assalamualaikum 😀
alhamdulillah. dpt kita lihat matahari pagi yg menyinar tu hah.
dah 3-4 hari, menjelang ptg je hujan lebat. kilat sabung-menyabung. guruh berdentam-dentum!
bila pepagi ni nampak sang matahari, terbuka hati nan gembira.
moga hari ni urusan kita semuanya dilaksanakan dgn sempurna. aminnn...
pepagi tadi, seperti biasa, mengemas beg tadika Izzat.
seluk punyer seluk, dusshh 😖 tercucuk jari ni dgn pensel tajam Izzat!
rupanya, alatulis Izzat dah berterabur dlm beg. hadoi lah...

pencil box nyer da koyak rabak! 😄
semlm dah tau dah. agak teruk jugak kan koyak nyer.
"tak payah la bawa ke sekolah ye, tinggal aje kat rumah. nanti kita gi cari pencil box baru..." saya kata kat Izzat pagi semlm, before dia ke tadika.
hmmmmm takde makna nyer. di bawa nyer juga pencil box koyak tu.
mana tak nyer bila ptg hari semua berterabur dlm beg kan 😊.
so, selepas subuh tadi, sebelum Izzat bangun tido, cepat-cepat saya cari di almari. ada tak pencil box pengganti?
jumpa!
alhamdulillah...
pencil box ni Izzat dpt time rombongan tadika ke Kidzania tahun lepas.
apa lagi... teruslah saya masukkan semua alatulis Izzat ke yg baru.
byk kan 😅. complete...
pensel aje lebih 20 btg pelbagai ukuran.
pemadam lebih dari 5. pembaris ada 2 dlm tu.
sharpener. glue.
ni yg suka nak citer.
Izzat ni dah few months ke belakang, mula addicted to alatulis. terutama pensel.
habis semua pensel kakak-kakak di ambilnya and penuhkan pencil box dia 😅.
bengang betul kak Syuhada, terutama ari tu dia nak prepare for UPKK kan.
tapi, one thing, Izzat tak la kedekut. if kita nak guna pensel, just minta dgn dia politely.
sure dia beri, tapi pinjam la. pastu dia tuntut balik tau 😆.
ingat tak entri 👇, saya sediakan goodies set alatulis utk kawan-kawan Izzat di tadika?
susulan dari tu, ramai parents lain sediakan goodies berbentuk alatulis utk anak-anak tadika.
alhamdulillah. jauh lebih baik dari bagi jajan berupa makanan ringan, kan?
maka, jgn la hairan kenapa makin hari, makin penuh pencil box Izzat tu.
and seriously, pensel Izzat semuanya tajam.
tulis skit, gi korek pensel. tulis skit, gi korek pensel. pantang la dia tgk pensel yang tak dikorek 😆.
ni la sharpener nyer.
tau dah kalau da berbunyi sharpener ni, Izzat lah tu ha ha ha ha ha...
saya suka Izzat gini. saya takde masalah.
biarlah dia dgn alatulisnya. tahun depan nak masuk sekolah rendah dah kan.
adalah sgt baik utk Izzat mula bergelumang dgn alatulis dan buku.
just saya akan tegur bila tgk alatulis dan buku-buku dia bersepah.
mula la saya membebel, "Ijat kena hormat buku tau. dlm ni ada ilmu. tak boleh sepah camni!".
menulis nyer takde lah selalu. asyik lah dgn phone or tgk kartun kat tv.
tapi, bab kumpul alatulis, Izzat lah juara ha ha ha ha ha...
dia takkan lupa masukkan pencil box dlm beg setiap pagi sebelum gi tadika.
kesayangan sgt lah hi hi hi 😊.
saya pasti anak korang pun camni kan 😀.
dpt alatulis mcm dpt emas sekilo! diorang punyer happy memang tahap maksima...
moga anak-anak kita semua dikurniakan akal fikiran yg tajam serta hati yg terang.
mudah belajar. in shaa Allah 😌.

34 Comments
terbaiklah ijat.suka berjimat..pensil box koyak still bawak lagi..:)
ReplyDeletebanyaknya alatan tulis dia, sha dulu pen serba sebatang je haha
ReplyDeleteit's great to hv sets of stationary for the kiddos... great to go bring to school and use it at home.... nice to love stationary, means read and write a lot..
ReplyDeleteJgn kata anak2 je Aida, maknya ni pun suka dgn alatulis. Taktaulah kenapa hehe... Kalau anak nak pinjam pun memang make sure diorg pulangkan balik haha...
ReplyDeletememang addicted kumpul pensel ni ek, sebab kite pun ada perangai cam ni. kumpul banyak pemadam masa sekolah dulu sebab cantik dan warna warni heehehhehehe
ReplyDeleteHeheh. Bebudak
ReplyDeleteMmg macam ni kot. Anak sy pun kalau alat tulis ni memang memanjang kena beli yang baru
Great way to teach your son how to take care of his belongings. Sometimes my children also like that, pening dibuatnya. Ha ha ha...
ReplyDeleteSamalah dengan anak-anak Sha.. Pantang tumpul je asah.. pantang tumpul je asah.. Pensil, pensil warna semua nya nak dibubuh dalam bekas pensil..
ReplyDeleteWahh cantik pencil box yang baru tu.
ReplyDeleteHaha. Anak2 cikla pun sama. Sblm g tadika mmg dh tolong kemaskan pencil box. Balik... MasyaAllah berterabur balik.. Adoii
ReplyDeleteSama la dengan si kembar SA tu ha..alat tulis silih berganti..nak buat apa banyak2 pun tak tau..yang pelik pemadam pensil dia..hari2 hilang...sampai ibu diorang dah naik hantu dah...kadang2 ada jer yang minat kumpul alat tulis kan..SA dulu pun sama gak masa kecik2
ReplyDeleteComel pencil box, goodies tu menarik..boleh tiru thn dpn.
ReplyDeleteThn ni, dhia bg pop corn ms Birthday. Sbb ada yg sponsor
Haha kids and stationeries are like couple in relationship. They break up a few times thus u have to spend buying them multiple erasers and rulers that goes missing along the wayhaha
ReplyDeleteKalau anak perempuan banyak lagi dengan pen berwarna la, highlight la, itu lah.....tapi anak saya dah Tingkatan 2 dah....
ReplyDeleteOh yes, my daugther has more pencils that ever, different cartoon, different length, semua nak, semua keep, belum pergi preschool lagi dah macam macam wonder how it'll be like next year.
ReplyDeleteComel pencil box baru dia tu. Hijau lagi
ReplyDeletePeralatan tulisnya bagus ya. Ini berkualitas sehingga membantu anak berkreasi. Warnanya bagus
ReplyDeleteTerus oengasah pensil tu teringat zmana sekolah hahaha.Sapa ada pengasah pensil yg besar tu mmg kategori org kaya katakan hahah.
ReplyDeleteBukan budak kecik je yang suka dengan peralatan alat tulis ni, anak sis yang dah besar panjang n next year nak pt3 pun gila dengan pencil dan pen, adehhh penuh sungguh pencilbox dia dengan benda ni
ReplyDeletewah bagusnya kecil kecil dah pandai jaga barang... anak I pensil entah ke mana tapi dia sayang juga lah barang dia botol air dia bila hilang dia dok tanya kita mana botol air dia sampai harini ;(((((
ReplyDeletepatut la penselnya pelbagai saiz, suka sharpkan pensel rupanya.. hehe. Aunty dulu pun suka kumpul alat tulis jugak tapi versi gegel. Pensel box pulak jahit sendiri sebab mak tukang jahit. So, guna je la kain perca lebih2 tu buat pensel box.
ReplyDeleteLiez pun sama, membebel dgn Qaseh pasal pensil box dia.kadang-kadang tertinggal dekat sekolah la, balik rumah tinggal 1 pensil la, eraser hilang lah.. lps tu terus xbg bwk ke sekolah.. dkt sekolah dah ada semua tu..
ReplyDeleteiyer.....suka sgt pegi bookstore.beli pen, pensil..padahal banyak je dah. buat koleksi rupa nye..he he..
ReplyDeletesama macam anak saya yg 5thn..pensel bukan main banyak bawa gi school..pastu asyik nak tajam setiap masa..haha..risau tercucuk tgn sendiri je.
ReplyDeleteHahaha..kesian kakak habis dirembatnya pesel dia..bagus suka alatulis, lagi bagus kalau diajag elok alat tulis tu..haahhaa..Jangan dia ambil kawan dia punya juga sudahla..ehhe
ReplyDeletehaha..senangkan nak puas kan hati anak-anak ni..bagi je alat tulis banyak-banyak. Actually bagus untuk diaorang jugak sebab dari situ tanam minat nak menulis
ReplyDeleteanak saya plak obses dengan pencil warna. if dia dapat pensel warna dari pakcik makcik dia, aduhai...hepi bukan main lagi dia
ReplyDeleteSama cam rayyan la.. xboleh tgk pensel tumpul confirm diasahnya.. rayyan nie dia sangat suka mewarna.. kalu beli buku warna baru tue, tak sampai 3 hari dah settle dia abiskan dgn mewarna.. aduhai anak..
ReplyDeleteCantik pencil case tu. COmel. Gitulah kan bila anak anak sekolah, penuh alat tulis. Chik Tie masa sekolah dulu, pantang gi kedai buku, mesti nak beli stationary.
ReplyDeletesaya pun jenis orang yang addicted dengan alat tulis. sampai sekarang still suka penuhkan alat tulis lagi walaupun sekarang dah bekerja.
ReplyDeleteBagusnyaa kak~ Pandai dia jaga. Kalau adik sy hari ni bawa pencil hari ni juga hilang huhu T^T
ReplyDeletemenarik idea gantikan jajan dengan alat tulis as gift di sekolah! Syaza pun tak pernah nak terfikir tentang tu ^^ boleh suggest pada kawan2.
ReplyDeletecik en masih kecik pun suka sagt dgn alat tulis
ReplyDeletebetul, dapat alat tulis lagi bagus dari dapat jajan!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.