assalamualaikum 😉

selamat ptg.
moga hari ni menjadi hari yg terbaik buat kita semua 💪. aminnnn...
settle dah masak --- asam pedas kaki ayam, telur dadar, timun jepun.
stok sayur da abis 😅. esok pagi2 nak kena shopping brg dapur dah...
settle dah makan. alhamdulillah...
marilah rehat jap. lepak depan tv. sambil exercise jari-jemari jap hi hi hi... update blog.
suka nak bercerita tentang aktiviti terbaru Izzat di sekolah, khamis lepas.
byk aktiviti yg menarik dilaksanakan oleh pihak sekolah, tak pernah tak menarik.
tq to Muallimah & Muallim Izzat yg selalu share gambar.
tapi yg ni sgt dekat di hati saya --- buat biskut 😍.
aktiviti yg sgt comel!

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan
amboi Izzat, suka la tu dpt menggentel doh biskut 😂.

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan
1/2
1/4
👍

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan
tadaaaaa... dah siap bakar, biskut boleh dimakan lah 😍.

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan

sejak 1-2 minggu kebelakangan ni, sememangnya Izzat apply apa yg diajar di skola.
bila dilihat saya sedang potong telur dadar, "ini satu perdua, bu... ini satu perempat pulak, bu".
then, semlm kami sekeluarga dinner di luar.
saya perhatikan, bila Izzat dpt lempeng nyer utk dicicah sambal, dia berckp sendirian perlahan-lahan sambil buat gaya sedang memotong lempeng tu, "... satu perdua... satu perempat... perlima..." 😃.

al-maklumlah, sekarang ni silibus anak-anak kita sudah semakin tinggi tahapnya.
para guru dah kena kreatif bagi nak beri kefahaman awal yg mantap.
anak-anak darjah 1, tak boleh nak serius sgt dgn diorang ni 😀. 
kena beri gambaran jelas tentang ilmu akademik dgn cara yg tidak membosankan.

saya pun di rumah, buat homework dgn Izzat, kena bercerita. walaupun sedang ajar matematik 😆.
baru dpt tarik perhatian dia rapat-rapat ke buku tau.
nak tarik minat dia utk faham bebetul pe yg dia sedang buat.

😊😊😊
pepun, tq la kpd cikgu-cikgu yg bertungkus-lumus ajar anak-anak sedunia.
satu profesion yg sgt murni, kan...
now, utk anak-anak darjah 6, cikgu sedang bersungguh-sungguh ulangkaji lastkopek utk anak-anak.
tiap hari ada je update dlm grup whatsapp kelas darjah 6.
yg negatif.
yg positif.
semua khas agar anak-anak dpt cemerlang kelak.
semua khas utk ibubapa turut tahu pe'el, kerenah dan perangai anak-anak di skola. mudahlah ibubapa nak follow up di rumah.

tq cikgu-cikgu semua 💗💗💗.