assalamualaikum 😉
hari ni sgt terganggu dek batuk yg sgt menyakitkan dada!
aduhai 😔😔😔.
da selesai 1.5 liter air putih diminum sejak awal pagi.
tapi masih lah tidak berkurangan.
ubat hisap yg doktor preskrib Jumaat lepas dah pun abis. aduhai... lelah rasa nafas nih!
pe pun, masih tegak berdiri di ofis. life goes on, kan 😎.

nak la kongsi, dlm pada saya meneruskan kerja di ofis, ada satu naskhah bacaan di atas meja.
bosan ngadap desktop, ia diambil utk hilangkan rasa bosan tu.
'Pickupline Dakwah' by Adnin Roslan - pinjam dari library skola kak Nurin.
kak Nurin bw balik ke rumah, saya terpikat dgn buku ni 😏😍.
recommended utk korang cari di bookstore or di library. kita kongsi sama-sama.
sebar sama-sama.
kutip pahala sepanjang jalan bersama-sama 👍.

"jika kau buat pickupline untuk dpt cinta dia,
Aku buat pickupline untuk kau dpt cinta Dia."
- by Adnin Roslan -

"apakah persamaan iman dan duit?"
kena kerja keras utk dua-dua tu.
tanpa usaha, tanpa kerja keras, camne nak dptkan duit?
camne lah duit kita yg sikit ni nak bertambah?
cari kerja yg baik... cari customer utk jual brg... cari ruang utk besarkan bisnes... kan?
tanpa duit?
hidup kita susah!
Pickupline Dakwah | Apakah Persamaan Iman & Duit ?

sama la jugak dgn iman, kena usaha utk memantapkan lagi iman kita.
kita lahir sebagai seorang Muslim. sekitar kita adalah kehidupan sebagai seorang Muslim.
tak kah kita tertanya, kenapa kena tutup aurat?
dlm keadaan apakah kita boleh sentuh anjing? kenapa makan babi itu haram?
kenapa dilarang bersentuhan lelaki dan perempuan yg bukan muhrim?
apakah asas kehidupan kita?
"carilah ilmu hingga ke negara China". aduhai, jauhnya!!!
kenapa?
kerana ilmu Allah ni luas. banyak. lebih-lebih lagi dgn peredaran arus masa yg semakin moden.
lagilah kita perlu mencari ilmu yg sememangnya di hujung jari kita.
ramai sekarang ni bekerja dari rumah.
mencari duit hanya dari rumah. keluar hanya bila perlu.
mencari pelanggan tak lagi wajib keluar rumah, berbaju kemas, mak-up bagi menarik perhatian pelanggan.
di rumah, atas katil, berbaju tidur pun boleh uruskan pertanyaan pelanggan, kan? 😄😄😄

Pickupline Dakwah | Apakah Persamaan Iman & Duit ?
sama la dgn iman.
tiada batasan waktu. tiada batasan tempat. 

frankly speaking, saya byk follow fb page para Ustaz / penceramah bebas.
setiap hari akan ada di uploadkan ceramah-ceramah mereka. di situ... dari situ... saya menambah ilmu.
nak ke surau? nak ke masjid? saya bagi ruang kpd mr.asben utk itu dan moga pahala kami kongsi bersama-sama.
lebih elok kita perempuan di rumah je kan? uruskan anak-anak. 
takkan saya tinggalkan Ijat kat rumah mlm hari, Maghrib membawa ke Isya' 😅.
satu lagi, sumber ilmu saya ialah ---- kak Nurin 😌.
terima kasih ya Allah krn murahkan rezeki anak sulung saya ni dan masuk ke skola agama.
dia la yg byk share dgn saya tentang apa yg dia dpt di skola. terutama tentang agama.
dlm hati saya, "kerdil nyer lah ibu ni, wahai kak Win. ilmu awak lebih byk dari ibu...".
tapi buat pe saya nak malu, kan... takpe kot yg tua belajar dari yg muda. 

sahabat-sahabat yg menganuti agama lain, boleh juga la masukkan konteks 'iman' saya ni ke dlm agama yg korang anuti.
ia membawa maksud kita mendalami agama kita tu demi mendapat reward di akhirat kan.
setiap apa yg kita lakukan, surelu kita nakkan reward, secara tak langsung lah kan.
😌😌😌

begitulah duit penting dlm kehidupan seharian kita, sebegitulah pentingnya iman dlm diri kita.
semakin lama, mesti semakin byk. semakinlah hidup kita ni bertambah seri dan manfaatnya.
👍👍👍