assalamualaikum...
salam sejahtera 😊😊
pertghan minggu dah. welcome Rabu.
cuaca di Melaka masih panas!
lama dah hujan lebat tak membasahi bumi Bkt Katil.
apapun, alhamdulillah sebab masih aman dan selamat bumi kita ni.
throwback...
Ahad - Selasa (minggu cuti CNY yg lepas), emak abah & adik-beradik saya bercuti di Melaka.
stay di Bukit Katil je. last minit punyer planning ni 😅. hotel di Melaka mostly da fully reserved!
sib baik la kami takde program bercuti ke mana-mana.
bila kakak-kakak saya wasap kata nak dtg Bukit Katil cuti CNY, saya ok je.
lagipun, lama sgt dah kakak-kakak saya ni tak dtg rumah.
sebelum ni kami berjumpa kat umah mak abah di kampung aje.
Ahad (3.2.2019) ptg, rumah saya da penuh dgn keluarga. best 👍.
rumah kecik. bila lebih dari 10 org dewasa dlm rumah, mula la penuh.
before ke Jonker Walk, kami dinner kat rumah je. kami bertiga beradik yg masak 😄😄😄.
dapur pun kecik molek. berlaga-laga bahu la kami. emak dok je kat meja makan, teman berborak.
da berkumpul, dari tiba hinggalah nak balik nanti, berborak jer la kami-kami.
awal-awal lagi saya da inform kakak-kakak beberapa hari sebelum diorang sampai Bukit Katil, "Ahad, mlm, kita bwk anak-anak kita ronda Jonker Walk ye...".
dah sgt lama simpan hasrat nak gi Jonker Walk ni. ajak mr.asben & anak-anak.
tapi lom lagi dpt gi. ke sana... ke mari... tak jugak sempat nak jejak kaki di Jonker Walk 😀.
tu la kan. terengganu da sampai. perak da sampai. hatyai pun da 2 kali sampai. semua jauh-jauh...
Jonker Walk kat bandar Melaka tu kami tak sampai-sampai 😄😄😄 hu hu hu hu...
saya sorang diri, pernah la ronda Jonker Walk ni. dulu, dgn ofismet time kursus, 2010.
diorang dtg Melaka berkursus, saya bwk la diorang berjalan di Melaka, kan. salah satu tempat yg saya bw diorang is Jonker Walk ni.
and pernah la ada isu on penutupan Jonker Walk ni tahun 2013 ari tu.
tapi, something yg dah lama bertapak di Melaka, not that easy lah nak ditutup, kan.
tapi tu la... 2019 dtg, jauh berbeza 😕. seingat-ingat saya, 2010 dulu lebih menarik Jonker Walk ni.
settle je dinner mlm tu, lepas isyak kami-kami bergerak ke Jonker Walk.
org lelaki tak join! saya bertiga adik beradik dan anak-anak saje.
bandar Melaka memang la havoc mlm tu. dgn deko CNY di mana-mana. menarik.
nak bergambar pun selit-selit di antara org ramai.
nak wefie dgn cantik kami-kami saje, memang tak sukses la, org ramai gi balik sepanjang jalan.
dpt la duduk kat Izzat kat atas batu, and snap berlatarbelakangkan papan tanda entrance Jonker Walk ni.
barulah saya sedar akan kewujudan Taman Warisan Dunia Jonker Walk ni.
2010 baru wujud. mungkin selepas saya dtg bersama-sama ofismet lah kot hi hi hi...
tak brape besar taman ni. it is a taman mini jer lah. tapi deko nyer amat menyegarkan.
terletak di tgh Jonker Walk. menjadi satu tempat rehat-rehat kalau pengunjung da penat berjalan sepanjang Jonker Walk.
ada tandas ye di sini. memang penting tandas ni, terutama utk anak-anak kan. bila ibu ayah sedang busy berjalan shopping-shopping, mula la nak kencing lah, nak berak lah 😄.
sememangnya, bertepatan dgn pengiktirafan dunia kepada Melaka sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2008, sesuailah nama taman ni.
di sinilah salah satu pusat tarikan di Melaka. Banda Hilir.
masuk di taman warisan ni, tersergam indah patung gangsa founder Jonker Walk, Datuk Wira Gan Boon Leong.
ambil peluang la anak-anak mengabadikan gambar di sini.
Izzat dgn pose body builder nyer 💪.
kanan. berjubah biru berbunga putih & bertudung hitam - kakak kedua saya. doktor pakar di MOH.
kiri. bertudung hitam bercorak putih berkaca mata - kakak sulung saya. bekas akauntan. sekarang surirumah merangkap akauntan peribadi bisnes suaminya.
saya la kena jadi camerawoman mlm tu.
terlupa kan ada monopod dlm beg. if not, takde la tayang lubang hidung rapat-rapat 😄😆.
tak byk gambar dpt saya snap kerana jari jemari kanan dok genggam erat jari jemari Izzat.
ramai org. dia plak kalau tak dipegang akan berlesup lari ke depan.
org yg ramai. memang tak tercari nanti. jgn la buat hal kan...
kebiasaannya mr.asben yg jaga dia kerana beri ruang kpd saya snap gambar time kami berjalan.
byk brg / makanan yg dijual di pasar malam Jonker Walk ni.beli kan diorang sorang setin air sejuk. minum sepanjang berjalan. mereka hanya tertarik di satu spot iaitu di entrance Jonker Walk di sebelah Jam Besar tu, ada team yg menjual air kelapa.
but kebanyakan brg yg dijual tidak dekat di hati saya. maka, tak la rambang mata sgt.
my expectation, ada jual baju, tudung, kasut yg murah-murah, ala-ala downtown di KL. tiada pun.
makanan pula, terpaksa saya ckp di sini, byk yg non-halal.
sebab setiap makanan yg dijual mostly ada label makanan, which is very good. terang-terangan bukan utk kami Muslim la. membantu Muslim dlm pemilihan beli makanan.
bila bercampur halal and non-halal, kami mengelak la utk membeli apapun makanan.
tidak byk penjual berbangsa Melayu.
kami hanya dpt tawaf separuh jalan saje memandangkan anak-anak dah mengantuk.
adakah mungkin di bahagian belakang sana lebih ramai penjual berbangsa Melayu? saya tak dpt nak pastikan.
ada skit pertunjukan silat yg dipersembahkan bersama kelapa.
anak-anak bertiga ni sungguh asyik tgk pertunjukkan silat kelapa.
3-4 org yg bersilat dengan kelapa la jugak diorang tgk. siap rakam.
inilah kelapa yg disilatkan tadi. kami beli 2 biji. sebiji RM5.
cantik dibuang kulit kelapa, menampakkan isi kelapa yg putih bersih. menarik!!!
diketahui byk kedai yg menarik sepanjang Jonker Walk ni. kedai brg antik. kedai souvenir.
namun, mlm tu byk kedai-kedai dah ditutup. dah melebihi jam 9 mlm kan.
yg ada hanya lah pasar mlm dan kedai-kedai makan ala-ala hipster.
berkemungkinan besar saya akan repeat dtg ke Jonker Walk ni. ajak mr.asben & anak-anak 😊😊😊.
cuma nak dtg lebih awal. mungkin seawal jam 6 ptg.
utk solat maghrib, ada 2 masjid berdekatan iaitu Masjid Kampung Keling & Masjid Kampung Hulu. tiada masalah.
saya nak discover more tentang Jonker Walk ni secara keseluruhan.
sebab, frankly speaking, pada mlm tu, saya tak dpt nak rasa seronok. saya tak dpt nak cari apa 'menarik'nya Jonker Walk ni.tak puas hati la.
adakah mungkin sebab mata dan perhatian saya kepada Izzat?apapun, kalau singgah Melaka, spend skit masa utk ke Jonker Walk.
adakah mungkin sebab saya putus selera selepas melihat makanan non-halal byk dijual?
adakah sebab terlalu ramai org sehingga nak berjalan pun seksa?
mana la tau korang boleh jumpa apa yg digembar-gemburkan sebagai 'menarik' tu 😀.
😊😊😊 sehingga lawatan saya yg seterusnya ke Jonker Walk, markah saya boleh beri berkisarkan pengalaman sendiri setakat ni adalah hanya 4/10.
seriously, need to discover more.
14 Comments
happy time
ReplyDeletebest Banda Hilir, banayak tempat-tempat menarik.
ReplyDeleteyes. aida sendiri org Melaka, lom abis cover lagi.
Deletebyk tempat baru muncul dari sehari ke sehari :)
beberapa kali ke melaka, tak pernah lagi ke jonker walk ni
ReplyDeletex dpt nak rekomen lagi, sunah.
Deleteaida lom abis discover :)
belum pergi lagi..haishh nak bercuti ke melaka la nanti..bnyk pulak tempat best ye
ReplyDeletepernah ke jonker walk ni dulu, tapi macam aida katalah bagi saya pun macam tu tiada apa yang menarik minat saya untuk dibeli,dalam keadaan berasak2 dengan orang ramai jadi cuak nak melihat barang jualan sebab mata lebih tertumpu pada anak2.
ReplyDeleteaida niat nanti nak gi awal skit, AA.
Deleteaida lebih berminat nak gi kedai kedai brg antik.
not so on the pasar mlm.
along the road, byk kedai yg best tau.
nanti la aida review. in shaa Allah...
haha..silat kelapa tu best..:)
ReplyDeletekan :)
Deleteanak2 la ralit melihatnya. interesting!
Jonker walk ni tak banyak yang boleh dimakan pun. Tapi OKlah untuk cuci-cuci mata.
ReplyDeletebeli cenderamata la kan.
Deletebyk juga yg menarik.
tapi tu la, dek anak-anak dan org ramai, tak dpt pun nak tgk2, Sal.
Bhj gak tempat ambil gambar cantik2 Kat jonker walk tu ye. Nice
ReplyDeleteyes. byk spot cantik amik gambo.
Deletetinggal lagi kami gi da lewat mlm.
anak2 da mengantuk. hi hi hi hi hi...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.