assalamualaikum 😊
entry kedua hari ni. sementara tunggu isya' ni, update blog jap.
excited nak share dgn readers tentang drama Korea ni.
last week, cuti panjang sempena CNY, kak Nurin berjaya memperdaya si Ibu ini menonton drama bersiri Korea.
oh tidak!!! terjebak la kami sekeluarga menonton drama ni selama 3 hari tau. ada 32 episod tu πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Review Drama | My Strange Hero : Our Second First Love Story

Review Drama | My Strange Hero : Our Second First Love Story

Review Drama | My Strange Hero : Our Second First Love Story

sgt lama dah saya ni bersara dari menonton drama bersiri Korea dan Jepun.
dulu kala, peminat jugak lah.
dari Oshin & Moero Attack (Jepun), zaman kanak-kanak saya, sehinggalah Winter Sonata (Korea), zaman remaja saya.
tu aje boleh recall. then, dgn kerja, dgn anak-anak, tidak lagi follow pe pun drama.
now, anak-anak dah menginjak usia remaja, zaman diorang la plak. dpt plak kak Nurin, gemar tonton drama korea di phone.
da lama saya perhatikan. and, at last, kami sekeluarga terjebak!!!
best. memang best!
drama Korea is always best. jalan ceritanya bagus. tidak semcm drama Melayu yg mostly sama jer, pelakon aje bertukar.

anak-anak saya cukup berminat nak minum Vitagen gini.
tak dibuka plastik wrapping, terus cucuk straw πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

hero : Bok Su (murid)
heroin : Soo Jeong (cikgu)

bermula cerita dgn zaman persekolahan Bok Su & Soo Jeong di Sekolah Seolsong.
perkenalan. gurau senda. rapat. bercinta...
malangnya, Oh Se Ho, rakan rapat Bok Su memfitnah Bok Su. Bok Su dibuang sekolah.
maka, Bok Su & Soo Jeong putus hubungan πŸ˜”πŸ˜“.
Soo Jeong menjadi guru di Sekolah Seolsong. Se Ho plak menjadi Pengetua Sekolah Seolsong.

Review Drama | My Strange Hero : Our Second First Love Story
Oh Se Ho. fitnah kawan baik sendiri semata-mata kerana perempuan!!!

9 tahun kemudian, Bok Su kembali sebagai murid skola, murid tua. 
ia adalah agreement between Se Ho, Bok Su dan pihak skola. beri peluang kpd Bok Su menamatkan persekolahan secara formal.
ada manfaat kpd skola. 
dan Bok Su menganggap kembalinya ke skola, utk balas dendam.
bermula la cerita... Bok Su (murid) & Soo Jeong (guru kelas) kembali berjumpa.
di sinilah lahirnya episod-episod yg panjang, penuh drama, dugaan, politik skola, perbezaan darjat antara kelas pandai & kelas paling corot.
😊😊 dipendekkan cerita, Bok Su & Soo Jeong kembali menjalinkan hubungan cinta - murid guru
itu yg tagline nyer - Our Second First Love Story.
maka, sekali lagi Se Ho jeolous!
maka, pelbagai la rintangan yg dihadapi Bok Su & Soo Jeong πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”. fitnah, politik, ugutan demi ugutan diterima oleh Bok Su & Soo Jeong.
namun, nampak mcm jalan cerita ni sedih dan zalim, kan?
sebenarnya, byk adegan yg sgt sweet tahap diabetes. dlm susah, dlm diduga, Bok Su always ceria dan berfikir how to settle the problems.
Bok Su sgt kaya dgn senyuman. asyik la senyum. dah le bibir merah bak buah delima.
adegan-adegan percintaan diorang dlm kelas, hadoi lah... guru mengajar kat depan, ada plak anak murid senyum merenung cikgu sedang mengajar. si cikgu pun blushing πŸ˜πŸ˜ƒ.

Review Drama | My Strange Hero : Our Second First Love Story

jalan cerita yg disusun baik.
pelakon yg hensem & cantik-cantik.
tidak meleret pada saya, takde episod pun yg memboringkan.
setiap episod adalah penting utk kita faham the whole storyline.
bukan sekadar cinta.
bukan bercerita tentang darjat semata-mata. datin seri ke, tan seri ke, datuk, datin, rumah besar, lepak minum ptg tepi swimming pool. langsung takde. 
kehidupan biasa. org biasa dan org kaya. gi balik kerja. gi balik skola. 
politik pejabat. politik para guru. rasuah dana skola. kekeluargaan. persahabatan. semangat setia kawan. percaya-mempercayai. 
nice. terbaik πŸ‘.
why Bok Su is a "strange hero"?
adakah Bok Su berjaya balas dendam?
dgn siapakah Bok Su berdendam?
akan sukses kah percintaan Bok Su & Soo Jeong?
wajiblah tgk dan dpt jawapannya.
langsung tak menyesal tonton 32 episod ni.
sehinggakan kak Nurin kata, "kan Win dah kata, citer korea best!".
"iye la, kakak. ibu setuju."
highly recommended drama ni πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯ best.
πŸ˜‰