assalamualaikum & salam sejahtera 😊😊😊.

selamat pagi Khamis.
mr.asben dan anak-anak da selamat kuar ke ofis / sekolah.
saya da sarapan quaker oat secawan.
alhamdulillah...

blogging jap.
sambil tgk tv.
jengah-jengah di luar, hmmmmm mcm nak hujan 😐.
tapi lom boleh pasti. karang nanti awan di tiup angin, lari la hujan di kawasan lain.

simple je citer ari ni.
nak citer pasal deko yg simple juga di ruang makan - paparan di dinding buat tetamu menjamu mata.
tak lebih. tak la kurang sgt, kan...
ruang pun terhad. tak nak terlalu sarat!
yg penting diri sendiri puas hati 😍.

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet
tadaaaaaaa...
  1. cermin NISSEDAL saiz 65cm x 150cm - RM199 (ikea)
  2. frame utk fridge magnet saiz 1' x 3' - RM55 each (beli online di sini)
  3. bunga gantung 2 tangkai - RM9 each (Nilai3)
cermin di meja makan.
tu memang kehendak saya sejak dulu kala.
at first, nak deko menggunakan cermin LOTS ikea. murah - RM30 satu set (4 cermin saiz30cm x 30cm).
byk sharing camne nak deko dgn cermin ni di fb.
tapi tu la. bab nak menampal LOTS ke dinding... tu yg buat saya tertangguh-tangguh.
then, pattern yg sesuai nak menyusun LOTS tu. yes, byk idea online boleh cedok. tapi sendiri tak pandai!
again, saya masih terasa mcm tak puas. saya bukan la pakar dlm bab deko-deko ni.
moreover, nak d.i.y plak kan.
karang jadik pelik plak kan 😆.
dek kerana tu semua, terus sambar jer la NISSEDAL ni. gantung dgn 2 paku - settle!

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

bunga-bunga tu tak lekat permanent.
boleh ditarik keluar utk dicuci nanti. standard lah kan, habuk surely melekat punyer.
tanpa bunga dan daun, terasa keras plak satu-satu bahagian dlm rumah tu, pada pendapat saya lah.
nakkan bunga segar, takkan nak menanam pokok menjalar di situ kan 😄.
waktu cuci mata di Nilai3, this one yg menarik perhatian saya dan mr.asben.
mr.asben's approval is the very very very important lah kan...

😍😍😍

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

ruang makan kan tempat wajib tetamu duduk menikmati makanan pe pun yg dihidangkan.
dan ruang ni juga la tempat kami 5 sekeluarga makan tiap hari.
so, ada frame fridge magnet tu, mcm satu kepuasan bagi saya sendiri. menjamu mata sendiri 😍.
takde lah rasa kosong sgt sudut tu.

ok lah tu.
then letakkan makanan-makanan atas meja, complete lah ruang makan.
rumah kecil, nothing much can be done lah. so, deko semua tempek kat dinding.

😉😉   ðŸ‘ŒðŸ‘Œ