedang standby nak terbenam. mata saya mula la nak terlelap.
menguap ntah brape kali dah time membaca.
dari pagi dah start kelas. ptg hingga ke mlm nanti. tenaga pun skit demi skit dah berkurangan.

maka oleh kerana itu, releks jap.
jengah-jengah luar tingkap librari ni tgk hutan belantara belakang tu.
minum jap milo panas. memang bwk bekal dlm termos. dari pagi tadi kul 7, masih panas 👍.
terus update blog hi hi hi hi...
dgn niat agar mata kembali segar-bugar.
ketepikan buku jap.
update blog. then nak meng'google' bahan utk assignments.
dlm jam 6 ptg karang, nak gi cari makanan utk dinner.

orait.
wish me luck ye!