assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊...

Sabtuday 😃😃😃.
lepak rumah je. gurau senda dgn anak-anak. membelek kebun / taman mini tepi rumah. masak-masak. kemas-kemas rumah mana-mana patut. now, update blog jap 😏    ðŸ˜ŠðŸ˜Š.

alhamdulillah.
ni yg nak kongsi cerita. kenyang kami anak-beranak dinner mlm tadi tau. menu kampung iaitu ikan tenggiri masak tempoyak dengan sambal ikan bilis petai.

Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai

first time saya buat masak tempoyak bersama ikan tenggiri ni. kebetulan, kampung adik ipar, durian keluarganya menjadi-jadi thn ni, alhamdulillah. dari membazir, diorang jadikan tempoyak. dpt lah saya 2 balang besar 😍. 

apa lagi, terus la test buat masak tempoyak, ikan patin takde. sebaiknya dgn ikan patin. tapi di Melaka, sukar nak dptkan ikan patin fresh yang sedap. kalau beli di Family Store tu, hmmmm tak sedap!!! maka, ikan tenggiri pun jadik lah...

resepi ikan tenggiri masak tempoyak versi saya 👇👇👇.

bahan-bahan :
  • ikan tenggiri
  • kunyit hidup - 2 -3 inci
  • cili padi - 20 biji (cili padi laman sendiri 😍😍😍)
  • secekak daun kesum (dari laman sendiri juga)
  • tempoyak - 3-4 senduk
  • air - 3-4 mangkuk (agak-agak lah ni ye, jgn cair sgt kuahnya)
  • garam secukup rasa
  • asam keping

cara-cara :
  1. kunyit hidup & cili padi 👉 di tumbuk halus. ada resepi gunakan beberapa cili merah juga ye. tumbuk halus sekaligus time ni. kebetulan saya takde stok cili merah 😅. next time kot boleh tambah dlm resepi.
  2. then, dlm lesung batu yg sama, masukkan tempoyak. lenyek-lenyekkan sekali dgn kunyit hidup & cili padi tadi.
  3. dlm periuk 👉 masukkan bahan yg da dilenyek-lenyek tu dan air. saya masakkan sampai mendidih sekali. kepekatan tu agak-agak. kalau kuah masak tempoyak tu cair, tak sedap!
  4. masukkan ikan, daun kesum dan asam keping. secukup rasa semuanya. ada resepi masukkan bunga kantan. saya tak masukkan kali ni 😄.
  5. siap lah lauk ikan tenggiri masak tempoyak kita 😋😋😋...

rata-rata saya search, lebih kurang jer bahan dan caranya.
so ok ok la tu kan utk first timer mcm saya ni. org Melaka buat masak tempoyak 😅 hi hi hi hi...


Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai

menu kedua ni, tak perlu la share resepi. biasa jer resepi sambal ikan bilis petai. takde ramuan rahsia.
saje je couple kan dgn masak tempoyak tu. ada tempoyak. ada la kawan nyer si petai.

selepas ni, in shaa Allah, nak try buat sambal tempoyak budu. pernah makan dulu sekali di Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. sedap nyer lah... terkenang-kenang!

👇   👇   👇

😋😋😋

mlm ni, saya nak buat nasi lemak + sambal ikan bilis + telur dadar + timun jepun 👍. lepas asar karang baru start masak.

👌👌