assalamualaikum 😊
salam sejahtera...
Isnin. permulaan minggu yg sgt byk keje bagi saya 😅.
tak cukup kot masa nak siapkan semua hu hu hu hu hu...
minggu ni bekerja hanya 4 hari. Jumaat is cuti sempena birthday TYT.
pe pun, setengah hari ni, pagi ke 1 ptg tadi, telah selesai 1 keje penting.
ptg ni hingga 1 ptg esok, aim nak siapkan satu lagi yg utama.
di antara tu, ada few task kecil-kecil...
in shaa Allah... moga dipermudahkan oleh Allah...
update blog ni jap hah... lama naw sepi nyer.
borak kosong. korek-korek phone, ada plak gambar nasi kerabu 😄.
korang suka makan nasi kerabu?
korang pernah rasa nasi kerabu?
saya mula berkenalan dan jatuh cinta dgn nasi kerabu ni sekitar tahun 1996.
di Matriks UIA, mostly rakan sebilik adalah Kelantanese.
sebab tu saya faham bila org Kelantan bercakap. tak tahu maksud exactly, tapi faham apa yg mereka maksudkan 😄.
pertama kali keluar dari kepompong wilayah selatan, jejak kaki di Uni terus berjumpa dgn sahabat dari seluruh Malaysia.
nasi kerabu ni berasal dari Kelantan.
tapi now dah tak susah nak merasa.
hampir kesemua pasar malam seluruh Melaka ni ada jual nasi kerabu.
tapi sgt susah nak mencari yg sedap!!! tak mudah...
hari ni beli, ok...
esok, 👎. cuba yg lain, sama jugak. kesedapannya tu tak sama meskipun penjual yg sama.
susah ye nak dptkan rentak kesedapan utk nasi kerabu?
pembelian minggu lepas...
a complete set of nasi kerabu di pasar mlm Kg. Tun Razak, Bkt Katil.
ulaman, daging goreng, ikan kering, keropok, solok lada...
paling saya suka - solok lada 😍. wajib ada ni dlm nasi kerabu saya!
nasi kerabu ni nak makan, kena gaul semua sekali.
barulah gravy nyer tu akan menyaluti kesemua nasi kerabu.
saya gaulkan sekali dgn ulaman dan daging goreng.
kebetulan kat rumah memang ada stok at least sebotol budu.
tak cukup, saya tambah la skit budu agar nasi tu lebih terasa.
frankly speaking, saya ada je resepi nasi kerabu ni.
complete menu dari nasi nyer, solok lada nyer and other side dishes.
just lom lagi buat sendiri 😄. saya beli resepi ni tau. bukan free!
sebab nakkan teknik rahsia. minat punyer pasal, ok la. berbaloi harga resepi nyer...
one day, will try, in shaa Allah...
korang suka tak nasi kerabu ni?biasa makan tak nasi kerabu ni?
try la ye if lom pernah.
mana la tau, nanti terjatuh cinta mcm saya 😎.
👌😉
19 Comments
Suka sangat nasi kerabu sebab banyak ulam-ulaman. Rasa macam makanan sihat je.
ReplyDeleteramai nau kongsi pasal nasi kerabu harini.
ReplyDeleteammi 1st time cuba nasi kerabu tahun 2017 masa buat trip ke Kelantan. baru ammi tau nikmatnya makan nasi kerabu...nak-nak makan solok lada tu.
Uishhh nasi kerabu ni sesekali dapat makan memang power habis!! Tak boleh selalu nanti jemu..kena makan sesekali baru jadikannya istimewa hehehhe...suka solok lada dan juga daging bakar dia...
ReplyDeletesedapnya nasi ulam
ReplyDeletesama entry kita arini psl nasi kerabu..btul..susah nk dpt yg sedap...nasibaik mak kita buat sedap..ore klate kn...tp ada juga kedai yg dkt ngan umh and dkt ngan opis sedap..so slalu juga la beli
ReplyDeletesaya suka nasi kerabu. nasi kerabu yg sedap boleh nilai di sambal kelapa dia. Kalau sambal tu banyak dan basah lagi sedapp..
ReplyDeleteNasi kerabu kelantan or besut lah paling sedap hehe. Waktu nini study dulu pun cari penjual dari negeri kelantan kalau nak makan nasi kerabu XD
ReplyDeleteSuka juga 'rice to wednesday' ni
ReplyDeleteMeh lah dtg terengganu rasa Nasi kerabu mhi. Sedapp sgt. Siap ada lada sarok lg
ReplyDeleteSetuju tu kalau makanan ni subjektif range sedap masing-masing.
ReplyDeleteMrs. A pun kalau nasi kerabu mesti nak ada solok lada tu hehehe...
Suka nasi kerabu Awe yang kat jual kat area pasar Ampangan tu dia biasa pagi-pagi je ada jenis niaga yang buka payung tu.
sedappppp!!
ReplyDeletebetul tu, dana kenal nasi kerabu masa belajar kt uitm jengka dulu, masa tu baru kenal nasi kerabu, laksam, nasi dagang... kat KL nih banyak jugak kedai nasi kerabu yg sedap sbb ownernya orang kelantan. Nasi kerabu ni kalau nk makan kena gaul semua baru terasa kesedapannya... teringat lak nasi kerabu bila cite pasal ns kerabu nih
ReplyDeleteHi Aida, lama tak datang sini :)
ReplyDeleteSy pun suka nasi kerabu. Sy pula kalau makan nasi kerabu kena ada telur masin.
pergh..sdap tu nasi kerabu..:)
ReplyDeleteSelain solok lada, saya suka beli jeruk bawang putih sekali as side dish untuk nasi kerabu. Yummm yummm!
ReplyDeleteSuka makan nasi kerabu. Asal pasar malam je beli nasi kerabu. tapi xsuka daging sbb liat dan lagipun xmakan daging sangat..huhu
ReplyDeleteSuka.. memang feveret.. Cumanya macam Aida cakaplah nak cari yang sedap tu payah.. hehehe
ReplyDeletenasi kerabu antara yg kami akan beli kalu g pasar malam. suka solok lada, daging/ikan celup tepung, kalau ada jeruk bawang putih lagi syok. oh. indahnya!
ReplyDeleteone of my fav jugak ni, nampak sgt banyak fav.. he he..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.