assalamualaikum 😊
selamat pagi.
now nak kongsi satu lagi kisah baling belakang - 15.4.2019.
berbulan-bulan baling belakang nyer nih 😅.
dek kekangan masa pada waktu tu nak update blog.
busy belajar ler katakan 😄. final semester, dgn assignments yg nak kena disiapkan.
now, slowly nak transfer gambar ke hard disk, baru la teringat yg kisah ni lom update dlm blog hi hi hi...
15.4.2019 kan cuti umum di Melaka. sempena sambutan Melaka Bersejarah.
maka, saya awal-awal dah anak mr.asben bwk anak-anak ke Putrajaya.
bukan semata-mata nak berjalan, atas urusan kerja masa tu. seawal jam 8 pagi dah ada di building SPA.
mlm sebelum tu, kami tidur di rumah mak mertua saya, Seremban.
so, dekat skit lah perjalanan pepagi tu nak ke Putrajaya. siap2 sarapan kat rumah dulu.
so, selesai jer collect surat dari SPA, terus ajak mr.asben ke Masjid Putra.
saya tak pernah jejak masuk ke Masjid Putra ni. sebab tu lah aim nak ke situ je.
sebelum ni hanya berjalan di sekitar luar masjid saje.
cuaca pagi tu amatlah baik.
ada replika tangan ni di sekitar roundabout Masjid Putra. unik...
zoom in 😄😄😄...
beri maklumat pada anak-anak, "ni ofis Perdana Menteri kita...".
"wah, besarnya... boleh jumpa Perdana Menteri sekarang ke?".
"tak boleh anak-anakku. nak buat apoinmen pun lom tentu boleh. ni kan plak nak jumpa...". 😅😅😅
berlatarbelakangkan Masjid Putra nan indah...
seawal 9 pagi, persekitaran Masjid Putra dah pun ramai pengunjung.
lebih dari 5 buah bas da turunkan pengunjung.
menjadi satu tempat persinggahan para pelancong luar negara. indah. senibina moden.
pengunjung bukan Islam atau yg tidak menutup aurat, dikehendaki menyarungkan jubah yg disediakan.
dan dibenarkan bergambar di mana-mana pelusuk masjid yg dibenarkan masuk.
namun, saya ada perhatikan... ada pengunjung yg bergambar tidak sopan.
hmmmmm saya terasa gayanya tak sesuai dgn tempat ibadat.
dan pemerhatian saya tu adalah benar bila petugas masjid cepat-cepat menegur secara baik pengunjung tu.
memberitahu bahawa gaya itu tidak sesuai.
saya mencari-cari juga pemandu pelancong yg membaca mereka ke situ. sepatutnya mereka dimaklumkan terlebih awal, kan.
other than that, everything was fine. perfect 👍👍👍.
seperti biasa, saya akan cadangkan kat anak-anak, "sila lah baca maklumat yg dipamerkan".
mudah utk mereka buat karangan di sekolah, jika perlu.
ini ruangan solat utk muslimah. kami menunggu ayah yg solat di bahagian lain.
ruang utk muslimah bersiap selepas solat amat indah. selesa.
ni pandangan dari masjid ke arah entrance utama.
para pengunjung dah mula berkumpul utk kembali ke bas masing-masing.
indah...
memang terbaiklah Putrajaya.
lain kali kami singgah lagi ye. have to say goodbye.
matahari pun dah terik masa tu. nak amik gambar pun, mata masing-masing tak dpt nak buka 😄.
mana kan boleh lawan terik matahari ha ha ha ha ha...
perut pun dah lapar balik. sarapan sgt awal kan...
tak lengah-lengah lagi, kami terus menuju ke Restoran Nasi Dulang Daun Pisang di Sg. Ramal, Kajang.
saya dan anak-anak da pernah makan sini. now, nak la ajak my beloved mr.asben merasa kan.
baru la complete perasaan tu.
ptg tu juga kami balik ke Melaka.
tak dpt lah nak berjalan ke mana-mana lagi.
esoknya, hari bekerja kan.
puas hati dgn perjalanan kami setengah hari ke Putrajaya.
kerja selesai. dpt jalan-jalan. dan dpt makan best kat sg. ramal ni 😋.
👌
29 Comments
saya ni nama je duduk KL...tapi tak pernah pun sampai Masjid Putrajaya ni.
ReplyDeletewalaupun kisah baling belakang yg dh berbulan2... tp tetap menarik kak...
ReplyDeletedana pun tak pernah sampai lg kt masjid putra tu hehehe... takat lalu2 pernah la...
Walaupun sekejap tapi sebab bersama yang tersayang tetap berharga masa yang dilalui tu kan Aida..
ReplyDeleteMenarik pula restoran yang Aida kongsikan tu..
Tenangnya ke masjid pagi-pagi 🥰
ReplyDeleteWaalaikumussalam kak
ReplyDeleteAlhamdulillah, cantik masjid Putrajaya dan bila dapat jalan-jalan macam ni rasa bahagia je kan? Sempat pula solat Dhuha tu kan, semoga dimurahkan rezeki
ReplyDeleteEh replika tangan tu baru ke? kita macam x pernah tgk je. Huhu. bahagia jiwa kan dapat singgah walaupun sat kat masjid utk dhuha.
ReplyDeletetak pasti baru ke lama.
Deletesebab aida jarang naik putrajaya area sini jalan2.
biasa naik urusan keje, dgn kereta jabatan, gi balik takde jalan2 :)
Cantik kan masjid putrajaya ni. Drama tv pun selalu shoot kat sini. Sy pun belum pernah sampai sini lagi
ReplyDeleteAna pernah masuk sekali je masjid pink ni. Memang sangat cantik seni bina dia. Bila baca sejarah masjid ni memang menarik. Tak hairan ramai pengunjung dr cina terutamanya akan ke sini.
ReplyDeleteyes. ramai pelancong dari china.
Deletehampir semua :)
alhamdulillah. rezeki dapat solat dhuha di masjid putajaya. antara tempat wajib singgah kalau ke sana. dulu ikut rombongan sekolah ke situ la tu. gah dari dulu sampai sekarang. orang luar melancong pun situ. lagi kan kita ni orang malaysia.
ReplyDeletetk pernah masuk dlm masjid juga...tp pernah la smp kt sekeliling tu...cantik view...eh kita pn dh try mkn nasi dulang tu..tp entry tk update2 lg hehe
ReplyDeletewah. dah try ekk nasi dulang?
Deletebest kan. aida sgt suka makan situ.
Pernah beberapa kali singgah dan solat dekat masjid ni. Alhamdulillah, setiap kali pegi mesti terpukau dengan keindahan.
ReplyDeleteEhh, ada replika tangan dah ke? Tak tahu ni. Hehehe. Nampak sangat lama tak singgah ke putrajaya sini. Padahal dekat je.
ReplyDeleteRuby tak pernah masuk kedalam masjid ni lagi kak Aida. Hanya tengok tengok dari luar.
Wajib singgah masuk lepas ni 🙂
Saya yang duduk dekat KL ni pun jarang dapat masa pergi ker Putrajaya hehehe nak lama tak solat kat Masjid Putra ni hurmm rindujuga kat sana....
ReplyDeleteCantik masjidnya. Belum sempat lagi menjengah melihat ke dalam Masjid Putra. Rupanya pengunjung bukan Islam punboleh masuk untuk bergambar juga ya.Tapi sampai di ruangan khas sahaja kan?
ReplyDeleteyes betul.
Deletepelancong hanya boleh masuk di ruangan khas tu je.
yg ada papan pameran dan maklumat tu.
ruangan lain utk solat. so, tidak dibenarkan masuk.
BC mmg suka kalo pegi putrajaya ni....bangunan nya unik2...terasa mcm ada di sebuah tempat asing dari dunia nyata...cantik2 bangunannya...
ReplyDeleteCantik kan masjid putra jaya ni.. Saya suka sangat area putra jaya ni sebab kdang2 rasa mcm ada kt oversea.. Macam bukan dekat Malaysia.. Sebab dia punya feeling2 tu.. Hahaha.. Especially dekat yg bangunan2 pejabat semua tu... Kagum.. Utk org luar macam saya ni
ReplyDeleteKan.
ReplyDeleteMoment dia tu, priceless sangat kan.
Sebenarnya nak cipta moment & bonding family tak perlu teruk2 memikir nak bercuti bagai.
seronoknya jalan-jalan Putrajaya. BBL sendiri dah lama tak pergi sana especially Masjid Putra tu. Teringat waktu lawatan sekolah memang wajib singgah masjid ni. Landmark utama gitu
ReplyDeleteAtul pernah dulu masuk masjid ni, tahun bila tak ingat, tapi masa masuk tu kena pakai jubah sebab baju pendek sikit.
ReplyDeletelepas tu sampai skrg ni tak sampai sana lagi. hehe
Macam Atul kalau pergi sana teringin nak naik bot pusing tasik kat situ. hihi
Masjid kat Putrajaya salah satu masjid yang tercantik dan terbesar di Malaysia, dan tak panas.
ReplyDeleteThere are so many instagramable spots in Putrajaya and also so many things to do there too.
ReplyDeleteLama dah tak pegi putrajaya, kalau pegi sana, mesti sesat. Bersih je sana. And calm.
ReplyDeletei been there and love putrajaya. sometimes is good to walk about there, as they have many nice architecture to go for and photos are nice too
ReplyDeleteHappy family day out outing together! Mouse mommy was happy to know that!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.