assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊...
Sabtuday 😃😃😃.
lepak rumah je. gurau senda dgn anak-anak. membelek kebun / taman mini tepi rumah. masak-masak. kemas-kemas rumah mana-mana patut. now, update blog jap 😏 😊😊.
alhamdulillah.
ni yg nak kongsi cerita. kenyang kami anak-beranak dinner mlm tadi tau. menu kampung iaitu ikan tenggiri masak tempoyak dengan sambal ikan bilis petai.
first time saya buat masak tempoyak bersama ikan tenggiri ni. kebetulan, kampung adik ipar, durian keluarganya menjadi-jadi thn ni, alhamdulillah. dari membazir, diorang jadikan tempoyak. dpt lah saya 2 balang besar 😍.
apa lagi, terus la test buat masak tempoyak, ikan patin takde. sebaiknya dgn ikan patin. tapi di Melaka, sukar nak dptkan ikan patin fresh yang sedap. kalau beli di Family Store tu, hmmmm tak sedap!!! maka, ikan tenggiri pun jadik lah...
resepi ikan tenggiri masak tempoyak versi saya 👇👇👇.
resepi ikan tenggiri masak tempoyak versi saya 👇👇👇.
bahan-bahan :
- ikan tenggiri
- kunyit hidup - 2 -3 inci
- cili padi - 20 biji (cili padi laman sendiri 😍😍😍)
- secekak daun kesum (dari laman sendiri juga)
- tempoyak - 3-4 senduk
- air - 3-4 mangkuk (agak-agak lah ni ye, jgn cair sgt kuahnya)
- garam secukup rasa
- asam keping
cara-cara :
- kunyit hidup & cili padi 👉 di tumbuk halus. ada resepi gunakan beberapa cili merah juga ye. tumbuk halus sekaligus time ni. kebetulan saya takde stok cili merah 😅. next time kot boleh tambah dlm resepi.
- then, dlm lesung batu yg sama, masukkan tempoyak. lenyek-lenyekkan sekali dgn kunyit hidup & cili padi tadi.
- dlm periuk 👉 masukkan bahan yg da dilenyek-lenyek tu dan air. saya masakkan sampai mendidih sekali. kepekatan tu agak-agak. kalau kuah masak tempoyak tu cair, tak sedap!
- masukkan ikan, daun kesum dan asam keping. secukup rasa semuanya. ada resepi masukkan bunga kantan. saya tak masukkan kali ni 😄.
- siap lah lauk ikan tenggiri masak tempoyak kita 😋😋😋...
rata-rata saya search, lebih kurang jer bahan dan caranya.
so ok ok la tu kan utk first timer mcm saya ni. org Melaka buat masak tempoyak 😅 hi hi hi hi...
menu kedua ni, tak perlu la share resepi. biasa jer resepi sambal ikan bilis petai. takde ramuan rahsia.
saje je couple kan dgn masak tempoyak tu. ada tempoyak. ada la kawan nyer si petai.
selepas ni, in shaa Allah, nak try buat sambal tempoyak budu. pernah makan dulu sekali di Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. sedap nyer lah... terkenang-kenang!
👇 👇 👇
😋😋😋
mlm ni, saya nak buat nasi lemak + sambal ikan bilis + telur dadar + timun jepun 👍. lepas asar karang baru start masak.
👌👌
32 Comments
terbaik!
ReplyDeleteAdoi.. sedap pula bila terbaca menu makan malam aida.. best seseklai makan nasi lemak di waktu malam..
ReplyDeletenasi lemak paling senang buat, sha.
Deletenasi nyer.
sambal nyer.
add on - ayam goreng / telur dadar.
settle...
Fuhh sambal petai tu sedapppp
ReplyDeletesedapnya tempoyak dengan sambal tumis tu.. :)
ReplyDeletesambil ikan bilis nampak sedap sangattt
ReplyDeletepergh..sedapnya..:)
ReplyDeleteSambal ikan bilis petai tu membuatkan nasi bertambah tambah. Hehehe. Nampak sangat sedap la kan....masak tempoyak ikan tenggiri tak pernah rasa tapi kalau ikan patin memang sedap la kan...makan pulak dengan tempoyak dan ulam ulaman.....nyum nyum..
ReplyDeleteperfect is dgn ikan patin lah kan.
Deletetapi sini sukar nak cari yg fresh :(
pasrah jer lah...
Wah nampak macam sedap dan menyelerakan. Terima kasih share resipi ini. Insha Allah boleh Naim try masak lepas ini
ReplyDeletePergh! Padu ni! Memang fevret sc lauk² pedas gini. Tmbh lagi ada tempoyak. Wallaweh! Memang bertambah² makan. Hahaha!
ReplyDeletesambal ikan bilis petai tu memang fav. sedapnya! tapi kat rumah ni kalau masak nanti iza sorang je yang makan. husband tak makan. huhuh. masak lemak tempoyak tu pun sedap. terliur pulak kita.
ReplyDeletePerghhh pantang tengok sambal ikan bilis masakpetai ni :( huhu....mana nak cari subuh buta ni..kejam memang kejam....saya tak boleh nak tengok sambal bilis masak petai ni coz kegemaran saya..huhu
ReplyDeleteha ha ha ha ha :)
Deletemaaf ye.
Sedapnyaa.. Mudah je nak buat.. Lama tak makan tempoyak.. Dulu oernh buat tempoyak waalupun tak reti.. Hahaha.. Tgk youtube. Nanti nak caril tempoyak.. Terliur pulak tengok
ReplyDeleteSedapnya gulai tempoyak tu. Sebagai anak jati pahamg mmg menu gulai tempoyak tu adalah menu wajib sekeluarga
ReplyDeleteyes.
Deletecik min sure lebih arif masak ni kan :)
Adoiiiii sedapnya masak tempoyak. Saya suka tapi suami tak suka. Sambal ikan bilis petai tu makan dengan nasi panas2 sedap kan.
ReplyDeleteNur tak pernah makan lauk tempoyak dan tak pernah juga masak. Macam mana lah rasanya ya? Tapi kalau tengok gambar, mmg menggiurkan. Ikan tenggiri pula tu. Bertambah tambah!
ReplyDeleteSedapnya. Saya ni petai mmg tak sentuh langsung. Ayah dgn mak saya mmg hantu petai. Haha. Lapar pulak bila baca sini.
ReplyDeletewahh.. ore klate ke ni. sedap pulak tengok sambal petai tu. Merah menyala..
ReplyDeleteadoii.. terasa nak masak la pulak balik ni. tq sharing ya
sedapnya menu kak aida masak. adiuuuu meleleh. tempoyak budu always win la kak. hahahah. meh datang kelantan, kita lunch sama sama.
ReplyDeleteYa Allah kenapa baca posting ni time malam-malam macam ni hehehe semua makanan ni nampak sedap dan sangat menyelerakan kita nak cuba buat juga hehehe tapi tak boleh makan selalu nak diet wakakakak...
ReplyDeletediet lah sgt, Maha oii :)
Deletedlm blog dok share gambar tgh makan jer...
Sedap tau sekali sekala layan masak tempoyak memang best. Nak nak pula di gandingkan dengan sambal bilis tu. Memang bertambah la makan. Thanks sebab share resepi. Bolehlah eiza cuba nanti.
ReplyDeleteIkan tenggiri tu mmg fav kita sangat. Buat masak lemak sedap.. Masak asam sedap.. Sambal sedap.. Asam pedas sedap.. Semua pun sedap.. Baru teringat ada ikan tenggiri dalam peti sejuk.. Huhuhu
ReplyDeleteTerima kasih untuk resipi, bolehlah try masak ni malam ni. Asyik masak dekat rumah je kadang-kadang jadi buntu nak masak apa.
ReplyDeletenampak sedap. semalam sy tapau makanan dekat restoran ni nampakla sambal petai ikan bilis..rasa mau cuba. sekali makan huhuhu tekak x bole terima sudahnya terpaksa buang ja
ReplyDeleteHoho power Aida pandai buat lUk Ni. Mama xpe g buat lg
ReplyDeletesedapnya masak tempoyak.... rasa mcm dah lama nau tak mkn ni...
ReplyDeleteya Allah kak, sedapnya !!! dah lama tak makan menu2 nie. sejak duduk dekat kolej nie jarang balik rumah. rindu air tangan ibu. ikan tenggiri tak pernah sy cuba makan dengan tempoyak. selalu ikan patin je. nanti boleh try nie. aduiii serious terliur sangat dah nie. rasa nak balik skrg jugak.
ReplyDeletedua -dua menu ni saya suka. Ya Allah terliurnya. lama dah tak makan menu-menu ni. nanti nak pergi carilah.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.