assalamualaikum 😃
pagi Isnin.
say no no no to monday blues ekk 😄. tak payah nak blues sgt la ye...
nak la kongsi satu isu --- bila kita bekerja, anak-anak nak kita transitkan di tempat yg dekat dgn ofis kita atau rumah?
ni isu yg dibangkitkan oleh sorang ofismet saya di fb.
dia dlm dillema.
minta pendapat kawan-kawan di fb.
ni la soalan, survey or dillema sahabat saya ni...
sebelum saya reply dgn pendapat, saya baca setiap satu pendapat sahabat yg lain-lainnya.
itu la saya, sebelum reply, kena tahu juga komen yg lain. menghormati gitewwww...
and semua pendapat ada asasnya.
ia bergantung kpd keselesaan masing-masing dan yg paling utama nature of kerja suami/isteri.
all the comments memang bernas dan membantu org yg dlm dillema.
jawapan / pendapat saya 😎 PEJABAT
👉 sekolah rendah utk kak Nurin dan Syuhada, dekat dgn rumah dan ofis mr.asben. Bukit Katil.
sekolah agama (ptg) pun, kami pilih berdekatan dgn ofis mr.asben, tapi jauh dari rumah skit lah.
alhamdulillah la sebab memang mr.asben dpt ofis yg sgt dekat dgn rumah.
kerana tempat keje saya jauh dan berubah-ubah. tak boleh nak dekat dgn ofis saya.
kejap di Banda Hilir. kejap di Ayer Keroh. kejap di Batu Berendam.
ada juga satu masa tu di Kuala Linggi...
then, 2 thn saya keje di Seremban - iaitu dari Mei 2015 hingga Disember 2017 😓.
so, biar dekatlah dgn ayah diorang. pe pe hal senang nak amik anta.
👉 tadika Izzat pun masa tu, depan ofis mr.asben 😄.
naik motor, dlm 2-3 minit jer.
👉 now, kami dah pun berpindah ke Durian Tunggal, Izzat darjah 1, tetap bersekolah di Bukit Katil.
tetap dekat dgn pejabat mr.asben, pilihan kami.
perjalanan dari rumah ke sekolah anak-anak lebih kurang 25 minit.
tak la lama sgt pun sebenarnya. namun, pada saya dari segi perjalanan, still lama 😄😄😄!
bertahun-tahun kot rumah dan sekolah dekat 10 minit jer kan.
saya plak, rezeki bekerja di Bukit Baru je sekarang ni. dekat jugak dgn sekolah anak-anak.
kesimpulannya, saya selesa bila anak-anak dekat dgn ofis.
senang hantar.
senang ambil. kalau ada kerja yg perlu lebih masa, tak risau. rempit jap amik diorang, letak dlm ofis tu hah. belikan makanan 😀.
kalau apa2 hal kecemasan berkaitan diorang di sekolah, sekejap je saya / mr.asben boleh sampai ke sekolah diorang.
diorang tak perlu menunggu lama! berseorangan di sekolah. tiada penjagaan sewajarnya.
itu merisaukan kami! 😓
😃😃😃 jom kita tgk pendapat sahabat yg lain 👇👇👇
jawapan / pendapat : RUMAH
ini pun ok. saya terima.
sebab ada sorang lagi anak (baby) di rumah pengasuh.
wajarlah pilih sekolah si abang/kakak dekat dgn rumah pengasuh, iaitu yg berdekatan dgn rumah.
kalau si adik di tadika, cari yg ada servis transit utk si abang/kakak sekaligus 👍.
tak bagus dari segi logistik if anak-anak di tempatkan di tempat yg berbeza.
sukar kita nak uruskan.
ayah. ibu. adik. kakak. abang. semua di tempat yg berbeza, tak bagus!
jawapan / pendapat : PEJABAT
satu lagi pendapat, ada 3 points di situ dan katanya :
- kalau sekolah dekat dgn rumah, anak akan ke sekolah terlalu awal.
- kalau dekat dgn sekolah, apa-apa hal senang.
- pergi balik, dlm kereta, ibu / ayah berteman, boleh borak 😀.
saya sgt sokong point ke-3 tu. tu la apa yg saya lalui sekarang ni.
sgt saya suka. sgt saya sokong. dlm kereta la antara waktu kita boleh spend dgn anak-anak.
terutama waktu balik.
Izzat akan bercerita la tentang apa yg berlaku di sekolah. dia akan nyanyi lagu zikir yg dia baru belajar.
gelak-gelak 😆😆.
sama la jugak dgn kakak-kakak, dlm kereta memang havoc lah kami-kami.
seronok tau.
sedia maklumlah kan, kalau balik asing-asing, lom tentu sampai rumah ibu, ayah dan anak-anak dpt dok gelak-gelak borak-borak.
sometimes, dinner time pun tak dpt nak berborak sgt, concentration more to eating, kan...
then, dah kelam-kabut anak-anak buat homeworks. kul 10 mlm, tido dah diorang.
jawapan / pendapat : RUMAH
last but not least, tak kurang penting juga pendapat sahabat saya sorang ni 👆👆👆.
byk betulnya komen dia tu.
sekolah anak di pejabat ibu / ayah, jauh dari rumah --- kalau-kalau ibu / ayah kena gi kursus. alamak aiiii, camne???
yes. ni pun kena amik kira jugak ye korang dlm nak tentukan sekolah anak-anak.
kena fikirkan sebab nanti-nanti bila kena time nyer, kelam-kabut lah.
pengalaman saya, semua ni memang kerap berlaku. saya dan mr.asben akan awal-awal inform each other.
salah sorang kena uruskan anak-anak. byk urusan sebab involve sekolah pagi dan sekolah agama (ptg).
tak menjadi masalah besar kalau bebetul kita buat arrangement.
sewaktu saya bekerja di Johor Bahru dan Seremban, mr.asben berkorban utk tidak berkursus di luar Melaka pun.
kalau sampai turn mr.asben out-station plak, saya akan uruskan anak-anak.
takde lagi lah anak-anak terabai dan terpaksa dipontengkan sekolah.
tiba-tiba, ibu/ayah tak sihat, demam ke, cirit-birit ke,... anak-anak sape nak anta ke sekolah?
moga dielakkanlah perkara gini kan. kita mesti memikirkan yg baik-baik je.
namun pada saya, again, ibu dan ayah kena kerjasama.
mari layan cerita bergambar plak ye 😀.
22 bulan si ibu bercuti dari bekerja. anak-anak dara berdua ni, kak Nurin & Syuhada berdondang-dendang lah.
ke mana pun takde masalah.
now, ibu back to work, kena la biasakan diri berangkut ke sana, berangkut ke sini.
transit di ofis ibu sebelum proceed ke sekolah agama 😀.
siap-siap dah ibu bekalkan 2 bekas nasi putih, asam pedas ayam & kicap.
langkah penjimatan duit dan tak bazir lauk semlm hi hi hi hi...
sementara tunggu waktu, sila lah buat kerja ye, Syuhada.
ni kak Nurin, Jumaat lepas.
dari jam 2.45 hingga 4.30 ptg, transit di ofis ibu.
jgn buang masa, sila buat homework ye.
lewat ptg, saya ada meeting, tinggallah kak Nurin dlm bilik tu dgn selamat....
sure ada yg kata, "wah, bwk anak ke ofis, boleh ke? ganggu kerja la nanti...".
pada saya, sendiri kena fikir lah. camne. bagaimana. kesannya.
memang tidak boleh bwk anak ke ofis setiap hari dari pagi ke ptg. ofis bukan taska/tadika.
sehinggakan kerja terganggu. nak mesyuarat tak boleh, itu dan ini... membawa kpd masalah plak.
ibu/ayah kena berfikiran rasional lah ye.
kena tgk jadual kerja. jgn sampai terganggu.
kena tgk surrounding - sesuai atau tak?
kebanyakan ofis ada surau. maka, situ mungkin anak-anak boleh duduk sementara menunggu ibu/ayah.
anak-anak saya ni, dah besar (14 dan 12 thn). tau bwk diri. takde kes berlari-larian di kawasan ofis 😅.
tidak mengganggu saya mahupun pegawai lain.
thn depan, moga ada rezeki Syuhada, masuk asrama bersama kak Nurin. aminnnn...
masa tu, takde lagi dah saya dan mr.asben kecoh hal anta amik anak sekolah dah.
waktu persekolahan Izzat adalah 7.30 am - 5 pm, takde masalah di waktu bekerja.
rindu lah nanti rutin kelam-kabut gi balik gi balik sekolah ni 😍😍😍.
dulu time diorang kecik, kecemasan saje saya akan bwk ke ofis. demam la biasanya.
saya tak dpt bercuti atas sebab-sebab yg penting. anak demam, takkan nak dihantar ke pengasuh / taska. terpaksa la bw ke ofis.
tq to my bosses dulu yg memahami.
sebab tu lah kan, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, last year menyarankan pejabat kerajaan mewujudkan satu pusat penjagaan anak-anak.
mudah utk ibu bapa yg bekerja.
senang hati bila bekerja. anak berada dekat dan memudahkan pergi dan balik kerja kan.
and kami-kami org kerajaan ni mengalu-alukan saranan ni.
penjagaan anak-anak umur 6 thn ke bawah dan kalau boleh sekaligus dgn transit anak-anak sekolah.
entri panjang ni saya akhiri dgn gambar kami bertiga Jumaat 2 minggu lepas di perkarangan ofis saya...
👋👋
27 Comments
Ini julia pernah terfikir tau sis Aida, setuju sangat bila salah seorang dari isteri atau suami anak-anak di transitkan berdekatan dengan pejabat iaitu tempat kita mencari nafkah. Kalau di rumah agak susah sebab kena pantau lokasi, kalau pejabat dna rumah berdekatan itu tak jadi masalah, maka ambillah cara pendekatan paling efektif kita menaakul jarak sesuatu tempat. Kadang kala transit dekat rumah ada tempat yang selesa utk anak2, terkadang berdekatan dengan pejabat tak dapat seperti kita harapkan...
ReplyDeleteMcm2 penyumbang faktor disini kan sis...
Macam julia, julia cari sekolah yang ada semua, kebetulan rezeki Abg Qi. Dia tak perlu transit, mkn minum semua di sekolah dan ada subjek iqra dan mengaji. Semua satu tempat, juju nak kerja pun senang hati kalau suami outstation kerja.
Semoga urusan kita dipermudahkan sis. Amin. Perkongsian menarik dan membuka mata semua.
yes Ju.
Deletekita tak boleh ikut org.
kita sendiri kena ukur faktor di persekitaran kita.
apa kelebihannya? apa kesukarannya?
Qi dan Izzat sama, Ju.
hantar pagi dan balik ptg.
siap makan seharian, solat, mengaji, hafazan, subjek kaffah pun sekaligus.
mudah la skit kan :) alhamdulillah...
aah ye...tak pernah terfikir pulak tentang ni sebab rumah, sekolah dan pejabat semuanya dekat dekat
ReplyDeletesebab tu la aida amik masa 4 thn utk pindah rumah yg baru ni, yan.
Deletefaktor sekolah kak Nurin dan Syuhada.
rumah lama sgt dekat dgn sekolah, tadika Izzat dan ofis mr.asben. mudah!
bila rumah jauh ni, baru la berkeriuk dahi memikirkannya :) ha ha ha ha...
mcm sy ni ngajar di smk. masa kecik anak2 tu sy antar di sk seberang padang je. bila abis sek mrka berjalan kaki ke sek sy. Lps tu kami balik sama2. kalau sy ada meeting atau ko-kurikulum ke mrka kena tunggu la kejap.. Mudah kan?
ReplyDeletesgt mudah, abamKie. perfect choice.
Deleteat least kita tau kan yg anak kita ada dgn kita bila kita kena keje lebih masa.
pada saya, barulah saya boleh buat keje dgn aman dgn pengetahuan anak-anak ada di sisi.
Setiap orang pasti ada pendapat dan pilihan masing2kan. Yang penting kena tengok situasi kita sendiri, corak kerja suami isteri, kawasan sekitar pejabat dan rumah. Saya anak2 sekolah dkt rumah, lps tu transit dirumah jiran sblh, transport pula jiran depan rumah dan mmg transport x ambik pelajar lain ambik ank2 jiran je jd ank2-x perlu ke sekolah terlalu awal.
ReplyDeleteWalaupun pejabat dgn rumah 30km bg saya masih ok,sbb situasi saya kakak sulung rumahnya berdekatan dan setakat ni alhamdulillah jika ada apa² berkaitan anak² masih boleh bekejar ke sekolah dan tak perlu kembali ke ofis sbb bos pun sangat memahami
untunglah gitu.
Deleteif gitu, aida pun akan biarkan anak2 dekat dgn rumah je.
dgn org yg kita percaya dan kenal, AA.
namun, apa kan daya. aida sini tunggal. parents or parents in law jauh.
adik beradik aida dan mr.asben semua luar melaka.
mostly, kami berdua yg handle anak2 sendiri.
sya pun suka sekolah dekat ngn opis, mudah kalau ada apa2 hal...
ReplyDeletekot la anak tak sihat ke apa ke mudah nk amik utk bwk ke mana2... nk hantar atau amik dia kt sekolah pun mudah sbb sekali jalan.
bt masa ni aiyan ddk di opis sya lepas waktu sekolah, kejap je sebelum balik rumah... trasit di opis ni ada tp masih tak berani nk hantar... biar dia besar n boleh berdikari sikit... sbb penah ada kisah hitam ngn transit tu, penjaga transit dulu suka pukul2 budak terutama aiyan... jd mama nya masih fobia walaupun dh tukar penjaga transit
gitu ekk. aduhai... memang seriau lah kan nak anta.
Deletebos faham takpe, dana.
bukan nyer lama pun, kan.
dan aiyan dah big boy, good boy. ok la tu :)
saya pun prefer dekat dgn ofis kalau dia da sekolah..sbb senang kalau jadi apa2, dekat nak tuju ke dia..
ReplyDeletesaya kalau boleh nak dekat dua2. Tapi tulah lebih slmat kalau dekat pjbat snng nt klu nk transit skolah petang plak atau tuition
ReplyDeleteMarsha pun hantar anak dekat sekolah sebab Marsha cikgu. Kalau anak sakit kalau letak area rumah memang jauh. Nasib dekat. Aritu anak sesak nafas sempat ke hospital.
ReplyDeletebesar dah anak2 aida.... ila skrg anak sekolah dgn dgn opis..mudah nak urus... dulu anak2 sekolah dekat dgn rumah..tp still dlm jangkaun la..sbb opis n rumah xjauh pun
ReplyDeletekalau k mid lebih suka sekolah anak2 dekat dengan office...apa-apa hal senang nak pergi tengok
ReplyDeleteuntuk saya yang belum berkahwin dan belum mempunyai anak sememangnya perlukan pengetahuan sebegini untuk masa hadapan. tak terfikir pulak tentang perkara macam ni. terima kasih ya atas ilmu baru pada hari ini. :)
ReplyDeleteRuby tak de pengalaman bekerja lepas ada anak. Hehe. Jadi sekarang ni, anak2 bersekolah memang dekat dengan sekolah kebangsaan dan rumah.
ReplyDeleteBagi pendapat Ruby, if kedua dua parents bekerja. Better sekolah anak-anak tu dekat dengan ofis mereka. Apa-apa senang kita nak tahu. Memudahkan nak amik dan nak hantar.
Sokong tentang insentive kerajaan yang nak buat tempat jagaan anak anak di opis ibu bapa.
Besar besar dah anak Kak Aida ;)
betul, kalau bab sekolah ni memng selalu fikir dekat ke tak dengan rumah atau pejabat. Macam nad tak kerja, so cari yang dekat dengan rumah..alhamdulilah dh dapat sekolah tuk fariza tahun depan..kalau lagi dekat lagi sennag..dekat dnegan ofis boleh ambil dan kalau kita lambt balik kerja, senng boleh tunggu dengan kita kat ofis
ReplyDeleteaah erk, tak pernah terfikir pasal benda nie. sy rasa sekolah anak2 perlu dekat dgn pejabat sebabnya kalau emergency boleh terus pergi ke lokasi. kalau dekat dengan rumah, kadang jauh. lebih baik dekat dgn office sbb weekdays hari bekerja sudah tentu kita bekerja
ReplyDeleteKalau sy prefer dekat pejabat. Sebab senang nak amik
ReplyDeleteNak uruskan anak. Cuma kalau keje selalu out station mmg kena cari dekat rumah
Ohh I pun sependapat. Sekolah anak lebih convenient dekat dengan tenoat kerja ibu. Luckily sekolah anak Syu just across the road dari tempat kerja Syu.
ReplyDeletekalau TB masih bekerja, TB pun akan pilih yang dekat dengan tempat kerja TB supaya senang TB nak jenguk2 ke atau senang kalau ada apa2 kecemasan kan.. tak lah jauh nak tempuh jem bagai.. dan TB jugak pernah je tengok officemate dulu bawak anak ke office.. anak dia behave sangat.. tak ganggu kami bekerja
ReplyDeleteMouse mommy lebih suka sekolah dekat dengan rumah Sbb nak hantar anak pun senang sikit, x payah susah payah nak ikut mama pergi jauh sbb Mouse mommy kerja kat PJ.
ReplyDeleteIt depends on your situation. Kalo kat rumah ada bibik/pengasuh eloklah sekolah tu dekat dan rumah. Kalo x dek, dekat dan pejabat la better.
ReplyDeleteem.. kalau pendapat akak plak dari sisi seorang pekerja mungkin mudah untuk anak-anak transit berdekatan dengan pejabat.. bukan anak-anak je mudah, hati mak ayah pun senang.. hee~
ReplyDeletetapi tu lah.. akak tak berani nak komen sebab akak WHAM kan.. anak-anak memang depan mata selain berada di sekolah..
I pilih dekat dengan rumah. Dan pindah rumah dekat dengan office. Tehcnically, dekat dengan rumah dan office. 😂
ReplyDeleteI would choose to be near the office as we will be working most of the time so it is more ideal.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.