assalamualaikum 😊
selamat pagi.
pagi Khamis yg indah, in shaa Allah, indah sepanjang hari.
hari ni ada tugasan berkumpulan nak dilaksanakan.
bekerja secara berjemaah akan lebih sempurna, dari berseorangan.
saling memberi pendapat.
hormati pendapat rakan kerja yg lain.
berbincang ke arah kesempurnaan.
bila sempurna, ganjarannya satu je 👉 bos tak marah! 😄
sebab... bila bos marah, bos emosi... hu hu hu hu 😞 deritanya Allah je Maha Mengetahui.
sebelum sampai waktu yg dijanjikan, kita santai-santai update blog.
almaklumlah, entri dlm draft folder blog semakin byk. kena la dikurangkan dari semasa ke semasa.
👇
😂
Aida : e'eh. sape la yg tutup kek gini, mak?
Emak : kena la tutup, nanti lalat hinggap...
Aida : tahu tu, mak. problemnya, nape tutup gini? 😄
Emak : mak la. biar kan gitu.
(saya & adik pompuan tergelak besar dgn jawapan selamba mak)
Aida : mak memang berfikir di luar kotak lah. ni mcm pakai tudung tapi pakaian ketat! tak ikut syariah tau, mak... ha ha ha ha ha...
teruslah saya snap gambar kek yg tak ikut syariah ni, send kat grup famili.
ha ha ha ha emak oh emak.
makanan byk atas meja, sebab buat doa selamat sempena UPSR dan Izzat sunat, sabtu mlm lepas.
maybe dek kerana abis dah tudung saji, tu yg utk menipu lalat 😄, mak tutup gitu.
and yes, lalat tak hinggap kat kek ni tau. marveles!
lalat tertipu!!!
tgh mlm skit, tamatlah riwayat red velvet kek tu.
borak-borak sambil makan kek, cistat, keria...
makan and makan and makan jer lah bila dah gathering.
😉😉

8 Comments
sedapnya
ReplyDeleteTak tau nak kata apa..tengok dan baca entry ni SA gelak..sama macam mak SA....tapi memang betul pun lalat x hinggap
ReplyDeleteMujarab.Lalat terpedaya.Lalat pun ngeri dengan air tangan seorang ibu.
ReplyDeleteaduhai, hahahha emak akak memang tau, mula-mula ingat kot izzat ke sapa yang buat rupanya nenek izzat... hahahahha
ReplyDeletelalat tak hinggap ke lau tutup mcm tu? haha
ReplyDeletehahahahhaaha boleh tahan kreatif jugak mak kak aida ni. Tapi kalau ada semut tu memang tinggal harapan dah kek tu
ReplyDeletehaha comelnya
ReplyDeletecomel je...yang penting ditutup
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.