assalamualaikum 😌

kelmarin, operasi blogwalking. saya qada' lah menziarahi blog kawan-kawan.
baca-baca dan amik ilmu skit. kongsi experience skit. borak skit lebih kurang.
online jer pun kan 😀. tinggalkan komen di entri kawan-kawan...
sedang blogwalking, terjumpa 👇 di blog sayidah. menarik!
tanpa lengah-lengah, saya pun terus klik and try.

ini la score saya...
my 5 love languages 💜

dua yg utama 👍
saya sgt setuju...

ACTS OF SERVICE
inilah yg sgt saya perlukan di peringkat umur sebegini.
anak-anak yg kian hari kian membesar.
in shaa Allah skit masa lagi, rumah kami pun akan besar.
paling dihargai adalah ketika mr.asben membantu dlm buat apa-apa pun.
meringankan beban saya skit lah. yg utama tetap kita kena buat, kan...

👉 dia ringan tulang bantu sediakan sarapan pagi.
👉 vacuum sebuah rumah, siap pakej lengkap mengemop.
👉 di kala tiba-tiba komputer hang, assignment plak esok kena hantar, mr.asben dtg membantu. lagipun memang best dikurniakan mr.asben yg celik teknologi, celik IT dan segalanya la.
kalau suruh masak pun, dia masak lagi sedap tau!
👉 tukang cek kat enjin kereta, ada air ke, ada minyak itam ke, tayar kereta cukup tak angin 😅. saya ready to drive jer...

tak la setiap masa. bila diperlukan saje.
bila saya tak pakar.
bila saya tak sempat!

QUALITY TIME
aduhai. sgt la suka bila kami dpt bersama (berdua atau dgn anak-anak) spend masa.
tak payah belikan bunga sejambak (memang lama dah tak dpt pun), emas sampai ke siku atau kereta idamanku si Honda City tetiba kat depan laman di hari jadi 😄.
cukup la sekadar bila saya bercakap, dia dgr.
bila saya masak, dia sedia utk makan, meskipun tak sedap.
masak sama-sama. bersukan sama-sama.
saya hanya perlukan a full and undivided attention dari dia tanpa kuarkan sebarang kos pun.

sememangnya 2 bahasa cinta ni la yg sgt bertepatan dgn diri saya.


RECEIVING GIFTS
as explained 👆, bukan la nak kata cinta materialistik.
hadiah di hari jadi... di hari ibu... ulang tahun perkahwinan.
serba sederhana dan sekiranya ada. kalau takde, takpe. dan saya tak pernah minta pun.
da memang tiap bulan segalanya yg saya belanja kan, dia yg beri. takde limit!
memberi hadiah ni kan adalah tanda kita ingatkan si dia 😍. besar atau kecil, tak menjadi persoalan.
dia ingat kat kita tu yg penting, kan?

PHYSICAL TOUCH
sentuhan fizikal dalam perkahwinan boleh main peranan perubatan kerana sentuhan dikatakan boleh mengurangkan tekanan dan melegakan kesakitan.
hubungan fizikal yang sihat boleh menjadi pengalaman yang paling indah.

dari semua bahasa cinta, sentuhan fizikal adalah yang paling mudah untuk kita dikesan, kan.
perkara berikut ni adalah contoh bahawa sentuhan fizikal adalah bahasa cinta seseorang tu

👉 si dia suka memeluk dan memegang tangan dengan kerap.
👉 sentuhan fizikal pada bila-bila masa sepanjang hari termasuk di tempat awam.
👉 sentuhan ringan digunakan dengan keluarga dan kawan rapat seperti sentuh siku atau main rambut.

saya sendiri, part ni, malas nak citer lah ha ha ha ha...
15 tahun dah kahwin. bercinta dulu sebelum kahwin pun lebih 4 tahun.
kurang sentuhan ke? ha ha ha ha ha ha... malas nak citer lah!
di tempat awam, segan dgn anak-anak pun iye jugak 😄.
ada la ketika saya dan mr.asben berpegangan tgn.
anak-anak dara saya berdua tu tersipu-sipu ketawa kat belakang.
"e'eh... ibu ayah pegang tgn la...".
ada juga, bila saya dan mr.asben suap-menyuap makanan, "ibu suap ayah la...".
aduhai anak 😅.

WORDS OF AFFIRMATION
one thing lah nak share. dulu kala, time bercinta, ni penting bagi saya.
"i love u".. "i miss u"...
kalau tak dgr, boleh merajuk!!! ha ha ha ha ha...
now, anak dah tiga kot. takkan la nak merajuk. mengada-ngada namanya tu.
adalah baik bagi saya sekarang jika pasangan melihat dan mengiktiraf perkara-perkara kecil dan hal-hal rutin.
ucapan terima kasih daripada mr.asben pun dah boleh buat hati saya berbunga-bunga.
beberapa pujian tulus ikhlas, kata-kata penghargaan dan dorongan setiap kali dalam situasi yg memerlukan, adalah amat dihargai.
not necessary kata-kata cinta semata-mata.



klik image ni utk cungkil bahasa cinta korang 😍.
the secret to love that lasts...

"[The 5 Love Languages] changed my life. It changed my marriage.
There's such simplicity in its message, but I feel like it's so powerful."

ada a set of soalan tentang apa yg kita paling hargai tentang pasangan kita.
ada 2 pilihan jawapan yg tahap kesukarannya di tahap 4/10.
saya dah 15 thn berkahwin, sebab tu lah tak brape sukar nak menjawabnya.
seronok di kala meneliti setiap pilihan jawapan.
ia secara tak langsung, membuka mata diri sendiri on how kita nak diri kita dihargai tau. lovely!

suka suka jer buat test ni. interesting.
betul atau tak? kena ke tak kena ke?
hanya kita yg menentukan.
at least, bila kita jwb soalan dan dpt keputusan, then barulah kita kenal diri kita sendiri.
jwb la soalan dgn suci hati dan ikhlas. baru la keputusan tentang bahasa 💙💚💛💜 kita tu tepat.
setiap org pasti ada style masing-masing.
setiap pasangan mesti ada bahasa cinta masing-masing.
adakah kita bebetul kenal pasangan kita?
pada saya, adalah lebih baik kita terima pasangan kita seadanya dia.
jgn mengharapkan sgt yg dia akan jadi sepertimana kita nak.

The 5 Love Languages | Discover Yours !

better this way, kan 😉.