😊😊😊 assalamualaikum... salam sejahtera.
settle jejak langkah ke Menara KL, turun jer di Hab Pasar seni, sebelum naik ke Stesen MRT Pasar Seni, kami berjalan dulu ke Pasar Seni @ Central Market.
lama nyer lah tak singgah sini.
memang dari pagi dah inform kakak-kakak saya, "kita lunch kat CM ekk nanti...".
memori daun pisang. sinilah tempatnya pertama kali bertentang mata, bersua muka dgn my 💝mr.asben dulu kala...
da sgt berubah dah...
berbanding dulu kala antara tahun 1996 - 2002, lokasi ni la tempat saya mundar-mandir.
ye la. belajar di KL, pulang balik Melaka naik bas kat Puduraya. gi rumah kakak di Klang pun naik bas kat Bus Stand Klang.
memang kerap lalu dan masuk CM ni jamu mata.
then mlm Sabtu, jalan-jalan ke Jalan TAR and Dataran Merdeka. turun naik bas balik Gombak kat area Bangkok Bank.
dipendekkan cerita, memang legend la CM ni pada saya.
tempat berjumpa kekasih hati dunia akhirat pun kat sini. confirm legend 😄.
dpt round sekejap je kat CM.
sebab perut anak-anak da lapar. perut emak-emak pun sama, double lapar!
pepagi dah hiking Hutan Simpan Bukit Nanas, 😅 mana nyer tak lapar kan.
nanti la kemudian, nak jugak bwk anak-anak bertiga tu lama skit lepak CM ni.
beli kan souvenir.
beli kan apa2 patut la sebagai kenangan. sgt byk souvenir yg menarik kat CM ni.
terbaik. berkualiti. bercirikan Malaysia.
meja sana, mak ngah & mak usu dgn anak-anak dara.
meja sini, mak long & ibu dgn anak-anak kecik. makan bersuap semuanya sambil layan jap utube.
tgk la atas meja - botol air mineral dan 100plus. semuanya top up cecair badan ha ha ah ha...
lupa plak nak snap gambo food court CM ni. gambar makanan pun tak sempat snap.
letak je atas meja, abis. laparrr... 😆😆
byk makanan. bersih. cantik deko nyer. terbaik 👍.
ramai gak tourists yg makan situ. selesa kan...
😊
tu jer la nak kongsi.
kepada readers berbangsa Cina : "Selamat Tahun Baru Cina"
15 Comments
happy time
ReplyDeleteSaya pun lama tak jejak CM sejak belajar juga.
ReplyDeletedana pun lama dah tak ke CM, rasanya ada lah dah 5 tahun tak jejak kaki ke sana...
ReplyDeleteitupun rajin ke sana masa rajin ke butik tudung bawal juma, sekarang memang tak pernah ke sana...
ohoooo tempat dating kt sana tu yek... patutlah nk mengimbas kenangan
lamanyaaaa tak ronda2 pusat bandar kl sejak2 berhenti keje dulu,ni husband lak dah keje putrajaya lagiiiii la payah nak melintas masuk ke kl huhuuu
ReplyDeletewah bestnya jalan-jalan ke sana :)
ReplyDeletemasa belajar di UM antara 1991 - 1997 memang la lalu sokmo kat CM bila nak gi Bangkok Bank, Kotaraya, dsb. Kenangan tul..
ReplyDeleteHari tu pergi KL pun x sempat ke sini...
ReplyDeletebestnya pergi jalan-jalan
ReplyDeletewah bestnya jenjalan kat Central Market! tempat tu selalunya ramai orang kan?
ReplyDeletecantiknyaaa gambar2 :D
https://mylittlestoryi.blogspot.com/
wak pon dh lama x singgah CM nihh.. :p
ReplyDeletekat CM pun ada banyak options kan.. time study kira lepak CM ni buat hilang stress sebab suka benda2 seni ni. kat kawasan blakang2 sikit tu boleh canting batik.
ReplyDeletetapi skrng ni CM sangat2 la meriah banding dedulu. berbaloi bwk jalan kesana puas hati.
belum pernah sampai CM ni. hehe. nampak gaya kena join rombongan ke KL plak la. haha ^_^
ReplyDeletelast year balik cuti ada singgah CM....harga brg2 a bit pricey kan but memang sesuai utk dibuat souvenir...
ReplyDeleteMakin cantik.. Lamanya tak jejak kaki dekat CM nie.. Teringin juga nak cuba..
ReplyDeletedulu tempat lepak mama masa kat um. dah berpuluh tahun dah tak pegi sini.. agaknya uncle yg jual novel di ground floor tu ada lagi x
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.