assalamualaikum 😃
pagi Isnin.
say no no no to monday blues ekk 😄. tak payah nak blues sgt la ye...

nak la kongsi satu isu --- bila kita bekerja, anak-anak nak kita transitkan di tempat yg dekat dgn ofis kita atau rumah?
ni isu yg dibangkitkan oleh sorang ofismet saya di fb.
dia dlm dillema. 
minta pendapat kawan-kawan di fb.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
ni la soalan, survey or dillema sahabat saya ni...

sebelum saya reply dgn pendapat, saya baca setiap satu pendapat sahabat yg lain-lainnya.
itu la saya, sebelum reply, kena tahu juga komen yg lain. menghormati gitewwww...
and semua pendapat ada asasnya.
ia bergantung kpd keselesaan masing-masing dan yg paling utama nature of kerja suami/isteri.
all the comments memang bernas dan membantu org yg dlm dillema.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat saya 😎  PEJABAT

👉  sekolah rendah utk kak Nurin dan Syuhada, dekat dgn rumah dan ofis mr.asben. Bukit Katil.
sekolah agama (ptg) pun, kami pilih berdekatan dgn ofis mr.asben, tapi jauh dari rumah skit lah.
alhamdulillah la sebab memang mr.asben dpt ofis yg sgt dekat dgn rumah.
kerana tempat keje saya jauh dan berubah-ubah.  tak boleh nak dekat dgn ofis saya.
kejap di Banda Hilir. kejap di Ayer Keroh. kejap di Batu Berendam. 
ada juga satu masa tu di Kuala Linggi...
then, 2 thn saya keje di Seremban - iaitu dari Mei 2015 hingga Disember 2017 😓.
so, biar dekatlah dgn ayah diorang. pe pe hal senang nak amik anta.

👉  tadika Izzat pun masa tu, depan ofis mr.asben 😄.
naik motor, dlm 2-3 minit jer.

👉  now, kami dah pun berpindah ke Durian Tunggal, Izzat darjah 1, tetap bersekolah di Bukit Katil.
tetap dekat dgn pejabat mr.asben, pilihan kami. 
perjalanan dari rumah ke sekolah anak-anak lebih kurang 25 minit.
tak la lama sgt pun sebenarnya. namun, pada saya dari segi perjalanan, still lama 😄😄😄! 
bertahun-tahun kot rumah dan sekolah dekat 10 minit jer kan.
saya plak, rezeki bekerja di Bukit Baru je sekarang ni. dekat jugak dgn sekolah anak-anak.

kesimpulannya, saya selesa bila anak-anak dekat dgn ofis.
senang hantar.
senang ambil. kalau ada kerja yg perlu lebih masa, tak risau. rempit jap amik diorang, letak dlm ofis tu hah. belikan makanan 😀.
kalau apa2 hal kecemasan berkaitan diorang di sekolah, sekejap je saya / mr.asben boleh sampai ke sekolah diorang.
diorang tak perlu menunggu lama! berseorangan di sekolah. tiada penjagaan sewajarnya.
itu merisaukan kami! 😓

😃😃😃  jom kita tgk pendapat sahabat yg lain 👇👇👇

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat : RUMAH

ini pun ok. saya terima.
sebab ada sorang lagi anak (baby) di rumah pengasuh.
wajarlah pilih sekolah si abang/kakak dekat dgn rumah pengasuh, iaitu yg berdekatan dgn rumah.
kalau si adik di tadika, cari yg ada servis transit utk si abang/kakak sekaligus 👍.
tak bagus dari segi logistik if anak-anak di tempatkan di tempat yg berbeza.
sukar kita nak uruskan.
ayah. ibu. adik. kakak. abang. semua di tempat yg berbeza, tak bagus!

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat : PEJABAT

satu lagi pendapat, ada 3 points di situ dan katanya :
  1. kalau sekolah dekat dgn rumah, anak akan ke sekolah terlalu awal.
  2. kalau dekat dgn sekolah, apa-apa hal senang.
  3. pergi balik, dlm kereta, ibu / ayah berteman, boleh borak 😀.
saya sgt sokong point ke-3 tu. tu la apa yg saya lalui sekarang ni.
sgt saya suka. sgt saya sokong. dlm kereta la antara waktu kita boleh spend dgn anak-anak.

terutama waktu balik.
Izzat akan bercerita la tentang apa yg berlaku di sekolah. dia akan nyanyi lagu zikir yg dia baru belajar.
gelak-gelak 😆😆.
sama la jugak dgn kakak-kakak, dlm kereta memang havoc lah kami-kami.
seronok tau.
sedia maklumlah kan, kalau balik asing-asing, lom tentu sampai rumah ibu, ayah dan anak-anak dpt dok gelak-gelak borak-borak.
sometimes, dinner time pun tak dpt nak berborak sgt, concentration more to eating, kan...
then, dah kelam-kabut anak-anak buat homeworks. kul 10 mlm, tido dah diorang.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat : RUMAH

last but not least, tak kurang penting juga pendapat sahabat saya sorang ni 👆👆👆.
byk betulnya komen dia tu.
sekolah anak di pejabat ibu / ayah, jauh dari rumah --- kalau-kalau ibu / ayah kena gi kursus. alamak aiiii, camne???
yes. ni pun kena amik kira jugak ye korang dlm nak tentukan sekolah anak-anak.
kena fikirkan sebab nanti-nanti bila kena time nyer, kelam-kabut lah.

pengalaman saya, semua ni memang kerap berlaku. saya dan mr.asben akan awal-awal inform each other. 
salah sorang kena uruskan anak-anak. byk urusan sebab involve sekolah pagi dan sekolah agama (ptg).
tak menjadi masalah besar kalau bebetul kita buat arrangement.
sewaktu saya bekerja di Johor Bahru dan Seremban, mr.asben berkorban utk tidak berkursus di luar Melaka pun.
kalau sampai turn mr.asben out-station plak, saya akan uruskan anak-anak.
takde lagi lah anak-anak terabai dan terpaksa dipontengkan sekolah.
tiba-tiba, ibu/ayah tak sihat, demam ke, cirit-birit ke,... anak-anak sape nak anta ke sekolah?
moga dielakkanlah perkara gini kan. kita mesti memikirkan yg baik-baik je.
namun pada saya, again, ibu dan ayah kena kerjasama.



mari layan cerita bergambar plak ye 😀.
22 bulan si ibu bercuti dari bekerja. anak-anak dara berdua ni, kak Nurin & Syuhada berdondang-dendang lah.
ke mana pun takde masalah.
now, ibu back to work, kena la biasakan diri berangkut ke sana, berangkut ke sini.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
transit di ofis ibu sebelum proceed ke sekolah agama 😀.
siap-siap dah ibu bekalkan 2 bekas nasi putih, asam pedas ayam & kicap.
langkah penjimatan duit dan tak bazir lauk semlm hi hi hi hi...

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
sementara tunggu waktu, sila lah buat kerja ye, Syuhada.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
ni kak Nurin, Jumaat lepas.
dari jam 2.45 hingga 4.30 ptg, transit di ofis ibu.
jgn buang masa, sila buat homework ye.
lewat ptg, saya ada meeting, tinggallah kak Nurin dlm bilik tu dgn selamat....

sure ada yg kata, "wah, bwk anak ke ofis, boleh ke? ganggu kerja la nanti...".
pada saya, sendiri kena fikir lah. camne. bagaimana. kesannya.
memang tidak boleh bwk anak ke ofis setiap hari dari pagi ke ptg. ofis bukan taska/tadika.
sehinggakan kerja terganggu. nak mesyuarat tak boleh, itu dan ini... membawa kpd masalah plak.
ibu/ayah kena berfikiran rasional lah ye.

kena tgk jadual kerja. jgn sampai terganggu.
kena tgk surrounding - sesuai atau tak?
kebanyakan ofis ada surau. maka, situ mungkin anak-anak boleh duduk sementara menunggu ibu/ayah.

anak-anak saya ni, dah besar (14 dan 12 thn). tau bwk diri. takde kes berlari-larian di kawasan ofis 😅.
tidak mengganggu saya mahupun pegawai lain.
thn depan, moga ada rezeki Syuhada, masuk asrama bersama kak Nurin. aminnnn...
masa tu, takde lagi dah saya dan mr.asben kecoh hal anta amik anak sekolah dah.
waktu persekolahan Izzat adalah 7.30 am - 5 pm, takde masalah di waktu bekerja.
rindu lah nanti rutin kelam-kabut gi balik gi balik sekolah ni 😍😍😍.
dulu time diorang kecik, kecemasan saje saya akan bwk ke ofis. demam la biasanya. 
saya tak dpt bercuti atas sebab-sebab yg penting. anak demam, takkan nak dihantar ke pengasuh / taska. terpaksa la bw ke ofis.
tq to my bosses dulu yg memahami.

sebab tu lah kan, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, last year menyarankan pejabat kerajaan mewujudkan satu pusat penjagaan anak-anak.
mudah utk ibu bapa yg bekerja.
senang hati bila bekerja. anak berada dekat dan memudahkan pergi dan balik kerja kan.
and kami-kami org kerajaan ni mengalu-alukan saranan ni.
penjagaan anak-anak umur 6 thn ke bawah dan kalau boleh sekaligus dgn transit anak-anak sekolah.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
entri panjang ni saya akhiri dgn gambar kami bertiga Jumaat 2 minggu lepas di perkarangan ofis saya...

👋👋