assalamualaikum 😌
jap lagi, ada lunch dgn ofismet. ada program NGO.
da lama kot tak bersosial dgn ofismet. jumpa bosses. jumpa bff. berbual-bual.
makan nasi arab plak tu. best!!!
pagi ni, kebetulan...
last episod drama di Astro Ria - Rahsia Hati Perempuan.
this is ulangan tau. real siarannya habis hari tu bulan Jun.
as mentioned here, saya memang tak dpt nak tgk drama ni bebetul hingga last episod.
so, as usual astro akan ulang tayang.
setiap hari bekerja at 9 pagi. so every morning lah saya ulang tgk dgn penuh khusyuk.
sorang-sorang kat rumah hi hi hi...
most of the time, saya tgk drama ni sambil workout. on laptop kat sebelah tv, utube 😅.
drama sejam.
aerobik pun sejam. selamat bakar antara 200-250 kalori tiap pagi. alhamdulillah.
sumber : Wikipedia
dlm drama ni, paling mantop is Ogy Ahmad Daud la.
dia always bawa watak dgn all out. raut wajah. bila marah. bila sedih. bila caring.
the best actress lah. minat lakonan Ogy Ahmad Daud. dia bebetul serasi dgn watak tiap kali berlakon.
and bila tgk drama ni 2nd round, baru la saya tahu yg watak Ogy Ahmad Daud tu meninggal dunia 😔. kematian Mikael pertama kali tu dipalsukan. Arissa melahirkan anak Zayn.
drama ni memang kena la dgn tajuk nyer, 'Rahsia Hati Perempuan'.
setiap watak perempuan dlm drama ni semua memendam rasa dan rahsia.
dari Mak Dah, nenek Mikael. membawa la kpd si Arissa...
yes, Arissa yg paling tertekan jiwanya at the end. pendam sana. pendam sini.
perempuan ni most of the time perlukan sentuhan jiwa.
menjadi pe'el perempuan yg mahu dipujuk.
mahu dibelai.
mahu ditanya...
mahu diberitahu tanpa bertanya...
dah namanya PEREMPUAN.
jangan la expect perempuan tu berdikari sangat dari segi perasaan.
Ilaina pendam rasa at the very beginning. di tgh nyer dia meluahkan juga perasaannya yg tak boleh tahan lagi.
cuma, Zayn lah yg masih nak menjaga hati Mikael.
at the end, Mikael mengorbankan perkahwinannya demi nakkan Ilaina dan Zayn bersama bahagia.
huh! byk betul hati yg sakit dlm citer ni.
perkahwinan dibuat main-main. cinta 4 segi!!!
hati perempuan ni ibarat tisu pun ada, rapuh. lembut. mudah koyak...
ibarat span pun ada. dia akan menyerap segala-galanya selagi boleh diserap.
ada hati perempuan yg kuat.
sgt kuat!!!
tapi, bila sesuatu kejadian Allah tu adalah perempuan, sekuat mana pun, akhirnya akan timbul juga sisi lembutnya. bukan lemah ye, LEMBUT.
akan meletus. akan meletup!
perempuan ni boleh simpan 1001 rahsia.
boleh menjadi suatu peti besi rahsia yg kuncinya takkan dijumpai oleh sesiapa.
berahsia demi kebahagiaan org lain.
bukan tak nak meluahkan. tapi, bila diluah, most of the time akan buat keadaan haru-biru 😔.
maka, biarlah rahsia...
so, tgk drama ni, dari sudut positifnya, saya dpt rasakan yg simpan rahsia ni tak la negatif.
byk kesan positifnya.
kita menjaga sillaturrahim.
kita menjaga hati.
kita korbankan diri sendiri demi melihat yg lain sempurna dan bahagia.
namun... kena la tgk keadaan. fikir-fikir dulu kesannya.
sgt berharap bahawa Arissa inform Zayn bahawa mereka ada anak bersama.
kita takkan tahu.
mana la tahu, one day, anak-anak Zayn iaitu Ilaina (anak Arissa) dan Mikael (anak Ilaina) akan berjumpa dan jatuh cinta.
Allahu Akbar. kakak dan adik tu kan.
kan ada satu drama tu, lakonan Rosham Nor.
dia berkahwin dgn anak kandungnya sendiri. aduhai... sedih pengakhiran drama tu.
siap melahirkan seorang anak.
imagine lah... ayah berkahwin dengan anak kandung dan dpt anak hasil daripada perkahwinan tu.
apakah kedudukan anak mereka?
hmmmmm... drama. kita tonton dan ambil sisi positifnya.
mungkin memang berlaku di dunia nyata, kan...
😌

40 Comments
amboi sempat exersize..jeles ai tau !
ReplyDeleteitu aje masa yg sesuai, Alin ha ha ha ha...
Deletemasa yg lain, kena buat keje rumah.
Lia pun layan drama ni tapi tak ada selang seli juga tak sempat tengok betul2 setiap drama . Suka juga dengan watak Ogy Ahmad Daud memang betul menjadi . Kadang2 kita pula geram Dan emosi dengan watak dia kan .
ReplyDeleteogy memang best. darah pelakon-pelakon hebat zaman dulu kan.
Deletedia memang berlakon over. over tu lah yg aida suka dari dulu.
Takutnya sis cerita ni smp cinta 4 segi. Kesian dkt Perempuan yang dilayan mcm ni.Ishh. Btw ingtkan Lelaki je yg simpan rahsia. Rupanya perempuan lg kuat simpan rahsia ye
ReplyDeleteiye, faries.
Deletecinta 4 segi!
pompuan & lelaki sama aje simpan rahsia.
tapi tu la, pompuan selalu jadi mangsa kerana rahsia.
Lama juga tak layan drama. Lagi sibuk melayan anak2 dengan handphone je sekarang ni..haha..tapi perempuan memang suka berahsia. Rahsia hati siapalah yang tahu kan.. 😉
ReplyDeletekan... dah nama nyer rahsia. takkan sape tahu, unless kita terus-terang.
Deleteaida layan drama semua ni time pagi. anak2 semua skola :)
diorang balik rumah, memang tak berpeluang la ha ha ha ha...
Opss lama tak layan drama melayu , haha sakit hati pun ye ..
ReplyDeletehi hi hi...
Deleteaida layan semua drama... melayu, english, hindi, korea, china.
semua sakit ati :) kan...
Sounds like a interesting drama, the ups and downs really makes it exciting for viewers. Makes my heart beat just by reading it.
ReplyDeleteyes. kinda interesting, jia.
Deletebut the drama is too long!
not advisable ha ha ha ha...
"kan ada satu drama tu, lakonan Rosham Nor.
ReplyDeletedia berkahwin dgn anak kandungnya sendiri. aduhai... sedih pengakhiran drama tu.
siap melahirkan seorang anak."
terus google sebab tak pernah tahu pon. rupanya telefilem pendosa ingin ke syurga. terima kasih share. hehehe
pasal cerita rahsia hati perempuan ni pon tak tengok habis lagi. huhu
kisah rosham nor tu memang tragis akhirnya.
Deletetak sangka gitu jadik nyer...
Details explanation ni wak..saya tak tengok pun tapi macam best je bila baca review. Btw yang rosyam nor berlakon jadi bapak kahwin anak sendiri tu apa tajuknya? Mana tau kot rajin nak cari nanti :D
ReplyDelete"pendosa ingin ke syurga"
DeletePerempuan memang dilahirkan penuh misteri. sebab sifat kita as perempuan yang complicated dan sangat prihatin dan juga sensitif. proud to be a women. Tiber hahhaha. apa pun masa drama ni keluar layan juga la.. tapi tak sempat tonton sampai habis.
ReplyDeletekan...
Deleteperempuan dgn misteri memang tak boleh dipisahkan :) ha ha ha ha...
Drama ni memang kalau tengok banyak rasa ada.. Sakit hati semua ada. Ilaina ikutkan dah boleh terima Mikael sebagai suami tapi Mikael dan Arissa berkeras nak satukan Ilaina dan Zayn kan
ReplyDeleteitu la.
Deletedia berkorban.
dia pun nak berkorban.
perkahwinan jadik taruhan!
Sbnrnya pompuan ni sangat komplikated.kadang2 amni sdiri pun xfaham dengan diri sendiri haha.kejap macam ni kejap macam tu.haish.tapi jadi pompuan ni besar nikmatnya namun besar juga dugaannya.
ReplyDeleteaida rasa diri aida pun complicated. ha ha ha ha...
Deletenak ckp salah.
tak ckp salah.
pendam la sendiri! hi hi hi hi...
Woohoo SR singgah sini ya! hehe. Ada je drama ni dekat Astro tapi tak tergerak hati nak menontonnya. haha. Mungkin SR patut tengok sekali dan see how it goes. Nice entry sis!
ReplyDeleteMeh la visit blog SR: www.syazaredzuu.com
kalau tak minat, camne nak tgk, SR.
Deletejust like my asben, tak minat tgk dan dia tak gemar tgk.
prefer lagi dia tgk anime :)
Rahsia hati perempuan tak pernah tgk citer dia. Tapi org kata baca novel dia
ReplyDeleteMemang best. Ingat nak cari jugala
yes. ni adaptasi novel juga kot.
Deleteaida x gemar baca novel plak.
tgk kat tv lagi best hi hi...
Honestly...saya rasa...movie macam ini...hmm...tak berapa sesuai lar...:D
ReplyDeleteapa yg tak sesuai nyer? kupas la skit...
DeleteRahsia hati perempuan.. yup dlm real life pun mmg ramai yg amik langkah memendam rasa kerna nak menjaga hati.. kelak ia menjaga luka yg sukar yg susah utk diubati..
ReplyDeletebetul tu...
DeleteBetoi..saya pun ikut cerita rahsia hati perempuan tu..mmg pompuan punya hati sgt complicated kan..bab nak makan pun dah complicated..ni kan plak hal2 lain..hahaha
ReplyDeleteha ha ha yes... nak makan mana pun jadik mikir tak abis2 ha ha haha...
Deleteni kan plak perkara lain kan...
tk tgk drama ni tp ada la tgk posternya
ReplyDeleteRahsia Hati perempuan? macam pernah denga rtajuk ni.. ke tajuk novel ye? cerita ni diadaptasi dari novel gak ke.. macam best je baca jalan cerita dia.. nak tengok lah nanti
ReplyDeleteRajin si Michael Ang tu buat drama Melayu macam ni kan. Selalu tengok dia amik pelakon best-best.
ReplyDeleteNak tengok cerita ni tapi belum berkesempatan lagi..huhu
ReplyDeleteShabada tengok drama ini.. menyakitkan hati betul bila perkahwinan tu dibuat main main.. ending pun geram je.. haih..
ReplyDeletealahai cinta 4 segi..
ReplyDeletedekat rumah tak ada tv, memang tak layan sangat drama. btw ramai yang kata drama arahan michle ang memang best-best dan popular
ReplyDeleteI love kak ogy
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.