assalamualaikum 😊

akhir tahun menghampiri.
bagi yg bekerja, termasuk saya, dah perlu mula selak fail ke arah pengikraran cukai pendapatan.
zakat.
kwsp.
sspn-i.
perubatan.
resit perbelanjaan.
dah bertahun-tahun buat pengikraran, tau dah apa yg patut, apa yg tak patut 😊.
bagi saya dan mr.asben, kami concentrate sepenuhnya kpd zakat, kwsp dan sspn-i.
pembayaran utk 3 perkara utama ni kami tunaikan semaksima yg mampu.

saya dan mr.asben adalah penjawat awam yg membuat pilihan pencen.
but, kami masih maintain buat simpanan kwsp, pelaburan hari tua.
pelaburan hari tua dlm pelbagai bentuk dan ni la salah satunya.
hidup hari ni adalah utk masa depan yg lebih membahagiakan.

ada 4 jenis Caruman KWSP secara sukarela :
  1. Caruman pilihan sendiri : utk sesiapa saje termasuk pekerja berpencen seperti majoriti penjawat awam.
  2. i-Saraan 👇👇👇
  3. i-Suri : utk isteri yg layak. isteri boleh mencarum sendiri ataupun si suami yg menjadi pencarum utk isteri. utk details yg ni, kena rujuk pihak kwsp ye.
  4. Caruman simpanan tambahan : yg ni nice. penambah tu tak semestinya ahli kwsp. tapi, penerima mesti ahli kwsp. sebagai contoh, saya adalah ahli kwsp dan mr.asben sukarela nak top-up (tambah) simpanan kwsp saya. so, dia la yg buat caruman tambahan utk saya 😍.

i-Saraan ni utk yg pekerja yg bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, mencarum secara sukarela utk tujuan persaraan.
utk saya yg membuat pilihan pencen, boleh juga mencarum sendiri secara sukarela. pembayaran caruman secara online ataupun pergi ke kaunter kwsp.
bawah skim i-Saraan ni, pencarum akan terima sumbangan dari pihak kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksima sebanyak RM250 setahun).
tapi insentif ni adalah utk tahun 2018 sehingga 2022. bagi pencarum yg berumur kurang 55 thn. ada juga khairat kematian berjumlah RM2,500 (tertakluk kpd t&c).
dividen tahunan pun dpt tau. alhamdulillah...

saya dan mr.asben mula mencarum ni atas kesedaran sendiri.
utk mendapatkan pelepasan cukai pendapatan.
di ketika potongan cukai pendapatan setiap bulan dah semakin tinggi, maka... kita perlulah mencari alternatif yg lebih bijak, kan...
sgt mudah.
korang gi pejabat kwsp terdekat - isi borang yg berkenaan. maklumkan bahawa kita penjawat awam tapi mahu mencarum secara sendiri 👌.

utk thn 2019, saya da selesai membuat bayaran caruman kwsp. secara online jer - Maybank2u.
mudah. cepat. last minit nanti, terlupa!
one shot - sekali byr utk setahun 😏. setiap bulan dah pun ketepikan amaun tertentu utk tujuan ni.

step 1 - klik 'Investment'.



step 2 - klik 'EPF'.


step 3. klik 'EPF open payment' dan daftarkan maklumat. pendaftaran ni perlu utk first timer. seolah-olah kita nak daftar as favourite la.


step 4.
once dah daftar, every year saya klik 'EPF registered payment' jer la.
select account no. select 'EPF Account Type' - 02 (i-Saraan).
lastly, select nama kita or pencarum yg berkenaan 👇.


step 5.


step 6.


step 7. letak la amaun yg bersesuaian...


resit print. simpan. kegunaan audit LHDN sekiranya dikehendaki.
simple, kan. less than 10 minit dah settle lunaskan utk saya dan mr.asben.
alhamdulillah...
jgn lupa -- tukarkan status simpanan kwsp korang kepada simpanan syariah ye.
penting! pelaburan mengikut prinsip syariah.

good luck!