assalamualaikum... salam sejahtera.

bersambung lagi kisah di 1 Syawal.
hari ni dah 14 Syawal, kan 😃. masih boleh beraya sakan, ziarah-menziarahi.
hmmmmm lepas dah peluh-peluh ketiak photoshoot di tepi pantai, lekas-lekas kerah anak-anak balik rumah Atok Uwan.
balik rumah sebab nak pack brg skit-skit, nak balik kampung Uwan plak, ziarah moyang mereka.
tak tido sana pun, tapi mengenangkan bakal beraya sampai ke ptg, kena la juga pack brg anak-anak, sepersalinan baju, bakul susu, ... dan sebagainya.

menjadi kewajipan kami, bergambar keluarga di ruang tamu.
dan kali ni, latarbelakang kami tukar.
berlatarbelakangkan tingkap & langsir gojes Emak 😄.

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
pertama, Atok Uwan dan cucu-cucu tahun ni.
team merah (Pak Lang), team hijau (Ibu @ Mak Andak) dan team biru (Mak Usu).
tak cukup lagi 2 org cucu (Mak Ngah), beraya di perantauan.

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
cucu-cucu stay di tempat masing-masing.
anak-anak & menantu-menantu masuk di baris belakang 😍.

then, ada sessi bergambar famili by famili.
pelbagai ragam anak-anak... aduhai.
then snap gambar, nak kena tgk dulu satu-persatu.
takut-takut ada yg lelap mata lah, tak pandang kamera lah, garu-garu kepala lah 😄😄😄  😆😆😆...
yg paling stress ialah Abah & Emak lah. sebab diorang berdua la subjek utama gambar semua ni.

paling best, time kami adik-beradik nak bergambar dgn Abah & Emak, tetiba anak di perantauan call la plak h aha ha ha ha...
lama la plak tu Abah berborak hu hu hu hu...
kami-kami sabar jer lah, sambil gelak-gelak suka ria.
abg ipar sulung, snap la gambar-gambar candid. semuanya menarik giler 😍.

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
candid...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
lagi candid...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
da tak candid. pak lang plak masih tak ready 😅😅😅.
masih angan-angan la plak...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
yahooooo... jadik la jugak ni. janji nampak muka memasing 😘.

apa penting nyer ye bergambar formal begini?
mungkin ada org tidak anggap ini adalah penting. cukuplah sekadar bergambar secara candid di mana-mana, kan...
bagi kami, ini adalah kenangan tiap kali Aidilfitri & Aidil'adha.
it is satu-satunya hari di mana kami adik-beradik berkumpul dan berpakaian formal lengkap.
terutama anak-anak. bukan mudahkan nak bagi diorang pakai baju melayu & baju kurung lengkap selengkap-lengkapnya.

kat tempat lain, kami sibuk bergambar la jugak.
tapi kekadang tak complete! 😃 and aneka gaya dan aksi dlm satu gambar.
tu memori sejenis yg lain...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
sempat la saya grab kanak-kanak riang bertiga ni dan bergambar sama-sama.
dari kiri - Amir (bongsu Pak Lang), Izzat (bongsu saya) dan bertudung biru is Ain (bongsu Mak Usu).
aduhai. team bertiga ni memang bikin gegar rumah batu Atok Uwan 😄  😅  😆.
berlari ke sana. berlari ke sini. melompat. tiarap. merangkak. telentang.
Atok nyer dok lah bebel, "... peninglah kepala Atok!!!".
ada diorang kesah bila Atok membebel??? tak langsung!!!

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
Pak Uda, adik bongsu 😍.

indahnya Aidilfitri boleh dipamerkan bila hati kita gembira & bahagia.
para ibu ayah mungkin tak la excited sgt, kan. tapi kita wujudkan excited tu di wajah utk beri kegembiraan buat anak-anak.
tak boleh la nak komen, "hari raya ni masa ibu kecik-kecik dulu lebih meriah tau".
do not compare!
itu zaman kita. kita adalah mereka. kita adalah kanak-kanak.
takkan sama rasa kita di umur 10 thn berbanding rasa kita di umur 40 thn, kan?

biar mereka bergembira dgn cara mereka, di zaman mereka.
jgn kita terapkan "zaman awak sekarang dah tak seronok". kesiankan mereka...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh ! ni selagi lagi Pak Long diorang amik gambar candid.
semuanya dgn gajet!!!

ini zaman mereka.
setelah mereka penat melompat, berlari, tiarap, telentang...
setelah mereka kenyang dan hilang haus, tetap mereka berbalik kpd televisyen & gajet.
on air-cond suhu 21 darjah celcius dan lepak sama-sama main games or tonton utube.
be happy, parents. at least kita masih dpt lihat diorang bergelak ketawa bertepuk tampar sambil main games tu kan.
masih depan mata kita.
masih dlm jangkauan pemantauan kita 💜.

orait.
tu jer coretan saya pagi ni.
fikiran ni dah throwback last weekend.
kami sekali lagi beraya berkumpul adik-beradik di KL.
nanti next next entry ye. sesungguhnya saya akan jadi super duper happy bila bersama Abah, Emak & adik-beradik 😌😌😌.

👋👋