assalamualaikum...

pagi-pagi cuti krismas dah update blog.
hi hi hi hi time keje tak nyempat, time cuti lah ye hidup blog ni.
hari ni kami tak ke mana-mana. aktiviti kemas buku rujukan.
nak start sorting buku patut beli utk kak Nurin - PT3 2020.

😊 ada berbaki lagi 1 weekend.
and confirm korang sure ada jemputan kenduri kawin nak attend, kan this final weekend dlm cuti sekolah 2019.
saya memang suka ke kenduri kahwin.
menjangkit lah kat kak Nurin, sama-sama suka gi kenduri kahwin.
sebab makanannya.
kemeriahannya.
boleh jumpa sedara-mara, kawan-kawan. seronok sgt lah!

tu la yg nak citer ni.
selain dari makanan, kemeriahan suasana... yg paling saya suka is cenderahati tuan rumah.
hmmm zaman sekarang ni dah tak setanding dulu kala, setiap tetamu dpt cenderahati walaupun sebiji telur, kan.
now, trend nyer sekeluarga dpt 1 beg je.
dpt pun time nak balik. bersalaman dgn tuan rumah 😒.

terkenang time adik saya kahwin dulu, saya tukang bagi telur kat tetamu.
bwk bakul.
dgn perut buncit pregnant 7 bulan 😄.
ke hulu ke hilir dok perati sape yg tak dpt lagi telur.

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap

but satu kenduri kahwin ni, saya happy 😊. last few weekend, kenduri pasangan yg buka gerai jual sarapan.
lebih 10 thn kot saya membeli sarapan kat sini, tu la yg dpt jemputan. regular customer.
setiap tetamu dewasa dpt cenderahati kicap jalen dan satu bunga telur - telur asin tau 😍.
terbaik.
👍👍👍 terbaik la tuan rumah!

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap
dpt la 4 cenderahati. Izzat dpt jajan (biskut & gula-gula).

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap
isipadu : 150ml 👍😋


kicap jalen.
best. kali kedua saya dpt cenderahati berupa kicap jalen ni. i like 😍.
siap dgn box yg cantik. 😎 ada kelas! 
abah emak saya pun berkenan. siap-siap amik details. 
mana la tau nak order utk apa-apa majlis, kan.
tak semestinya kenduri kahwin.

tak la tiap kali attend kenduri kahwin, saya dok usha apa cenderahati tuan rumah. bonus lah kan kalau dpt cenderahati yg gojes.
😄😄😄 tak lah gitu... kadang-kadang anak-anak yg lebih nakkan cenderahati tu.
kita da dijemput, wajib hadir.
sekeluarga makan tghari lauk sedap-sedap. kalau ada aiskrim, cendol, apam balik... lagi la sedap.
salam kaut? ni pun satu tradisi kita, kan?
sampul duit raya tu memang standby jer dlm kereta, masukkan duit. RM20 - RM50.
more to beri duit dari beri hadiah. unless kawan rapat yg kahwin, wajiblah beli hadiah yg ohsem.

😃😃
so, kalau berkenan dgn kicap jalen 👆, sila la klik klik ye details kat kotak tu.
rumah mana yg takde kicap?
sape je lah yg tak makan kicap? majoriti semua peminat kicap.
now gift kenduri kahwin dah semakin byk dan praktikal.
roti gardenia.
maggi pun ada ye, jgn terkejut! 😄

😉