assalamualaikum 😃

cuti sekolah hampir-hampir ke penghujung.
dah ptg Jumaat dah ni.
bagi yg baru nak fikir mana nak gi, meh la dtg ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
yes, meskipun penuh dgn traffic lights 😃😃😃, Melaka ni penuh dgn tempat yg menarik.
selain dari berjalan-jalan tgk pemandangan, bangunan bersejarah or masuk ke Zoo Melaka, korang pasti takkan lapar sebab byk tempat makan best di Melaka.

tu yg nak share.
dah ada dah kat Melaka, tak perlu turun ke JB dah 👉 Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin dah ada cawangan di Medan Selera Ayer Keroh.
lama dah. few months ago.
kami pun dah gi berkali-kali 😍.

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
RM6.00

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
Izzat bergambar di banner utama, ada gambar owner Kacang Pool Haji, Makpol Kairon.

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
Medan Selera Ayer Keroh
(berhadapan dengan kilang MAMEE)

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
tapaw pun boleh 👌👌👌.

kacang pool ni simple je.
kuah nyer tu 👉 kacang pool, skit daging cincang, perahkan skit air limau kasturi.
ada hirisan bawang besar dan cili hijau 😋. then ada telur goyang di atasnya.
campur-campur semua. sebatikan. kacau bagi rata-rata.
then, cicah dgn roti bakar tu. fullamak, terbaik lah...

bagi saya sedap. puas hati. ok la compare dgn kacang pool yg ada di sekitar Melaka ni.
ada yg kata, JB lagi sedap.
ntah la. bagi saya, yg ada dekat dan depan mata ni yg sedap 👍.

😊