assalamualaikum.
selamat pagi.
pagi ni mr.asben anta ke ofis.
dia nak gi bengkel, cek kesihatan kereta kecik saya, cik viva.
dari semlm pagi, ada bunyi dari bahagian enjin 😔.
moga tak la pe pe yg kronik. tanpa cik viva, patah kaki saya nak memecut sekitar bandar Melaka ni.
😒 kereta mr.asben tak brape syok pakai. formal sgt hi hi hi...
gambar sekadar hiasan.
nescafe panas yg dikocak di pantri ofis pagi-pagi 😄.
dah nak abis 2019, tak byk dah kerja hakiki yg ketinggalan.
skit skit jer la nak top up.
ready ready perancangan utk thn depan. what to do? how to do? when to do?
boleh la melepak blogging jap. baca surat khabar online.
amik tahu tentang hal dunia jap pagi-pagi ni.
sementara kerja hakiki menyinggah di meja ntah bila waktunya 😊😊😊.
bila menyentuh tentang kerja hakiki ni, perasaan seram tu dtg.
terutama bila pegawai atasan dok ungkit dan ungkit dan ungkit.
yes. kekadang bingit telinga ni mendgr. tapi, byk benarnya...
dtg keje pagi. sarapan / minum pagi... makan tghari. minum ptg. solat.
kita dah kena audit diri sendiri.
akan ada yg berkata, "keje dah siap. apa lagi nak ngomel?".
bila saya sendiri terfikir, ada betulnya bila pegawai atasan reply, "pe pun, gaji dah dibayar utk berada dlm ofis. ada keje. takde keje. mesti ada dlm kawasan pejabat".
aduhai 😌.
perkara ni standard lah org akan kecam pd penjawat awam.
"penjawat awam tak buat keje, ngular aje keje nya, menghabiskan duit kerajaan!!!".
betul.
dan tak betul.
kerana mereka yg tidak baik, abis semua 80% penjawat awam yg sebetulnya bekerja, difitnah!
if 80% tu tak bekerja sebagaimana yg difitnah, adakah pentadbiran sektor kerajaan akan berjalan lancar?
lelebih lagi, task kami-kami kumpulan profesional ni adalah utk buat keputusan.
kekadang tu, balik rumah pun kepala ni masih lagi berfikir, mencari keputusan tu.
bukan sekadar buat keje di komputer... di kaunter... di lapangan di mana-mana.
viral gambar jururawat sedang main phone.
viral gambar pegawai kastam sedang sarapan pagi.
viral gambar pegawai jpj guna kereta kerajaan utk urusan peribadi.
itu pada masa itu.
yg snap gambar / amik video tu ada gi tanya / tegur?
tidak.... kenapa? takut?
ada org yg boleh ditegur.
ada yg kebal, tegur lah camne pun, dia tak salah... alasan dan alasan diberikan, bodoh plak tu alasannya 😕.
yg paling tersirat zaman sekarang, antara nampak dgn tak nampak - penjawat awam @ seller online.
yg ni, parah!
kerja hakiki ke laut. tapi update menjual di media sosial, on time! 😄😄😄
orait.
done ngomel pagi Rabu 😆😆😆.
fikir-fikirlah sendiri kan...
saya sendiri pun setiap hari mencuba utk jadik lebih baik dari hari sebelum.
moga rezeki kita semua mendpt keberkatan.
😊
17 Comments
betul. Kerja hakiki diutamakan. dah selesai baru buat yang sampingan. Selamat bekerja (Y)
ReplyDeletewaalaikumussalam. setuju sangat. kerja hakiki memang akan diutamakan. semua kita akan pastikan siap dulu kerja hakiki ^_^
ReplyDeletesy keje sbgai pembantu makmal sllu kene cop xde keje..
ReplyDeletenak2 lg ms cuti sklah.. ikotkan byk je keje kitorg.. sabar jela..
yela.. rmai skrg yg part time jual produk.. tp ms menjual tu adalah ms keje hakiki.. ntah la.. xblh komen sgt.. haha
tu la.
Deletekalau keje hakiki on, ok la.
ni ada yg culas :(
hehehe sesekali ngomel ye kak, dana pun kalau kerja dah setel sementera tunggu kerja tu keluar semula dari bilik boss kadang belek lah blog, belek hp, atau membaca novel... dana jenis orang yang malas nk lepak keluar opis, jenis malas nk drive sana sini sendiri hehehe...
ReplyDeletehari cuti sekolah ni dahla memang kat opis jelah dari pagi sampai petang, sebab tak payah amik aiyan kt sekolah. Nak turun pegi cafe beli makan pun malas, selalu beli siap-siap time pergi kerja tu sekali bfast dan lunch
sama la kita, dana.
Deletemalas nak keluar ofis. kalau keluar nanti, sure lewat balik!
kalau takde keperluan memang aida tak keluar mana2.
breakfast aida tapaw. sekaligus dgn kudapan lunch.
betul
ReplyDeleteapa pun benda sampingan yang nak dibuat, benda wajib kita settlekan memang wajib disettlekan. we are being paid for that. kalau abaikan yg wajib dibuat tu..takdelah keberkatan dalam gaji yg kita dapat.
ReplyDeletekena dahulukan yang perlu didahulukan! dah siap semua baru boleh buat yang lain lain kan :)
ReplyDeleteKalau kerja dah siap...okay la kan... cuma hp jgn matikan. Kalau kerja tak siap tu yang naya
ReplyDeleteHehehe sentuh baba kerja, Linda skrg keje ikut masa sendiri, ala-ala keje sendiri. Kalau tak kuat kerja, makan pasir lah gamaknya hehe.
ReplyDeletekerja sendiri lebih la kena kerja keras.
Deletesendiri nak kena arrange semua.
Ya setuju..betol tu..
ReplyDeleteMohon follow juga www.mosumartdesign.com :)
ahahha suka entri ni..apa2 pun dari dir sendiri..kalau nak rezeki berkat..buat lah sehabis baik dan ikut peraturan dan prosedur..x semua penjawat awam tu mengelat tapi kalau ada segelintir yg buat..habis yg lain terpalit huhuh
ReplyDeletetak semua penjawat kerajaan curi tulang, ada je jujur. sama jugak dgn swasta pun. ada keje ke takde keje ke, stay je kat opis. jgn kemana2
ReplyDeleteitulah kan yang buat halnya sikit tapi habis dipukul rata semua penjawat awam. saya ni kalau takde kerja duduk je melangut dekat tempat tak berani nak kemana2 dah
ReplyDeleteKena tanya jugak org yg viral kan tue... Dia dok keje apa... Tgk org... Ambik gambar dan viralkan😏
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.