assalamualaikum 😌
short update ptg ni. kisah negeri ku yg Berwibawa.Pintar.Hijau.Bersih 😄.


NO CALL ALLOWED ye. 
jgn gatal tgn nak mendail and borak dgn YB plak hi hi hi hi...

ntah kenapa, kali ni saya amat berminat utk follow fb rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.
ntah kenapa, kali ni saya rasa amat mudah nak merapati YAB Ketua Menteri Melaka.
adakah kerana dia YB Dun Bkt Katil, kawasan saya? 😍
tak lah sgt... sebab dulu Tok Ali Rustam pun Dun Bkt Katil. once upon a time lah...

jgn kita tanya, kalau wasap / telegram, YAB balas sendiri ke?
jgn kita pertikaikan, kalau dah wasap / telegram, masalah cepat selesai tak?
jgn kita tak percaya, ek'eleh, ni gimik semata-mata, saje nak kata dia prihatin...
kita pilih dia.
kita lantik dia.
dia WAJIB buat kerja.
amanah terletak atas bahu dia, kiri dan kanan.
kita remind dia kiranya dia terleka!
kita support dia utk terus bantu rakyat.

tanggungjawab kita adalah utk cek samada dia jalankan tak tanggungjawab dia?
bagi ruang dan peluang utk dia selesaikan satu-satu masalah.
maklumlah, kita inform dia, dia akan hubungi pegawai bawahan dia yg bertanggungjawab atas satu-satu portfolio.
then, pegawai bawahan dia tu lah yg bakal merangka pelaksaannya.

💪 Melaka Berwibawa
Pintar . Hijau . Bersih
😉
saya da save no 👆. kamu?