assalamualaikum 😊

selamat pagi.
pagi Khamis yg indah, in shaa Allah, indah sepanjang hari.
hari ni ada tugasan berkumpulan nak dilaksanakan.
bekerja secara berjemaah akan lebih sempurna, dari berseorangan.
saling memberi pendapat.
hormati pendapat rakan kerja yg lain.
berbincang ke arah kesempurnaan.
bila sempurna, ganjarannya satu je 👉 bos tak marah! 😄
sebab... bila bos marah, bos emosi... hu hu hu hu 😞 deritanya Allah je Maha Mengetahui.

sebelum sampai waktu yg dijanjikan, kita santai-santai update blog.
almaklumlah, entri dlm draft folder blog semakin byk. kena la dikurangkan dari semasa ke semasa.

👇

😂

"Tutup kek tu, nanti lalat hinggap..."

Aida : e'eh. sape la yg tutup kek gini, mak?
Emak : kena la tutup, nanti lalat hinggap...
Aida : tahu tu, mak. problemnya, nape tutup gini? 😄
Emak : mak la. biar kan gitu.
(saya & adik pompuan tergelak besar dgn jawapan selamba mak)
Aida : mak memang berfikir di luar kotak lah. ni mcm pakai tudung tapi pakaian ketat! tak ikut syariah tau, mak... ha ha ha ha ha...

teruslah saya snap gambar kek yg tak ikut syariah ni, send kat grup famili.
ha ha ha ha emak oh emak.
makanan byk atas meja, sebab buat doa selamat sempena UPSR dan Izzat sunat, sabtu mlm lepas.
maybe dek kerana abis dah tudung saji, tu yg utk menipu lalat 😄, mak tutup gitu.
and yes, lalat tak hinggap kat kek ni tau. marveles!
lalat tertipu!!!

tgh mlm skit, tamatlah riwayat red velvet kek tu.
borak-borak sambil makan kek, cistat, keria...
makan and makan and makan jer lah bila dah gathering.

😉😉