assalamualaikum 😊
pagi isnin nan indah. tghari dah pun mendekat...
cuaca di luar mendung sejak dari pagi. matahari masih belum gah bersinar.
masih diselindungi awan yg agak-agak menebal di serata langit.
namun... masih tiada tanda utk hujan la. angin kuat! awan bergerak perlahan-lahan.
mungkin ptg skit nanti baru hujan kot kot kan...

dgn tiada masalah, pagi pertama di minggu kedua persekolahan, Izzat ke skola 😊. alhamdulillah.
semlm ada sekali dia terlepas ckp, "best la skola, bu".
saya tak bertanya lanjut, just respon, "alhamdulillah...".

dah di cerita kan skit di SINI, bahawa last week Izzat bermasalah balik tanpa kasut 😆.
sememangnya sejak dari awal, kasut Izzat dah pun bernama 👇👇👇.

saya tuliskan namanya di bahagian dlm, tidak ketara lah dari luar.
tapi da pesan dgn Izzat, "bila pakai kasut, tgk dulu nama tau.
takde nama Izzat, jgn pakai! tu kawan punyer ye..."

petang selasa, 1.1.2019, Izzat balik dgn kasut kawan.
ni saya perasan pun the next morning. nama Izzat takde di kasut!!! aduhai hi hi hi hi...
rasanya, anak-anak semua main pakai aje kan kasut yg agak-agak serupa dgn kasut diorang 😆.
hari pertama skola la katakan.

petang rabu, 2.1.2019, waktu nak balik, Izzat tak jumpa kasut dia! Muallim & Muallimah cuba juga cari kasut Izzat tapi tidak berjumpa.
maka, Muallimah nyer pun berjanji, esok pagi akan cari kan semula kasutnya. mungkin ada anak lain yg dah terpakai bwk balik sekali lagi.

alahai... sian anak ibu 😅.

balik la berselipar saje. time ni saya dah mula risau lah kan. takkan perkara ni da berterusan.
balik tu memang dah pesan dgn Izzat. "cari kasut dan kenal kasut.  letak di satu tempat yg mudah Izzat amik".

pagi khamis, 3.1.2019, sewaktu mr.asben menghantar Izzat di pagar skola, kebetulan terjumpa anak yg sedang memakai kasut Izzat.
berasa lega lah di situ... kasut Izzat masih wujud.
namun, sekali lagi, jam 5.10 ptg, saya amik Izzat, dia masih tak berjumpa kasut nya 😕.
aduhai....
and time ni saya berasa kuat dlm hati, Izzat tak kenal dah kot kasut dia yg mana. dan saya berasa bahawa agak sukar utk dia cek kasut nyer satu persatu mencari nama sendiri.
aduhai...
sekali lagi Izzat balik rumah berselipar.
dgn hati saya yg tak puas, risau, cemas... "mana lah kasut anak aku ni???!"
minta tolong mr.asben ke skola pada jam 6.15 ptg tu jugak. tak nak lengah-lengah...
kerana time ni semua anak-anak dah balik.
mungkin masih ada lagi Muallim & Muallimah yg belum balik kan. proses tutup skola.
nak cek ada atau tidak kasut Izzat tertinggal.

alhamdulillah... ada 3 pasang kasut hitam anak-anak yg masih tinggal. dan salah satunya kasut Izzat 😅.
memang lega la hati mr.asben ketika tu.
sampai je rumah, tak lengah lagi terus saya perah otak mencari idea how to solve this problem.

👇👇👇 
ikan reben kecil di bahagian belakang kasut Izzat.
ini adalah usaha utk Izzat tahu itu adalah kasutnya.
itu yg penting, kan 😀.

alhamdulillah. petang jumaat, 4.1.2019, Izzat dgn mudah kenal kasut dan balik rumah lengkap berkasut.
problem solved.
until when reben kuning itu di situ?
ntah la. forever kot 😂😂😂.

korang ada tak alami perkara gini? asyik la anak balik dgn kasut org lain atau tanpa kasut?
ni la pengalaman pertama saya.
dulu hingga sekarang, kak Nurin & Syuhada tiada masala sebegini tau. itu yg bila time Izzat, agak berserabut memikirkannya...
serabut... tapi kelakar! ha ha ha ha ha...