assalamualaikum...
😊 salam sejahtera. salam keindahan di pagi hari Khamis.
sambung lagi kisah kembara rombongan cik kiah ke Menara KL.
lebih-lebih lagi gambar-gambar ohsem kami di Skybox di Part 3.
aduhai, 😅😅😅 amik masa betul la nak sambung part 3 ni.
Menara KL ni adalah building yg wajib kita gi as Malaysian.
ni kali kedua saya ke Menara KL.
anak-anak dah besar, wajiblah bwk diorang terjah bangunan terkemuka di negara ni.
and alhamdulillah, diorang super duper excited.
keletihan hasil dari hiking TERKL tadi, kami berjalan naik ke Menara KL dgn relax and steady.
😄 tak dpt lah nak berjalan laju-laju lagi.
pagi-pagi tu masih tak ramai org. lega je suasana. kami bebas bergambar di mana-mana ceruk pun.
ekslusif gitew.
cantik, kan? bukan saya yg cantik lah - tu hah, Menara KL belakang tu hah 😆 hi hi hi hi...
gambar Menara KL di balik pokok pisang tu adalah gambar dari tepi jalan je.
lom lagi sampai kaki menara! kat luar, jalan besar nun jauh di bawah...
dari Go KL bus stop, kami berjalan agak jauh la jugak nak ke TERKL tu.
so, santai-santai ajer la kami berjalan, kan... nampak je port baik utk amik gambar, tak la dilepaskan peluang.
anak-anak yg ikut rombongan cik kiah ke Menara KL 😅
anak-anak buat aksi melompat 😆😆😆.
then sambung melangkah ke Menara KL.
santai... relax... org lom ramai, tu yg best.
indah...
bersama adik pompuan bongsu 😌😍😍😍
tu la sebabnya kami-kami ni set date ajak anak-anak yg ramai ni ke sini.
dah tau dah diorang sure excited tahap maksima.
dlm lift nak ke atas tu, anak-anak memasing tak boleh diam!
tinggi!!! tapi kejap je sampai ke atas.
amazing...
anak bertuah sorang ni - Muhammad Izzat 😳 😒.
ada ke patut dia buat riak muka gitu? satu gambar je plak tu sempat snap sebelum dipanggil masuk lif.
sebelum saya kongsi lebih lagi, 👇 saya tempek dulu harga tiket yg kami dpt ari tu.
kebetulan ada promosi di website Menara KL.
so kami follow jer la harga promosi tu. mahal la juga. tapi murah la dari biasa.
RM71 utk dewasa. beli 2 tiket, 4 kanak-kanak free.
maka, kami beli 5 tiket dewasa je.
promosi gempak cuti sekolah - Sky Deck, Sky Box & Observation Deck - complete 😊.
Sky Deck 👆. utk ke Sky Box kena amik nombor. beratur 👇.
setiap nombor giliran - ada limit masa utk berada di Sky Box iaitu 1 minit 30 saat.
ada en. guard yg menjaga masa 😎. satu nombor giliran = 4 org dewasa boleh berada di Sky Box pada satu-satu masa.
kami-kami ni dpt lah 3 nombor giliran sebab kami 11 org. ok la tu.
Sky Box 👆.
tu saya tu 👆.
memula nak pijak lantai cermin tu = 😖😖😖 😰😰😰😰.
Allah je Maha Tahu betapa gayatnya diri ini...
1 minit 30 saat yg pertama - kami 👆
1 minit 30 saat yg kedua - kami 👆
1 minit 30 saat yg terakhir - anak-anak je 👆
Syuhada & Ayuni. sebaya. sorang lahir Januari 2007 and sorang lagi November 2007.
ni lah rashia kesempurnaan gambar kami di Sky Box yg saya paparkan di Part 3.
sebab ada photographer yg ohsem dan sporting 👍.
mcm2 gaya disuruhnya kami buat. dlm masa 1 minit 30 saat tu, memang byk la gaya yg kami buat.
cukup masa tau.
jgn kelam-kabut.
en.guard penjaga masa pun tak la strict, selagi kita jaga tingkah laku di Sky Box tu.
tugas dia kena kawal. agar selamat para pengunjung yg ada di Sky Box tu. ada cctv jugak.
nampak tak tu?
anak-anak sgt hati-hati time nak bangun. diorang pun kecut perut bila dok situ 😄😄😄.
da abis 3 round bergambar di Sky Box, kami pun bersiar-siar la kat Sky Deck.
lama juga kami spend time kat atas tu. bergambar. berborak. anak-anak spend masa selfie.
da byr tiket mahal, mestilah nak spend time lama-lama, kan. baru la berbaloi.
masa tu angin sepoi-sepoi bahasa je. nyaman 😌.
melihat-lihat panorama KL dari nun atas menara. cuaca sgt la cantik.
me and anak-anak 😍.
anak-anak bertujuh 😀. peratikan Ijat tu hah, again buat riak muka tak proper 😒.
anak-anak sulung.
4 beradik warga emas 😄.
ni la dia kakak sulung saya. maintain muda dan energetic meskipun berusia 50-an.
mak long kesayangan anak-anak buah 😊.
😀😀 kat tangga pun jadik tempat bergambar. tapi anak-anak kecik jer lah.
kalu mak-mak yg panjat tangga tu, mahu nyer menjerit en. guard 😆😆. dah buat tebiat ke hape???
then settle. kami beli gambar.
3 keping RM120. dpt la softcopy yg photographer snap kan tadi tu. gambar ohsem yg korang boleh tgk kat entry Part 3.
korang yg boleh naik ke Sky Deck Menara KL, sila lah...
bwk anak-anak. releks kan minda di mercu tanda terkemuka di Malaysia.
bila berada di atas sana, sgt mengubah pandangan saya terhadap mercu tanda ni.
ohsem!
bila kita dah ada di sini, barulah layak kita naik mercu tanda serupanya di negara lain.
😊 😊 😊
ok next - Part 5 : Observation Deck Menara KL.
19 Comments
waalaikumussalam. belum ada rezeki nak dapat pi ke menara KL ni. hehe. pasni kena ikut rombongan ke KL lah kalau ada >.<
ReplyDeleteSeronok jalan ramai-ramai. Nasib baik takde yang merengek kena jalan jauh kan. Tapi jalan sambil berborak memang takkan rasa penat.
ReplyDeleteseramnya cermin tu
ReplyDeleteBest ya pergi jalan2
ReplyDeletebestnya dapat naik menara KL
ReplyDeletememang cantik, bila lah dana nak sampai sini... aiyan dah 2 kali sampai masa tadika dan masa darjah 2 aritu, mak pak nya yang tak pernah sampai...
ReplyDeleteSeronoknya dpt jalan rmai2 mcm ni..meriah. seram plak tgk cermin tu
ReplyDeleteWahhh, dah 4 tahun kat KL ni tapi tak pernah naik KL Tower.
ReplyDeleteKena cuber tahun ni.
Memang seronok kan kalau dapat buat aktiviti menarik macam ni bersama orang tersayang. Selalu tengokk orang share pengalaman mereka ke sky deck sky box menara KL. Yaya belum berkesempatan lagi. Just pernah makan malam disana dan tengok pemandangan sekitar KL dengan teropong je hee lepas ni boleh buat aktiviti lain
ReplyDeleteSis baru sekali dapat ke sini, masa tu kawan kerja di sini, lama daaa..
ReplyDeleteNi nanti ingat nak naik lagi laa bawa anak-anak dah besar ni, mesti mereka seronok, ada rezeki boleh dinner atas tu kan..
Best yang dekat glass deck tu. Memang seriau betul nak duduk situ. Hanya untuk yang hati kental je. huhuh. Next time I pi try pulak.
ReplyDeleteBelum ada rezeki bagi Naim amnya untuk pergi ke Menara Kuala Lumpur ini, maybe next time . Pergi masa bukan cuti persekolahan melegakan kan tidak bersesak-sesak dengan orang ramai.
ReplyDeleteberaninya..!!!! hahahaha i is surrender dulu.
ReplyDeleteyang kat Penang pun rasa nak pengsan kena pijak hahaha..
Lama da xnaik menara kl nie..last naik pun masa sekolah dlu..nmpk bnyk perubahan.. Insyallah suatu hari akn ke sana juga..thanks sharing..
ReplyDeleteFuh gigih berjalan. Ni baru namnya jalan2 kl.. Sky deck dan skybox tu mmg best.. Nad dh naik.. Sakan jjalan kl.. Bagus la.. Anak2 pun cergas je erk
ReplyDeleteamboii...menjelajah kl betul2 ni...mesti puaskan dpt jalan2 menikmati pemandangn kl..
ReplyDeletePernah naik dah menara KL ni tapi kat bahagian restoran je. Yang sky box tu tak pernah lagi. Tak tau nak kata berani ke tak. Hope takde masalah gayat la.. hehe
ReplyDeleteberani nya...kalu ayu memang x la. tapi bila fikir2 bali..rugi la ..dah sampai pun plus kejab je pun.. kan...best best!!
ReplyDeletealahai bilalah nak sampai sini
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.