assalamualaikum...
hai korang. tq sebab tak jemu dtg jejak sini & baca cerita-ceriti Ibu Izzat ni yer.
borak-borak mak-mak jer la yg ada.
kongsi pe yg boleh dikongsi bersama 😍.
siang tadi, spt yg da inform dlm entri pagi tadi, menguruskan pemasangan air-cond kat rumah baru.
hmmmmm ingatkan kejap jer. rupanya sampai ke kul 1 ptg jugak, dari 9 pagi, lebih kurang.
hu hu hu hu hu assignment x dpt la nak buat 5 muka surat tu ha ha ha ha ha 😅...
sedang lepak menunggu diorang settle fix kan air cond, lepak kat meja makan dan skrol gallery phone, terjumpa 2 gambar ni.
mengusik kotak memori ❤❤❤.
tak sedar ibu sedang snap gambar dia.
phone da set mode silent hi hi hi hi...
ni gambar lama ni.
22 April (Isnin) yg lepas.
mr.asben keje. Syuhada skola.
kak Nurin cuti skola, ada check up di hospital the next day.
Izzat plak cuti sempena hari sukan skola nyer on 21 April tu.
ajak la kak Nurin dan Izzat ke rumah baru.
nak bersihkan - vacuum sebuah rumah, mop lantai, lap meja, lap almari dan sebagainya.
pagi-pagi kami da sarapan kat kedai. terus ke lokasi.
seperti biasa, saya tak la menyuruh Izzat buat pe pun.
nothing much to be done la kan... arahan saya pada kak Nurin was - "lap meja dan almari".
sedang asyik saya vacuum tingkat bwh, then ke tingkat atas...
settle vacuum, proceed dgn mop lantai plak... cuci lantai dapur.
then terdgr kak Nurin beri arahan kpd Izzat, "Izzat lap sini... Izzat lap situ...".
menjengah la saya ke ruang tamu.
wah... kagumnya! 😍
Izzat bantu kak Nurin. mereka berdua sedang mengelap grill di pintu dan tingkap.
Izzat dgn rela hati, panjat grill hingga ke atas.kak Nurinnya mengawasi Izzat dgn penuh rasa tanggungjawab.
saya pun snap la gambar-gambar di atas 👆👆👆. alhamdulillah...
kagum dgn kak Nurin yg beri arahan kpd si adik dgn lembut.
kagum dgn si adik, Izzat, yg akur ikut kata kakaknya. mereka berdua kerjasama dgn baik.
saya tak masuk campur.
after snap gambar, sambung buat keje di ruang belakang...
hasilnya, semua sudut rumah di lap dgn begitu baik skali 👍👍👍.
menjelang tghari, Izzat da kepenatan.
dtg kat saya, "Ibu, Izzat da laparrrr... Izzat buat keje byk td dgn Win..." 😆😆.
lunch time ❤❤❤
nasi putih sepinggan, berlaukkan ayam kepak masak merah dan air milo ais. licin pinggan Izzat.
alhamdulillah...
"very good la, Izzat. lain kali Ibu boleh bwk Izzat kemas-kemas rumah ye" puji saya.
"mestilah. Izzat ni kan bagus. Ibu baru tau ke?" amboi, Jat. masuk bakul angkat sendiri nampak 😂.
anak oh anak.
sehari ke sehari, semakin cerdik berkata-kata ye.
rumah ku syurga ku... tak sabar!
snap gambar ni pagi tadi, time lepak-lepak tunggu pemasangan air-cond siap.
moga dipermudahkanlah urusan 2-3 minggu ni.
beraya rumah baru... yahooooo!!! 😃
14 Comments
opps terklik ads date my age pulak haha.
ReplyDeletehi, ray singgah tinggalkan jejak n follow sini (1103)
Alhamdulillah..mesti comel je Izzat cakap macam tu.
ReplyDeletemacam cantik je rumah baru kak aida ni! Mesti tak sabar nak pindah kan? Comel je ijat puji diri sendiri haha
ReplyDeleterajin tlg ibu
ReplyDeleteWahh,, beraya di rumah baru... Semoga dipermudahkan..
ReplyDeletewahhhh... betul rajin nih, ringan tulang betul izzat ni ye
ReplyDeletealhamdulillah rajin anak2 aida menolong. wah cantik nampak rumah baru tu
ReplyDeletelawooo rumah.. Izzat rajin kena belanja bukak posa sedap2 pastu baju raya kena lebih tau..ahhaa
ReplyDeleteseronok tgok budak2 dgar kata hahaha
ReplyDeleteHai akak..Rabia singgah sini
ReplyDeleteWah best umah Baru leh deco2. Impian sy nak umah sendiri jgkkk!!! Pape pun tahniah sis. Semoga maju jaya
ReplyDeletelawa rumah baru, cepatnya aida kemas
ReplyDeleteCantiknya Aida.. Semoga semua urusan dipermudahkan.. Seronok nak masuk rumah baru..
ReplyDeleteBagusnya Izzat dan Nurin.. saling berkerjasama membantu ibu..
ringan tulang anak-anaknya bagus la boleh diharapkan. Cerah masa depan ibu hahhaha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.