assalamualaikum 😊
salam sejahtera...
Isnin. permulaan minggu yg sgt byk keje bagi saya 😅.
tak cukup kot masa nak siapkan semua hu hu hu hu hu...
minggu ni bekerja hanya 4 hari. Jumaat is cuti sempena birthday TYT.
pe pun, setengah hari ni, pagi ke 1 ptg tadi, telah selesai 1 keje penting.
ptg ni hingga 1 ptg esok, aim nak siapkan satu lagi yg utama.
di antara tu, ada few task kecil-kecil...
in shaa Allah... moga dipermudahkan oleh Allah...

update blog ni jap hah... lama naw sepi nyer.
borak kosong. korek-korek phone, ada plak gambar nasi kerabu 😄.
korang suka makan nasi kerabu?
korang pernah rasa nasi kerabu?

saya mula berkenalan dan jatuh cinta dgn nasi kerabu ni sekitar tahun 1996.
di Matriks UIA, mostly rakan sebilik adalah Kelantanese.
sebab tu saya faham bila org Kelantan bercakap. tak tahu maksud exactly, tapi faham apa yg mereka maksudkan 😄.
pertama kali keluar dari kepompong wilayah selatan, jejak kaki di Uni terus berjumpa dgn sahabat dari seluruh Malaysia.

nasi kerabu ni berasal dari Kelantan.
tapi now dah tak susah nak merasa.
hampir kesemua pasar malam seluruh Melaka ni ada jual nasi kerabu.

tapi sgt susah nak mencari yg sedap!!! tak mudah...
hari ni beli, ok...
esok, 👎. cuba yg lain, sama jugak. kesedapannya tu tak sama meskipun penjual yg sama.
susah ye nak dptkan rentak kesedapan utk nasi kerabu?

Nasi Kerabu | Sedapnya Tu Sangat Subjektif...
pembelian minggu lepas...
a complete set of nasi kerabu di pasar mlm Kg. Tun Razak, Bkt Katil.
ulaman, daging goreng, ikan kering, keropok, solok lada...

Nasi Kerabu | Sedapnya Tu Sangat Subjektif...
paling saya suka - solok lada 😍. wajib ada ni dlm nasi kerabu saya!

nasi kerabu ni nak makan, kena gaul semua sekali.
barulah gravy nyer tu akan menyaluti kesemua nasi kerabu.
saya gaulkan sekali dgn ulaman dan daging goreng.
kebetulan kat rumah memang ada stok at least sebotol budu.
tak cukup, saya tambah la skit budu agar nasi tu lebih terasa.

frankly speaking, saya ada je resepi nasi kerabu ni.
complete menu dari nasi nyer, solok lada nyer and other side dishes.
just lom lagi buat sendiri 😄. saya beli resepi ni tau. bukan free!
sebab nakkan teknik rahsia. minat punyer pasal, ok la. berbaloi harga resepi nyer...
one day, will try, in shaa Allah...

korang suka tak nasi kerabu ni?
biasa makan tak nasi kerabu ni?
try la ye if lom pernah.
mana la tau, nanti terjatuh cinta mcm saya 😎.

👌😉