assalamualaikum 😊
akhir tahun menghampiri.
bagi yg bekerja, termasuk saya, dah perlu mula selak fail ke arah pengikraran cukai pendapatan.
zakat.
kwsp.
sspn-i.
perubatan.
resit perbelanjaan.
dah bertahun-tahun buat pengikraran, tau dah apa yg patut, apa yg tak patut 😊.
bagi saya dan mr.asben, kami concentrate sepenuhnya kpd zakat, kwsp dan sspn-i.
pembayaran utk 3 perkara utama ni kami tunaikan semaksima yg mampu.
saya dan mr.asben adalah penjawat awam yg membuat pilihan pencen.
but, kami masih maintain buat simpanan kwsp, pelaburan hari tua.
pelaburan hari tua dlm pelbagai bentuk dan ni la salah satunya.
hidup hari ni adalah utk masa depan yg lebih membahagiakan.
ada 4 jenis Caruman KWSP secara sukarela :
- Caruman pilihan sendiri : utk sesiapa saje termasuk pekerja berpencen seperti majoriti penjawat awam.
- i-Saraan 👇👇👇
- i-Suri : utk isteri yg layak. isteri boleh mencarum sendiri ataupun si suami yg menjadi pencarum utk isteri. utk details yg ni, kena rujuk pihak kwsp ye.
- Caruman simpanan tambahan : yg ni nice. penambah tu tak semestinya ahli kwsp. tapi, penerima mesti ahli kwsp. sebagai contoh, saya adalah ahli kwsp dan mr.asben sukarela nak top-up (tambah) simpanan kwsp saya. so, dia la yg buat caruman tambahan utk saya 😍.
i-Saraan ni utk yg pekerja yg bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, mencarum secara sukarela utk tujuan persaraan.
utk saya yg membuat pilihan pencen, boleh juga mencarum sendiri secara sukarela. pembayaran caruman secara online ataupun pergi ke kaunter kwsp.
bawah skim i-Saraan ni, pencarum akan terima sumbangan dari pihak kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksima sebanyak RM250 setahun).
tapi insentif ni adalah utk tahun 2018 sehingga 2022. bagi pencarum yg berumur kurang 55 thn. ada juga khairat kematian berjumlah RM2,500 (tertakluk kpd t&c).
dividen tahunan pun dpt tau. alhamdulillah...
saya dan mr.asben mula mencarum ni atas kesedaran sendiri.
utk mendapatkan pelepasan cukai pendapatan.
di ketika potongan cukai pendapatan setiap bulan dah semakin tinggi, maka... kita perlulah mencari alternatif yg lebih bijak, kan...
sgt mudah.
korang gi pejabat kwsp terdekat - isi borang yg berkenaan. maklumkan bahawa kita penjawat awam tapi mahu mencarum secara sendiri 👌.
utk thn 2019, saya da selesai membuat bayaran caruman kwsp. secara online jer - Maybank2u.
mudah. cepat. last minit nanti, terlupa!
one shot - sekali byr utk setahun 😏. setiap bulan dah pun ketepikan amaun tertentu utk tujuan ni.
step 1 - klik 'Investment'.
step 2 - klik 'EPF'.
step 3. klik 'EPF open payment' dan daftarkan maklumat. pendaftaran ni perlu utk first timer. seolah-olah kita nak daftar as favourite la.
step 4.
once dah daftar, every year saya klik 'EPF registered payment' jer la.
select account no. select 'EPF Account Type' - 02 (i-Saraan).
lastly, select nama kita or pencarum yg berkenaan 👇.
step 5.
step 6.
step 7. letak la amaun yg bersesuaian...
resit print. simpan. kegunaan audit LHDN sekiranya dikehendaki.
simple, kan. less than 10 minit dah settle lunaskan utk saya dan mr.asben.
alhamdulillah...
jgn lupa -- tukarkan status simpanan kwsp korang kepada simpanan syariah ye.
penting! pelaburan mengikut prinsip syariah.
good luck!
23 Comments
assalamualaikum
ReplyDeletesalam jumaat
terima kasih atas perkongsian
Tahniah... Tak semua org fhm bab ni
ReplyDeletealhamdulillah.. tak salah menyimpan lebih untuk hari tua.. untuk sebarang kecemasan kelak sape tahu kan...
ReplyDeleteterima kasih sharing. sangat bermanfaat ^_^
ReplyDeleteHi blogwalking..nice info
ReplyDeletepelbagai kemudahan ada.. buat online sgt memudahkan kan
ReplyDeleteterima kasih berkongsi info
ReplyDeleteOnline ni memang memudahkan. Tak payah nak beratur panjang kat KWSP tu ha....kena banyak menyimpan untuk kegunaan hari akan datang.
ReplyDeleteAlhamdulillah tq sudi kongsi info ni. Mudah cepat dan senang sepantas 10 minit jer..
ReplyDeleteAt least ada juga alternative untuk orang bekerja sendiri. Dividend dari EPF pun not bad sekarang so boleh la mencarum untuk hari tua.
ReplyDeleteThank you for sharing! Details sangat sharing u senang nak faham!
ReplyDeleteMudah sekarang ni semua buat atas talian sahaja tak perlu nak pergi kat kaunter lagi pulak tu secepat A,B,C memang sekarang ni suami dapat bantu isteri yang tidak bekerja kat rumah untuk masa depan mereka jugakan...
ReplyDeleteoh baru tahu kita boleh tambah pelaburan dalam kwsp jugak. kiranya duit ni masuk akaun 1 la kan
ReplyDeleteUtk ape sebenarnya open kwsp sendiri ni ya? Ada dividen ke mcm asb dan lain2? Tumpang tanya
ReplyDeleteWahhh kat sini pun dah banyak perkongsian maklumat dah. Sekarang dah banyak bende mudah dah. Semua pun hujung jari je. Thanks sharing
ReplyDeleteMudah betul sekarang ni sebab semua online tapi ada jugak yang tak amik kisah . Tq atas perkongsian dan Sal akan inform member yang dok pegi lagi kaunter . Maybe ade yang tak tahu lagi kan, gi kaunter nak kena baris lagi ...
ReplyDeleteMudahkan sekarang semuanya di hujung jari. Tq atas perkongsian yg bermanfaat ini
ReplyDeleteAsyik bertangguh je nak buat caruman utk diri sendiri..haha..rugi kan x buat..
ReplyDeleteWahhh berguna info ni. Nanti try tengok online. Sbb kwsp habis buat bayar rumah. Hehe. Boleh la kan ena sambung simpan mcm biasa
ReplyDeleteWahhhh mudahnYa semua hanya dihujung jari untuk menyelesaikan benda benda penting.. I harap sistem ketat Dan selamat.. terima kasih atas semua perkongsiaan
ReplyDeletewahh bagusnya entri ni.. saya baru tahu ada caruman untuk surirumah, i-suri . menarik.. boleh la intai-intai nanti.. nak juga ada caruman utnuk hari tua kan..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. semoga lebih ramai yang akan tahu tentang info ni.
ReplyDeletethanks info. tak semua orang faham bab ni kan. semoga lebih celik
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.